Rabu, 27 Oktober 2010

Dimana Malaysiakini Dapat Maklumat Ini?


Boleh sesiapa bantu. Taming Sari sibuk mencari kisah berkaitan Hub Hiburan Malam yang bakal dilaksanakan kerajaan di dalam rancangan Plan Transformasi Ekonomi (ETP). Malaysiakini menghebahkan di dalam portalnya mengenai rancangan tersebut sehingga semua blog pembangkang telah "copy & paste" artikel itu ke blog mereka.

Antara kenyataan di dalam Malaysiakini : Tengok di bawah atau baca sini :
"Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan.

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.
Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan.

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.
Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan....."

Malaysiakini juga melaporkan kenyataan Dr. Ma'amor Setiausaha Agong PPIM yang mengulas mengenai rancangan Hub Hiburan Malam :
Ketika dihubungi Malaysiakini tengah hari ini, Dr Ma'amor - pemimpin NGO Islam yang dilihat agak 'rapat' dengan kerajaan - berkata, rancangan ETP itu menyalahi pelbagai perkara, termasuk gagasan Wawasan 2020 yang mahu negara ini maju dengan acuan sendiri.

"Budaya kelab malam ini bukan budaya Timur. Ia budaya Barat, budaya berfoya-foya.

"Saya ucap tahniahlah kerana berjaya mengkhianati negarawan negara (Dr Mahathir)," katanya.

Ditanya berhubung tindakan susulan PPIM bagi menyatakan menangani rancangan itu, Ma'mor berkata:

"Kita tak pergilah (ke kelab malam). Boikot pun tak guna. Tak ada ahli kita yang pergi ke kelab malam. Tunggu pilihan rayalah nanti."

PPIM antara NGO pengguna Islam yang diingati kerana kempen boikot produk barangan tertentu seperti barangan keluaraan Yahudi dan Amerika Syarikat sebelum ini.

Persoalannya mengapa di portal berita arus perdana tiada kisah ini. Puas Taming Sari membaca dan menela'ah portal berita arus perdana bagi mencari berita mengenai Hub Hiburan Malam seperti yang didakwa Malaysiakini namun tidak menjumpainya.


Apa yang Taming Sari jumpa di dalam Bernama dan Utusan saling menceritakan kesan ETP serta projek-projek berkaitan bagi mengisi program Greater KL/KV di bawah ETP dan bajet diperlukan bagi pelaksanaannya.

Mungkin para pembaca boleh membantu Taming Sari mendapatkan maklumat berkaitan Hub Hiburan Malam tersebut kerana Taming Sari sukar untuk mempercayai blog dan portal pembangkang terutamanya Malaysiakini.

Seperti yang diceritakan Malaysiakini, Pencaknaan berita mengenai pekara tersebut betul-betul bercanggah dengan prinsip ketimuran, malah dengan wujudnya kelab-kelab malam yang bercambah akan meransang lagi masalah sosial masyarakat.

Taming Sari inginkan penjelasan tersebut dan sekiranya pembaca ada link ke artikel yang tidak berat sebelah, sila komen dan kemukakan kepada Taming Sari.

Wallahhualam.

Penulis,


5 ulasan:

ISAC berkata...

Adakah ini satu lagi "sabotaj" oleh Malaysiakini terhadap kerajaan???

Kalau betul2 nak buat duit, baik bagi lesen kat pengedar dadah, penyeludup senjata api, rumah2 urut dan persundalan sekali...

gapodio berkata...

aku dah try cari.
memang ada.
dalam bab 10 mukasurat 359-363..

tapi tujuan dia untuk pelancong asing, expatriat. Bagi memenuhi keperluan bukan islam. Yang islam ni tak payah la nak jadi bodoh pi situ.setel.

Tamingsari berkata...

Tapi kenapa portal berita arus perdana tak cerite?

Rakyat keliru nanti kalau takde penjelasan

gapodio berkata...

Buku etp tu dok ada 16 bab...
sampai bab 10 ja dah 350 lebih dia punya mukasurat.. sebab tu gov bagi dalam bentuk buku, suruh rakyat baca dan fahamkan sendiri.pembangkang biasanya dia akan ambil bab2 yang dia boleh jadikan isu je...yang bab2 lain yang menguntungkan pihak kerajaan dan rakyat dia tak sentuh langsung..standard pembangkang la...

http://www.ismail.com.my berkata...

Kita dah ada hub judi, dah ada hub pelacuran. Setakat hub hiburan tu apalah sangat....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif