Selasa, 19 Oktober 2010

Dapat Bangunan Pun Jadi Bahan Politik : Haprakdaily dan Blog Beruk PAS Meroyan Tak Bertempat


Kecoh habis blogger Pas meroyan apabila berjaya menduduki bangunan kononya bekas pejabat Ketua Bahagian Kota Bharu.

Seperti yang dilipurlarakan Haprak Daily :
"....PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu.
Tentunya maruah Umno Kelantan sekali lagi tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan.
Bangunan tersebut yang pernah terbengkalai dalam tempoh begitu lama berjaya disiapkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim.
Bagaimanapun selepas Zaid digugurkan daripada jawatannya atas dakwaan terbabit dengan rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjadi lengang semula.
Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh gagal memasuki bangunan berkenaan.
Bangunan tersebut yang difahamkan dimiliki sepenuhnya Zaid selepas berjaya menyiapkan bangunan yang lama terbengkalai.
Ketika itu signboard Umno Kota Bharu dipasang di puncak bangunan yang boleh dilihat dengan jelas dari jambatan Sultan Yahya Petra pada waktu malam.
Pada April lalu, Umno Kota Bharu yang diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan..... "

Zaid kini Penyelaras Pakatan Rakyat tetap tidak berganjak dan enggan tunduk terhadap desakan Umno Kota Bharu. Jika benar ia adalah hak milik peribadi Zaid, sudah pastilah ia tidak akan membenarkan UMNO mendudukinya.


Bagi Taming Sari, terlalu kejam menyamakan penyerahan tersebut tanda UMNO semakin lemah di Kelantan.

Hakikatnya bangunan itu sudah milik pencacai PAS (Zaid Ibrahim) mestilah dia akan jual mahal dan keutamaannya diberikan kepada rakan-rakan sejamban dengannya.

Bagi UMNO, mereka tidak hairan dengan bangunan berharga 4.5 Juta tersebut kerana UMNO boleh membina bangunan lain yang lebih hebat. Lainlah PAS, mereka tidak pernah duduk bangunan sebegitu. Itulah sebabnya mereka jakun tak bertempat seperi "Bertelur Baru Sebiji, Ibu Ayam Kecoh Satu Kampung". 

Cuma Taming Sari tergelak dengan ulasan di Haprak Daily mengenai isu ini yang jelas tidak perlu dipolitikkan kerana ia adalah kejadian dalaman yang langsung tidak memberi kesan pada UMNO dan rakyat Kelantan.

Wallahhualam.

Penulis,


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

APA NAK SIBUK NYA KALAU DAH MAMPU LAGI HALAL APA SALAHNYA.BANGGA DENGAN YANG HARAM PULA APAKAH TIDAK SALAH DI SISI ISLAM FIKIRLAH

Tanpa Nama berkata...

ITU MAKNANYA MEREKA MAMPU APA NAK DENGKINYA DENGAN DEWAN PEMUDA PAS KELANTAN. NAPA PEMUDA UMNO KELANTAN TAK BELI...TAU NAK NGUTUK JE APA KE JADAH..RAKYAT NAK TENGOK YOU ALL BUAT KERJA, BUKAN ASYIK NAK NGOMEN JE.

Tamingsari berkata...

Anon...

Rakyat kelantan pun nak tengok PAS buat kerja...

Jangan asyik seronok dengan bangunan baru sahaja...

Apa yang PAS buat utk Kelantan?

Jangan asyik nak komen sahaja... buat kerja...

Tanpa Nama berkata...

Hahaha... Kejadian ni patut bole buat rakyat berfikir laa... Kalau mintak kerajaan PAS baiki jalan ... tak abis pun RM50,000, bukan main susah. Jawabnya, PAS mana ada duit banyak.. Kalau nak minta tukar kapet kat masjid dengan PAS.., senang jer pemimpin dia cakap.., itu patut mintak derma dengan ahli jemaah la...

Tapi bab beli bangunan sampai RM4.5 juta.., hmmm..., ada pulak duitnyer..

Bukan nak tuduh.., saja nak usik ni :
ada tokeh tolong bayar ker ni? hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif