Jumaat, 22 Oktober 2010

"Bom Jangka" Rosmah Mansor Bakal Meletup di PRU13 : PM Buatlah Sesuatu

Taming Sari agak terkilan. Berbagai perasaan bercampur aduk bersama rasa semangat dan sedih. Bagaikan mahu mengelap lantai basah di kala hujan, lantai tidak kering, penat yang dapat.

Ini bukan kehendak kita, tetapi ini adalah kehendak semasa. Taming Sari amat berbangga dengan semangat perwakilan UMNO berhujah dan Taming Sari amat bersemangat mendengar ucapan dari presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia di Perhimpunan Agong UMNO 2010.

Namun, hati ini masih risaukan pelbagai isu yang menimpa isteri PM, DS Rosmah Mansor hanya bakal meletuskan semua  bom jangka yang dipasang pembangkang bagi meruntuhkan empayar BN yang sudah sedikit demi sedikit dibina semula oleh DS Najib selepas ia runtuh dilanda tsunami politik PRU12.

Bukan sekali ini, Taming Sari menulis mengenai perkara ini tetapi bagi Taming Sari, semua ini adalah untuk kebaikan bagi survival UMNO dan BN. Cukuplah Si Kitol Khairy Jamaluddin memburukkan imej Pak Lah sehinggakan tiada satu pun perkataan yang keluar dari mulut Pak Lah menafikan apa yang dituduh pembangkang. Inilah pisau yang mengkelar karier politik Pak Lah sehingga darah perjuangannya selama ini bagaikan sia-sia.

Taming Sari amat takut, DS Rosmah, bakal mencipta satu sejarah hitam baru buat UMNO dan BN hanya kerana kealphaan DS Najib mengawal gerak-geri isterinya yang beraktiviti seakan menteri dan mengunakan "kuasa" sebagai isteri Perdana Menteri bagi mengunakan wang negara kepada program-program yang bisa menjadi "modal" pembangkang.

Persidangan wanita pertama yang pernah Taming Sari ulas di dalam posting blog ini adalah isu yang dicerca dalam blog-blog pembangkang. Baca sini untuk baca ulasan Taming Sari mengenai isu ini. Selepas Taming Sari menilai apa yang dicercakan, ada sebutir mutiara hikmah yang tersimpan di dalam teguran itu perlu diambil perhatian oleh DS Rosmah serta DS Najib. Dengan mempergunakan peruntukan yang tinggi, membincangkan mengenai tajuk dan tema yang tidak glokal serta blue printnya sekadar mahu diserahkan kepada PBB, apa kesannya pada rakyat? Isu ini, tampak remeh tetapi ia ada tersimpan "bom jangka" yang bakal diletupkan pembangkang dalam isu-isu yang dibawa ketika PRU13 nanti.

Program permata negara yang diilhamkan Rosmah bukan satu pekara yang sia-sia namun ia tidak ubah seperti apa yang sudah dirangka oleh KEMAS di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat. Namun, apabila PM mengumumkan RM111 juta kepada program ini, timbul rasa syak yang tinggi di kalangan rakyat adakah ia berkaitan dengan DS Rosmah? Jadi isu ini juga sudahpun dimainkan pembangkang dan meletakkan satu lagi bom jangka yang bakal meletus menjelang PRU13.

Bom jangka terakhir yang Taming Sari jangka bakal meletus adalah program IFF (Islamic Fashion Festival) yang dianjurkan oleh DS Rosmah di Monaco (Maghribi) pada awal bulan 8 baru-baru ini. Namun, khabar yang kurang sedap di dengar, fasyen yang dipaparkan oleh model-model tidak benar-benar bercirikan Islam malah kelihatan cuba mempersendakan Islam.


Menurut pengkritik bebas, tuntuan syariah bukan untuk diperlekehkan dengan mengambil syarat minimum iaitu menutup semua badan sehingga mengabaikan pekara lain. Sebagai contoh, biarpun model bertudung, tetapi baju yang dipakai sungguh ketat menampakkan bentuk badan. Selain itu, ada model yang menutup rambut separuh dan berbaju ketat. Paling teruk sekali, ada model yang menutup rambut dan badannya dengan kain jarang menyebabkan rambutnya masih nampak serta bentuk badannya tetap nampak. DS Najib yang ada ketika program itu bagaikan tidak sedar, program ini bakal merosakkan namanya serta nama isterinya.

Bagi Taming Sari, cukuplah apa yang sudah dilakukan DS Rosmah setakad ini. Hanya Allah yang tahu apa niat sebenar DS Rosmah melakukan semua ini namun untuk berfikiran positif, Taming Sari yakin beliau berniat baik demi menjaga masa depan anak bangsa dan mempertabatkan pakaian Islam di mata dunia.

Namun, ada satu batas yang DS Rosmah kena tahu walaupun beliau sebagai isteri Perdana Menteri, beliau harus sedar beliau bukan Perdana Menteri. Berada di sisi DS Najib dan memberi kata-kata peransang serta motivasi buat beliau adalah kerja utama DS Rosmah sebenar-benarnya. Bukannya menjadi entiti lain demi mencipta satu populariti hanya kerana berstatus isteri PM. Taming Sari minta simpang malaikat 44, mohon kepada Allah untuk menyatakan ia fitnah berhubung tuduhan bahawa DS Rosmah turut masuk campur dalam urusan penyediaan bajet 2011.

DS Najib, ambillah perhatian kerana kita semua takut, jika kita hanya memberi tumpuan kepada pembangunan empayar BN sahaja tanpa mengambil kira-kira faktor pemusnah lain yang kini hanya menjadi bom jangka yang hanya mengira detik masa maka ia bakal mengundang padah dan petaka kepada kita semua.

Maaf Taming Sari pohon atas teguran ini kerana Taming Sari amat sayangkan perjuangan ini dan tidak mahu ia dicemari oleh kepentingan peribadi individu berkepentingan.

Wallahhualam.

Penulis,

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TS
Ingat mengingati dan berjaga2 memang elok tapi pembangkang ni dah jadi kerja mereka membangkang semua perkara. Dari proton, jambatan PP, cyberjaya, putrajaya semua mereka bangkang.

Elok kita bersangka baik, mungkin projek permata negara ini projek baru yg memerlukan budget yg lebih. Mungkin kesan nye sampai hingga ke kampung2 di semenanjung, sabah dan sarawak. Kita perlu tahu apakah perisan projek ini dulu, baru kita boleh memperkatakannya. Pembangkang pun melatah juga tentang menara warisan tapi bila tahu itu duit PNB, semua tersipu2 malu.

Oh ya, gambar model yang TS siarkan tu adalah hasil ciptaan seorang pereka fesyen dari Palastine. Pada sayalah, pereka fesyen yang patut bertanggungjawab keatas rekaan masing2. Apakah bidang kuasa penaung? Kalau macam tu, sapa pun tak mahu jadi penaung. Lagi pun kalau pereka tu dari m'sia, dah lama kena warning pun.

Apa pun, saya respect tulisan TS yang tidak menghukum tapi lebih kepada nasihat.

Tamingsari berkata...

T.Kasih atas respon ini.

Tanpa Nama berkata...

Blog Media Cyber dapat buktikan yang Islamic Fashion adalah fitnah pembangkang. Syabas Media Cyber atas usaha murni anda. DS Rosmah berpelajaran tinggi bukan hanya segulung ijazah. Walaupun dicemuh apalagi fitnah beliau tidak meroyan.
Bandingkan N.Ajis dengan beliau bila menunaikan ibadah Haji; DS Rosmah dapat masuk ka'abah. N.Ajis berserban macam mana??? Orang biasa menunaikan Haji duit belanja dari titik peluh sendiri. N.Ajis macam mana???

usin berkata...

setuju. sebagai isteri PM bawaklah pendekatan isteri PM. jgn anggap diri tu PM. ds najib hrp cepat sedar. sia2 je kerja keras sblm ni.

Eljay berkata...

Salam.

Memang nampak DS Rosman kadang kala lebih terkedepan dari DS Najib. Ini Bahaya. Bukan DS Najib sahaja akan tumbang malah UMNO & BN akan juga tumbang. DS Najib Harus belajar dari pengalaman Pak Lah.Bezanay hanya menantu dan isteri. Kena ada seseorang yang berani menyedarkan DS Najib. Make sure DS Rosmah senantiasa 1 langkah dibelakang Najib bukan nya 2 langkah dihadapan Najib. DS Najib dan DS Rosmah mesti belajar dari Tun Hajah Rahah.

Tanpa Nama berkata...

Fitnah pembangkang ?

Cuba google - "Islamic Fashion Festival Monte Carlo"

Antaranya - http://www.daylife.com/search?q=the+Islamic+Fashion+Festival+in+Monte+Carlo+August+9%2C+2010

Gambar tu sah terbuka aurat kan, fashion Islam ke ?

Saya setuju dgn TS, nasihat sebelum terlambat. Pengajaran PRU12 sudah cukup hebat tapi masih ramai in 'denial mode'.

Nani PJ

shonzu berkata...

Salam bro,

Bukan nak membela sangat isteri PM tu, tetapi kita juga harus dapatkan fakta yang betul mengenai peristiwa yang telah berlaku tu.

Cuba lihat artikel dari Berita Harian ini:

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IFFpromosifesyenIslam/Article/print_html

Tanpa Nama berkata...

Kalau pembangkang dah lama kena tu..tengoklah manusia sekarang..akhir zaman..walaupun pemimpin buat kesalahan bukannya ditegur..dijulang lagi..sebab dia UMNO...ingatlah sesuatu perkara buruk yang dibuat tanpa teguran dianggap bersubahat.. x kira parti mana sekalipun..pelikkan..WAllahhualam

jamal berkata...

Apa pun yg pihak pembangkang fikirkan adalah menjadi tugas jentera2 kerajaan menjalankan kerja masing2 (menjawap). Tentang apa cuba dilakukan oleh Isteri PM tu, rasanya telah mendapat maklum PM serta Kabinetnya, adalah menjadi satu kesilapan jika perkara ini tidak diketahui oleh mereka, ini bukan perkara kecil apabila melibat kewangan negara ratusan juta. Rakyat kebanyakan hanya melihat dan menunggu hasil dan faedah kot2 sampai kepada rakyat. jika sampai apalah salahnya, contohnya keujudan PERMATA hasilnya utk siapa bukan ianya semata2 utk anak menteri atau keroni je malah semua pihak dpt merasai nikmatnya, anak2 pembangkangpun mendapat faedahnya salahkah ini semua.... apapun yg elok tu dtgnya dari ALLAH dan yg buruk tu kitalah..

Tanpa Nama berkata...

saya sokong sepenuhnya nasihat ini kepada DSRM.
1. bom jangka sedang dipasang dengan begitu banyak dan diperkatakan oleh golongan bawahan tentang peri pentingnya projek datin rosmah semua ini kepada rakyat.

2. hampir setiap hari muka DSRM melekat di akhbar utusan malaysia dengan pelbagai cerita .... semua aktiviti ini nampak macam baik . tapi natijahnya menimbulkan meluat yang berpanjangan kepada khalayak marhaen. sama macam minat DSRM menyanyi tu.... dah tersebar lagi tu di FC ... buruk orang melihatnya.... dalam hati orang ramai kenapa dia buat semua ini... perlukah dia jadi penyanyi dalam usia setua ini....

3. kalau saya jadi DSRM saya akan kurangkan kegiatan saya .saya tak akan hilang apa-apa. glamor tak payah cari ... terkenal ... orang dah kenal ... mungkin sebab ingin disanjung . saya bukan entiti yang berasingan dari PM . saya ialah isteri PM . saya seharusnya tidak memiliki sebarang kuasa / permintaan / kehendak / keinginan / tuntutan dll yang sewaktu dengannya.

4. ambil contoh tun DR Hasmah isteri Tun DR M. Dia dilihat bergerak bersama dan beriringan bersama dengan DRM sepanjang 22 tahun memerintah negara ini. tidak menimbulkan sebarang masalah kepada BN / kerajaan / birokrasi / protokol dll sepanjang masa itu.

5. DSRM dilihat sangat aktif dengan projek PERMATA negara dll. sehinggakan ada budget yang diberikan khusus untuknya. soalan oleh rakyat ialah apa manfaatnya semua itu. sejauh mana keperluannya ... telah ada perancangan jangkapanjangnya... telah ada penerangan tentang hala tujunya... telah ada model yang menjadi ikutannya .... telah ada penilaian pra / penilaian semasa.. wajarkah ianya diteruskan .. siapa yang memantau perkembangannya..... soalan oleh rakyat seterusnya .... satu lagi projek membazir oleh DSRM.

6.keadaan ini semua merupakan peluru hidup yang disimpan oleh DSRM jika ianya tidak ditamatkan lebih awal.

7. jangan sampai nasi menjadi bubur. jangan sampai hayat politik DSN menjadi pendek angkara bom jangka ini.... jangan sampai hayat politik BN berkubur dalam PR 13 nanti fikirkan

..... ikhlas ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif