Khamis, 28 Oktober 2010

Bukti Paling Jelas, PAS Abaikan Kebajikan Rakyat Kelantan

Maaf kurang jelas kerana diambil dengan kamera handphone.

Gambar di atas Taming Sari ambil ketika Mesyuarat Wabak Denggi di Pejabat Tanah dan Jajahan Machang, hari ini. Rumah ini diduduki seorang warga emas yang uzur. Pekerjaannya menoreh getah. Pegawai Kesihatan yang membentangkan slide show ini memberitahu, rumah ini adalah diklasifikasikan sebagai "penternak nyamuk aedes". Tetapi mereka tidak menyaman rumah ini kerana kasihan melihat keuzuran rumah ini yang sepatutnya tidak di duduki oleh manusia. Kambing pun manusia bina lebih cantik kandangnya dari rumah ini. Rumah ini terletak dikampung Lepan Rambutan, mukim Ulu Sat, Machang.

Taming Sari segera mengambil gambar dengan handphone sambil tertanya-tanya, di mana peranan kerajaan negeri? Ada juga pegawai Pej. Tanah yang dinaungi PAS Kelantan, bertanya, ini rumah ke dangau? Mengapa mereka yang turut bertangungjawab membiarkan sahaja pengundi mereka merana seperti ini? Mana ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution? Sibuk nak jaga PKR je ke? Hancing sungguh mulut kau Saifuddin. 

Bila tiba waktu mengundi, orang PAS datang ke rumah ini. Janji yang bukan-bukan. Sogok dengan wang beratus ringgit. Paling lumayan ditawarkan, jika kekalkan pemerintahan Isle... Kita semua akan masuk syurga. Apabila tamat pilihanraya, PAS abaikan dia. Sibuk mengumpul duit nak sogok pula pada PRU13 nanti. Pembangunan entah ke mana, Syurga belum tentu menjelma.

Inikah yang PAS kata mereka sudah berjaya membawa pembangunan kepada negeri Kelantan. Kelantan memang ada segalanya. Tapi jurang pendapatan rakyat paling miskin dengan rakyat paling kaya amat jauh. Ada sesetengahnya sangat bergantung dengan sektor pertanian sehinggakan jika hasil pertanian mereka rosak, mereka tiada langsung pendapatan. Ada PAS kisahkah semua ini? Baca di haprak daily kenyataan Nik Aziz mengenai negeri Kelantan yang membangun.  

Jentera BN harus pro aktif. Percayalah, di Galas begitu banyak penduduk yang berumahkan seperti rumah di atas. Mainkanlah isu ketidakbertangungjawab PAS dalam pemerintahan mereka. Pasti PAS akan terkedu. 

Taming Sari kata : "Itulah mokcik, pi undi PAS bakpo? Diorang semuo bukan ikhlas nak bantu demo. Diorang kopiah sajo Puteh, hati hite. Sudoh lo, mari sama-sama ambo kita tukar kerajae nanti."

Wallahhualam.

Penulis,


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga PAS terus memrintah kelantan...biarpun mcm2 fitnah..cacian PAS tetap utuh ..YA ALLAH lindungilah kami dari anasir2 jahat..Ya ALLAH kami tergolong dari kalangan yang telah menzalimi diri kami sendiri..beri lah kami hidayah..Lihatlah maksiat..bunuh berleluasa sb tak takutkan ALLAH tapi umatMU masih bercakaran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif