Rabu, 20 Oktober 2010

Blogger "Kedahlanie" Sebuah Blog Spam Menyediakan Bajet 2011 Alternatif : Jom Komen !!


Antara item bajet 2011 alternatif yang disediakan oleh blog pro pembangkang yang tak ikhlas berblog selain hanya nak umpan pembaca kepada iklan-iklan spam-nya. Baca sini atau ikutilah dibawah :

Apa yang penduduk Malaysia mahukan dari belanjawan negara 2011. Mereka mahu supaya:

Harga bawang putih yang naik RM9.50 sekilo diturunkan pada harga baru RM1.60 sekilo.
IPCMC alat untuk mengawal aktiviti polis tetap diadakan supaya keadilan dilihat dilaksanakan.
Ombudsman - jentera menilai dan menerima aduan orang ramai terhadap penjawat awam dan politikus di Malaysia dikuatkuasakan kewujudannya serta merta.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diletakkan di bawah Parlimen dan tidak lagi di bawah kawalan Perdana Menteri.
Hakim-hakim akan dilantik oleh satu jawatankuasa khas parlimen. Peruntukan diberikan dalam belanjawan untuk Jabatan Kehakiman. Bebaskan badan ini dari cengkaman eksekutif.
Konsep baru insuran kenderaan diwujudkan di mana pengguna tidak akan dibebankan dengan premium yang mencekik darah.
Harga susu, ikan, tepung, ayam, gula, cabai, sayur-sayuran, roti dan keperluan dapur dimansuhkan cukai jualannya serta merta sama seperti yang dilakukan terhadap barangan kelambu, seluar dalam, minyak pewangi dan sebagainya.
Duti impot kenderaan akan dikurangkan 70% sama seperti di negara Thailand, Singapura, Indonesia dan lain-lain negara yang dipimpin oleh manusia bertamadun.
Jalur lebar akan dibekalkan percuma kepada masyarakat di kampung-kampung sebagai agenda mencelikkan mereka yang buta IT.
Kadar baru tol dengan penurunan 40% berkuatkuasa serta merta.
Semua sekolah agama rakyat akan dibiaya percuma termasuk bayaran utilitinya ditanggung oleh kerajaan.
Semua menteri dan penjawat akan diwajibkan mengistiharkan harta berkuatkuasa pagi 01 Januari 2011.
Hak asasi akan diperluaskan lagi selari dengan kehendak rakyat dan NGO.
Peguam Negara diberi peruntukan untuk mengkaji perlembagaan Reid bagi digantikan dengan hukum hudud.
Tambang pengangkutan awam diturunkan 40% sesuai dengan kekayaan minyak negara bagi memudahkan orang kampung menikmati kemudahan kapalterbang, keretapi, bas, lori dan lain-lain lagi.
SPR juga diletakkan di bawah jawatankuasa khas parlimen.
Pembiayaan untuk mendapatkan hak pendidikan diberikan percuma sehingga ijazah pertama.
Kementerian kesihatan dirombak dan masyarakat diberikan rawatan kelas pertama secara percuma tanpa perlu menunggu lama.
Hapuskan segera 'menternak' rasuah di PDRM, Pejabat Tanah, JKR, Jabatan Kastam , Jabatan Pengangkutan Jalan dan Imigresen.
Kembalikan kebebasan media dan hapuskan akta-akta dracula.
Cuti bersalin yang baru. Cuti yang diumumkan sama seperti jumlah sebelum ini.
Kecilkan saiz kabinet Malaysia dan perkhidmatan awam.
Hapuskan cukai bahan-bahan binaan rumah supaya pembeli dapat menikmati harga rumah pertama yang lebih rendah.
Turunkan kadar pinjaman rumah dan kenderaan penjawat awam pada 1%.

Inilah diantara apa yang rakyat harapkan tetapi tidak dapat.



Satu posting paling bodoh yang Taming Sari pernah baca dari mana-mana blog pembangkang. Apa dia ingat negara kita ini kaya? Semua nak turun dan diberi percuma. Tapi bil air tidak pula minta turun. Takut terkena batang hidung sendiri ke?

Itulah sebabnya mereka ini tak tahu nak memerintah. Negeri berkebajikan konon... Dulu masa bermanifasto, nak bagi air percuma, selepas dapat Kedah dan P. Pinang, diorang lah orang pertama yang naikkan air.

Marilah sama-sama kita luah dan kutuk sebuah blog yang memperbodohkan orang-orang kampung. Bagi Taming Sari, rakyat tak sebodoh blogger pembangkang ini menilai bajet 2011 seperti ini. Dia sendiri sibuk mencari duit melalui blog percumanya dan sengaja menulis posting yang memprovokasi untuk menambahkan trafik di blog nya. Ikhlas ke macam tu?

Pakatan Rakyat ini hanya tahu mengambil kesempatan. Apabila mereka memerintah nanti, huru hara lah jawabnya. Masih teringin nak pangkah PAS, DAP dan PKR?

Wallahhualam.

Penulis,

12 ulasan:

Gerakan Timur berkata...

Salam,

Terima kasih atas pendedahan ini. Lihatlah betapa rendahnya mentaliti mereka, paras buku lali. GT percaya bahawa inilah hasil didikan pakar ekonomi amPas spt kusam, mat pus dan din puduraya skali.

Daripada sibuk meminta, suruh mereka tunaikan janji2 manifesto mereka pada pru yang lalu...

Tanpa Nama berkata...

lAKSANAKAN HUDUD DI KEDAH DAN KELANTAN DULU!

Hudud - nik aziz banyak main wayang, antara undi cina, dap dan perjuangan asal pas.

Nik aziz nampak lebih tunduk kepada tuntutan dap dan si kafir.

Kalau manusia se-isle nik aziz boleh tunduk kepada orang kafir, lupakan aja pasal hudud-sebab pas pun tak nak buat.

Kalau pas bersungguh2 dan meletakkan islam no. 1 dari orang kafir dan undinya, laksanakan di kelantan atau kedah dahulu!

Jangan berdalih dan beralasan banyak, sekarang al-Sultan Muhammad ke V seorang yg islamic, lagi mudah untuk mengetengahkan undang2 syariah ini.

Laksanakanlah.. usah di takut dengan DAP dan undi dari orang Cina, takutkan Allah hendaklah di utamakan.

Tahun 2009 lagi pas nk beri tarbiah kepada DAP, tahun ni bunyi nk bagi lagi? dah bagi tarbiah ke belum?!!

Usah di cakap pasal Hudud kalau yg isle sendiri main flip flop.

Buat lah, di Kerajaan Kelantan atau kedah juga adalah KERAJAAN dan ada PEMERINTAH yg boleh gubal undang2. Lebih2 lagi di kelantan, 2/3 sokongan dalam tangan pas!

Kalau perlis boleh gubal undang2 poligami, takkan di kelantan tak boleh gubal undang2 syariah?

Cakap jer tajutkan DAP

~Nik Aziz Flip Flop

Tamingsari berkata...

Pasal SPRM diminta letak bawah parlimen.

Bodoh ke apa...

Kalau dah nama pun suruhanjaya ia sudah pun diletakkan dibawah YDP Agong.

BPR dulu yelah bwh JPM.

Tu le org suruh belajar dulu, baru bangkang...

Tanpa Nama berkata...

kedahlanie memang bangang..dari dulu..low class punya blog..sapa pun tak mau layan..nak komen kena tapis..poorah

Tanpa Nama berkata...

Hakim-hakim akan dilantik oleh satu jawatankuasa khas parlimen-dari eksekutif???

Peruntukan diberikan dalam belanjawan untuk Jabatan Kehakiman.

Bebaskan badan ini dari cengkaman eksekutif----?????.

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
Blog Kedahlanie memang dayus. Komen tak pernah disiarkan. Hanya petik yang menyokong mereka sahaja. Iklan berbaris sebab nak kutib duit lebih. Boleh belah la dengan b elanjawan bayangan tersebut. Kerajaan Kedah penipu rakyat. Pooooorahhhhhh.

Tanpa Nama berkata...

mai nak pungkas!

suruhla org2 pas yg suka dok melahu di kedai2 kopi gebang kosong pi tanam bawang putih banyak2 di tanah terbiar yg berlambak2 tu. buleh aih peturun harga jd 6 kupangpun takpa!
bab2 nak harga barang murah ni senang saja. tanam sayuq sendiri, bela ayam itik, lembu kambing sendiri, tak payah guna lori isi petrol nak angkut mai dari luaq, tak payah kena cukai bawak masuk dari luaq. lagu tu jugak bab2 barang2 binaan tu, hasilkan sendiri, gerenti tak payah bayaq cukai barangan, cukai pelabuhan, sewa kontena, lori. pendek kata buat kilang sendirila. ambik free saja!
bab polis tu buat polis sendirilah kalau tak percaya ka polis malaysia.
nak suruh terima aduan tentang penjawat awam & politikus? selama ni politikus pembangkang tak pernah endahpun aduan2 ahli depa sendiri. tuduh pulak tu ahli parti kerajaan mengadu!
ya! setuju! samakan duti import kenderaan mcm singapore. lepas 5 tahun kena buat tukun. setuju sangatlaa sebab duit berlambak sangat, tak tau nak simpan mana....
free internet? boleh tapi kena ada pengawasan 24jam & ikut syarat2 pihak yg memberi. mana ada barang yg betul2 free kat dunia ni? nak mengoratpun kena blanja ayaq oi! begitu jugak nak mbiaya sekolah2 agama negeri. takkan tak malu nak bantuan orang tapi buat musuh dgn orang yg membantu? tu muka penyangak nama dia...biaqla puak2 dap saja jadi penyangak!
kadar tol turun 40% tapi jalan lubang2 jgn komplen. duit cukup2 bayaq tukang cuci jamban disepanjang lebuhraya saja. maintenance fee dah lebur...
kami pegawai kerajaan tiap2 5 tahun dok istihar harta. tak bising2 pun...
hak asasi lagu mana tu? kahwin jantan+jantan, betina+betina, kahwin lain2 agama, nak bogei pun ikut suka, nak mampuih? Islam agama resmi nak letak mana? mcm sokong punahsiat pkr saja?
buat hudud di 2 negeri dibwh pas dulu, nak tengok sampai takat mana? hudud nak, hak asasi nak..haru sungguh! ironinya!
free tertiary education? alahai encik oi! UK dgn USA yg kaya meliana pun tak bagi student depa study percuma utk degree!! setahu aku yg pernah pi study di sana, pljr kena usaha kerja cari duit sendiri nak buat ijazah pertama kalau tak dapat biaya. sebab tu depa belajaq bersungguh2 sbb tahu susah senang cari duit sendiri. tp pljr U kita suka main2, gila berpolitik sbb senang masuk U, dpt bantuan tu, bantuan ni. keluar dgn ijazah low class! hanya yg betul2 bertungkus lumus belajar dpt first class & ditawar kerja serta merta! yg main2 tu melahu la dulu, jual anggur...
nak rawatan free jugak? banyakkan la doktor2, misi2, pembantu2 perubatan, pakar2 x-ray, pakar2 microbilogists, biomedics dikalangan ahli2 pas utk merealisasikan perkara ni!!!
rasuah? pi blajaq dgn husam mcm mana nak elak kena cekup dgn pegawai kastam & imigresen di medan dulu tu! yg lain2 buleh blajaq dgn pemimpin2 pas mcm mana buat simpan kira kohilal sampai tak nampak hasil apa2 pun!
carila negara mana yg bagi kebebasan media sepenuhnya? lagi besar kuasa politik lagi kuat cengkaman ke atas media...tanyala rupert murdock tu!
boleh nak kecilkan saiz kabinet & penjawat awam. takdak masalahpun. tetapi pak tuan,kena sangguplah beratur 2,3 hari utk selesaikan satu2 urusan- berumpa menteri ka, buat i.c ka, passport ka...jgn berungut2. redholah sbb penjawat awam tak ramai mana!
PTPTN yg 1% pun liat nak bayar!!hahaha...
pendek kata...sentot!

mengenangbudi

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

salam,
byk makan bwg putih, tu yg mulut berbau dan semua yg depa ckp semua berbau yg tidak menyedapkan. memang mudah sebab cakap ajer( tulis) tak kena buat dan tak kena bayar. yg paling penting tak payah fikir. air naik sebab byk makan ubat kuat.kalau ubat kuat naik harga, ada orang guling atas jalan. dah byk air keluar jadi macam air kelantan. bab nafsu memang kuat sampai buat apa sahaja asalkan nafsu dipenuhi. kawan dgn syaitan pun sanggup demi nafsu. kafir pun tak apa, agama campak buang pun tak pa asalkan nafsu nak memerintah ada.

Tanpa Nama berkata...

Best dgn tulisan mengenang budi. PAS mana mau buat hudud la ni kalau buat DAP dah cerai talak 3 ooo, PAS nak berangan duk Putrajaya pun tak de chance dah. Nik Ajis tu cakap main sedap mulut time penyakit nyanyok tak mai mai lagi cakap A bila nak sentot cakap B. Tun M, Pak samy dah nak retire Nik Ajis bila?

zaman Komunis boleh la nak sikit sana sikit sini free, la ni hang nak free pehhh nak jual bulu pun tak laku, nak calit buntut pun kena guna tisu atau pakai daun kot (kalau nak free), keta free ? pakai pelepah pinang hahaha, besi semua tu kena import tak tau pulak PAS nak kutip besi lusuh buat keta. Hang nak p mekah hang p serambi mekah kat Kelantan kalau dah nak free. Hang elok balik zaman flintstone laa baguih..kami tak mo ooo kami dah syukur sangat dah dgn apa yg ada cuma kami nak aman damai ja.

Suh peliwat (bakal) ahahah lagi laa haru biru, asyik dok makan duit dari luar, "lari" luar negeri paling jauh pun " ala luar negeri" embassy turki kat KL mana ada time nak tgk negara sendiri diri sendiri pun muka mcm hantu jerangkung, PAS dgn mata dok kabur mimpi tak habis2, DAP jenis perambat keluaq org melayu bagi bangsa depa perut buncit buat bisnes, PKR asyik duk bela peliwat kaki samseng bila nak aman dan maju M'sia allahualam lah.

Pendek kata, kalau nak semua free, hang pun jgn keja duk gentel lagi baguih, aman damai rasa nak duit minta nik ajis bagi doa duit turun dari langkit. Dasar bangsa pemalas serta lupa asal usul sejarah negara serta mak bapak.

mindanelayan berkata...

Asyik meminta je dieorang ni.. tak pernah pulak nak memberi.. Cuba la bagi idea atau buat sesuatu yang dapat menyumbang kepada pembanguna negara.. macam PNB.. sedar2 da nak buat Menara Warisan Merdeka.. kan bagus tu.. lepas ni.. meningkatla hasil ekonomi melayu malaysia..

JOM JOIN BIZ NI.. TAK DE DOWNLINE PON STILL DAPAT UNTUNG LAGI..
http://www.PeluangBaik.com/hardyzs
http://www.RezekiBaru.Com/hardyzs
Tak tipu punye.. 1st come 1st serve..

Tanpa Nama berkata...

thanx taming sari untuk pendedahan ini.
blog kedah lanie memang blog yg x boleh pakai, saya setuju sangat tentang mereka lebih sibuk cari duit dengan senarai iklan yang panjang berjela malahan lebih panjang daripada isi kandungan blog post-nyer. dahlah content murahan giler.

-MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif