Ahad, 24 Oktober 2010

DAPigs Sokong Pertahankan Islam Sebagai Agama Rasmi Pulak Dah !

Selepas mendengar kata-kata DS Najib mengenai terkunci dan tersimpul rapinya perlembagaan di bawah naugan Raja-Raja Melayu di Perhimpunan Agong UMNO 2010, mungkin menyebabkan DAP juga tersipu-sipu malu dan cuba berdalih.

Sebelum ini mereka-lah yang paling lantang menentang dan mengecam apa sahaja pekara berkaitan Islam dan hak orang Melayu. Lim Kit Siang utamanya cukup anti dengan perkataan "hudud" dan negara Islam.

Semalam, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook berucap dihadapan penyokong mereka di Setiu Terengganu yang dikhabarkan yang hadir tidak sampai 100 orang. Dalam portal mereka ditulis 100 ribu orang. Pembohong sungguh. Program tersebut adalah ceramah perdana yang menjadi acara kemuncak sambutan pra Ijtimak Kepimpinan PAS ke-8 anjuran PAS Terengganu.

Antara petikan kata-kata Anthony Loke Siew Fook :
".............pentadbiran (negeri) pakatan rakyat termasuk daripada DAP (Pulau Pinang) tidak sama sekali tidak menghormati Islam dan tidak sama sekali anti Islam, dan kita menghormati agama masing-masing,
"agama Islam sebagai agama persekutuan akan diperatahankan oleh DAP dan Pakatan Rakyat kerana ini (ia) telah dipersetujui bersama,"ujarnya ketika menyampaikan ucapannya (Gambar kanan)
Sebaliknya menurut beliau Barisan Nasional (BN) yang sebenarnya anti Islam.
Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah menaikkan peruntukan bagi Hal Ehwal Agama Islam daripada RM12 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan BN sebelumnya kepada RM24 juta apabila Pakatan Rakyat memerintah.
"Bawah BN RM12 juta, bawah Pakatan Rakyat RM24 juta, kalau menurut peruntukan ini, siapa yang anti Islam? Yang anti Islam (adalah) Barisan Nasional,'jelasnya .
Beliau berkata DAP mempunyai sebarang masalah dengan agama Islam tetapi yang menjadikannya satu masalah adalah Umno kerana Umno semakin tertekan..... "

Memang benggap sungguh jika orang Setiu boleh terpengaruh dengan kata-kata kafir harbi ini. Cuba buka dan lihat satu persatu penindasan DAP ke atas orang Melayu P.Pinang. Mereka bukan sahaja menidakkan hak orang Melayu malah hak Islam. 

Semua orang Melayu Islam masih ingat, Karpal Singh pernah berkata, langkah mayat kami (DAP) kalau nak tubuh negara Islam. 

DAP menghina AlQuran, hina masjid dan tidak menjaga sensitiviti umat Islam di Selangor dan Kedah dengan projek babi mereka.

Ini kah cara nak mempertahankan Islam?

Wallahhualam.

Penulis,


3 ulasan:

hangkedee berkata...

bila puak puak pas ni nak berhijirah ke ke Singapork unle LKY boleh beri tanah atas laut syok MAAAAAAAAAA

Tanpa Nama berkata...

Persekutuan Malaysia adalah sebuah Badan Negara dibawah Federation Agreement terdiri dari gabungan Yang diPertuan Negeri-Negeri Tanah Melayu samada Bersekutu atau tidak Bersekutu (Federated and Unfederated Malay States.

Negeri-Negeri ini adalah wilayah yang berdaulat dan tidak dijajah kerana British sekadar mentadbir namun kedaulatan tetap kekal pada YangdiPertuan Negeri-Negeri. Pendekata, orang-orang Melayu sememangnya adalah rakyat Yang diPertuan Negeri-Negeri Tanah Melayu berbanding bangsa -bangsa lain yang walaupun berada di Persekutuan Negeri-Negeri Tanah Melayu, mereka-mereka bukanlah rakyat diPersekutuan Tanah Melayu. Ketika itu, isu orang-orang Melayu sememangnya mempunyai keistimewaan tidak timbul sama sekali dan bangsa-bangsa asing ketika itu sememangnya sedar siapa mereka dan dari mana dan sebab apa mereka datang ke wilayah-wialayh Negeri-Negeri Tanah melayu.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia sekadar mengendoskan sahaja kontrak sosial itu supaya dulu kini dan selama-lamanya seperti kata Laksmana Hang Tuah, "tidak Melayu hilang didunia" dan Persekutuan Malaysia asalnya ialah Negeri-Negeri Tanah Melayu dibawah yang diPertuan negeri masing-masing dan tempat tingal orang-orang Melayu dibawah Yang diPertuan Negeri-Negeri Tanah Melayu. Apakah sudah lupa apa "keretapi tanah melayu", Federated Malay States, Unfederated malay states.

Tanpa Nama berkata...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Henti bahas hak Melayu – PM

Oleh RAMLI ABDUL KARIM dan ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak supaya berhenti mempersoal dan membahaskan mengenai hak istimewa Melayu serta pada masa sama mengulangi bahawa ia dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

....Sementara itu, Najib pada sidang akhbar kemudian berkata, seandainya isu Perlembagaan masih dibangkitkan oleh pihak tertentu, ia akan hanya bersifat akademik.

“Ia tidak akan mengubah setitik pun. Kita memang ada undang-undang tapi kita akan tengok macam mana ia dibangkitkan, sama ada ia melanggar undang-undang atau (berbentuk) hasutan.

“Tapi, mereka patut faham kalau persoalkan, ia hanya bersifat akademik, buang masa dan `habiskan beras’ sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, Najib berkata, parti-parti komponen BN sudah memberi persetujuan supaya perkara-perkara yang bersabit dengan Perlembagaan tidak perlu lagi dibangkitkan oleh sesiapa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif