Jumaat, 15 Oktober 2010

Bajet 2011 : Kakitangan Kerajaan Dapat RM500 Duit Poket


Terima Kasih Kerajaan. Mungkin itu sahaja yang boleh diluahkan oleh kakitangan awam seluruh Malaysia yang menerima duit poket RM500 bagi bantuan anak sekolah tahun 2011. 

Wang RM500 ini akan dimasukkan pada Disember 2010 adalah pemberian ke-dua kerajaan selepas kerajaan meluluskan wang RM500 duit raya buat seluruh kakitangan awam pada bulan September lalu. 

Pemberian duit poket ini jika kita nilai dari segi moralnya membuktikan kerajaan tidak pernah lupa dan abaikan keluh kesah jenteranya. Ini berikutan selain dari duit poket ini, kerajaan telah memasuhkan sistem PTK bagi penilaian kakitangan awam.

Penilaian dari segi ekonominya, kerajaan tidak mahu mengistiharkan bonus yang tinggi kerana ia hanya akan menimbulkan fenomena inflasi berkelajuan tinggi kepada ekonomi Malaysia yang hanya akan menambahkan beban kepada rakyat lagi. 

Jadi, bagi Taming Sari, RM500, adalah hadiah kerajaan paling bermakna buat masa ini kerana impak lain tidak akan membebankan rakyat.

Wallahhualam.

Penulis,

2 ulasan:

zantop berkata...

Syukur kehadrat Illahi dan berbanyak terima kasih kepada pemimpin yang perihatin. Sebenarnya bukan sahaja RM 500.00 tetapi RM 1000.00 seorang kerana pada raya diberi RM 500.00.

Ini kerana puak rasis bagi RM 100.00 kepada golongan tua duit lumba kuda pun depa tersenyum sengih. Tuuu dapat duit punca haram. Tapi PAS kata tak apa eiihhh makanlah lemak banyak, manis lazat dan sungguh khasiat.

Apapun golongan yang tak bersyukur dan berterima kasih amatlah rugi malah keji perbuatannya. Kita lihat negara kita baru nampak pucuk dari kegawatan ekonomi. Bonus RM 1000.00 amatlah besar dan tinggi nilainya. Terima Kasih daun ubi. Kalau boleh tahun depan tambah lagi. terima kasih sekali lagi semoga ianya tetap dikenang budi.

udanggalah berkata...

TERIMA KASIH kepada Kerajaan dan Syukur kepada Tuhan...

“Sungguh baik nasib orang yang beriman kerana dalam semua keadaan mereka mendapat kebaikan. Dan tidak ada habuan baik seperti ini kecuali bagi mereka yang beriman. Apabila mendapat kesenangan maka ia akan bersyukur, maka syukur itu baik baginya. Dan apabila ditimpa musibah maka ia bersabar, maka sabar itu baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif