Ahad, 24 Oktober 2010

Calon Galas : Kalaulah Taraf Pendidikan Jadi Kayu Pengukur......

Jika pengundi Galas mengambil kira taraf pendidikan sebagai syarat utama pengundian, pastinya calon BN menghadapi sedikit masalah kerana perbezaan yang jauh antara calon BN dan PAS dari segi taraf pendidikan. 

Cuba lihat biodata calon BN :

Abdul Aziz Yusuf dilahirkan pada 16 Jun 1961 di Kg. Bertam Baru Gua Musang. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya Roshana Hashim, beliau dikurniakan 4 orang anak iaitu 3 orang perempuan dan 1 orang lelaki. Dari segi latarbelakang pendidikan, Abdul Aziz memulakan pendidikan rendahnya di SK Bertam, Gua Musang. Pendidikan menengahnya di SMK Jerantut, Pahang dan kemudian masuk ke aliran teknik SMK Teknik Kuantan. Kelulusan tertinggi beliau adalah Sijil Pelajaran Malaysia.
Beliau kini berkhidmat sebagai Pengurus Pejabat Operasi Kesedar di RPT Sg. Terah. Beliau mendapat tiga anugerah kehormat iaitu, Ahli Kelantan, Seri Mahkota Kelantan dan Pingat Pangkuan Negara.
Dalam parti, beliau kini adalah Setiausaha Bahagian UMNO Gua Musang serta merupakan Ketua Cawangan UMNO RPT Limau Kasturi.  

Manakala biodata Calon PAS pula adalah seperti dibawah :

Dr. Zulkefli Mohamad merupakan anak kepada seorang pemimpin PAS, Mohamad Awang yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penerangan PAS Kelantan tahun 1996.
Bapanya juga adalah bekas Adun Guchil, Kuala Krai tahun 1974-1978.
Ibunya pula, Ramelah Mat Jusoh.
Dr Zulkefli dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra.
Beliau menyambung pengajian di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan tahun 1992.
Pengalamannya sebagai seorang doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak (1992) kemudian berpindah ke Hospital Besar Kota Bharu (1993) dan Pusat Kesihatan Ciku 3 Gua Musang. Kini membuka klinik sendiri di Ciku 3.

Begitulah perbezaan taraf pendidikan kedua-dua calon di Galas yang bakal membarisi senarai calon di Pilihanraya DUN.45 Galas.

Bagi Taming Sari, biarpun taraf pendidikan tidak sama, kepercayaan Ku Li kepada Abdul Aziz membuktikan beliau ada tarikkan tersendiri yang mampu memenangkan BN di Galas.

Tonjolkanlah semangat muamalah Abdul Aziz supaya taraf pendidikan tidak di-isu-kan pembangkang serta membuktikan walaupun dia tidak memiliki ijazah, Abdul Aziz mampu berkhidmat lebih cemerlang berbanding calon PAS nanti.

Hanya UMNO dan BN sahaja yang layak untuk menang di Galas.

Wallahhualam.

Penulis,


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tuan.setidaknya kelulusan juga adalah sebahagian drp kayu ukur.ini ada kaitan dengan ilmu.kita pun bercakap soal ilmu.

Tanpa Nama berkata...

Penjual ikan pon boleh menang.. yg penting jentera..

Pengalaman tu adalah ilmu yg sangat berharga..

Apa guna jika ada ijazah tp mcm kayu tak boleh buat keja untuk rakyat

Klu dibandingkan dgn POKOK SENA lagi teruk kelulusannya.. tetapi rakyat tetap memilihnya kerana pengalamannya..

Tanpa Nama berkata...

Perbezaan latar belakang pendidikan antara calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff dengan calon Pas Zulkefli Mohamed, diyakini tidak akan menjejaskan peluang BN untuk merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Abdul Aziz, 49, mempunyai kelebihan tersendiri selaku anak tempatan dan telah lama berkhidmat dengan masyarakat di Gua Musang terutamanya kawasan Galas.

"Latar belakang pendidikan bukan isu sama sekali, rakyat kini lebih berfikiran terbuka dan mereka mahukan wakil rakyat yang mampu memberi perkhidmatan kepada mereka.

"Kalau calon itu berkelulusan tinggi dan mengamalkan bidang perubatan di kawasan lain, maka sudah tentu beliau tidak dapat beri perhatian kepada kawasan ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang di sini hari ini.

Sedangkan Abdul Aziz merupakan anak tempatan dan tinggal di sini selain pernah menjadi Pengurus Pejabat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), sudah tentu perkhidmatan beliau kepada masyarakat dapat diteruskan kerana telah lama mempunyai jalinan rapat dengan masyarakat, kata Ahmad Zahid.

Selain itu, katanya melalui calon BN, kerajaan akan dapat menyalurkan lebih banyak peruntukan untuk pembangunan kawasan dan membantu rakyat miskin di Galas yang kebanyakanya bekerja sebagai petani. - Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif