Jumaat, 22 Oktober 2010

Dr. Zul Adalah "Kambing Hitam" PAS : PAS Yakin Kalah di Galas

Rakyat Galas pernah menolak Dr. Zulkefli Mohamad, bekas calon dari PAS yang diletakkan menentang Tengku Razaleigh Hamzah pada Piliharaya umum lalu dua kali berturut-turut. 

Samaada sedar atau tidak Dr. Zul hanyalah "kambing hitam" yang menjadi taruhan bagi mengisi pencalonan PAS di Galas. Hakikatnya PAS sudah tidak yakin untuk menang di Galas kerana sudah ketandusan Calon. Pemilihan Dr. Zul adalah pilihan terakhir PAS walaupun mereka tahu Dr. Zul tidak popular di Gua Musang serta dia jelas seorang "loser". Khabar mengatakan Dr. Zul pernah ditangkap khalwat semasa zaman mudanya sehingga terpaksa berkahwin dan kini sudahpun menjadi isterinya terus mencacatkan lagi imej calon PAS ini yang membuka klinik di Felda Ciku 3. 

PAS sebenarnya tidak menaruh harapan yang tinggi di Galas kerana mereka lebih bijak menilai impak kepada pelaburan di Galas. Wang yang sudah dikumpul hampir 3 tahun sejak 2008 selepas PRU12 oleh PAS Kelantan pastinya tidak dilaburkan sebanyaknya dengan mempertahankan kerusi Galas kerana jika Galas jatuh ditangan UMNO sekalipun, ia tidak merubah kedudukan PAS di kerusi pemerintah Kelantan pada edisi kali ini. Masakan mereka sanggup menghabiskan wang kerajaan negeri semata-matta mempertahankan kerusi yang mungkin tahun hadapan akan dibubarkan bagi memberi laluan PRU13.

Wang terkumpul dari hasil negeri Kelantan banyak yang PAS simpan untuk kepentingan politik mereka menjelang pilihanraya umum. Inilah sebabnya mereka gagal memberi kemudahan prasarana yang baik buat rakyat Kelantan malah, mereka bagaikan tidak mengambil kisah langsung runggutan rakyat terutama mengenai air. Bagi mereka, hasil kerajaan adalah untuk perbelanjaan pilihanraya akan datang. Melabur untuk rakyat adalah perkara membazir dan membazir itu amalan syaitan. Tangungjawab membangunkan prasarana adalah tangungjawab kerajaan persekutuan.


Kepada pengundi Galas, janganlah terpedaya dengan PAS yang tidak signifikan kepada perubahan hidup anda. Pernahkah anda meminta bantuan dari kerajaan negeri? Sehingga keperluan asas pun kerajaan negeri berkira untuk adakan dengan sempurna, mahukah mereka mendengar suara anda di hujung negeri sana sekirannya anda menjerit mahukan pembangunan "ala" K. Lumpur? Kota Bharu pun sama taraf dengan bandar koboi yang busuk dan kotor. Kalau selama ini, anda hidup berlandaskan kerja tangan anda sendiri, lebih baiklah anda memilih BN kerana setiap apa yang BN janji, tidak pernah dimungkiri.

Sama-samalah kita kuburkan Dr. Zul dan PAS di Galas bagi membuktikan kepada Malaysia, Kelantan sudah berubah kerana di PRU13, mereka mahukan kerajaan baru yang lebih economist, optimis, dan tidak mempergunakan Islam demi survival politik.

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif