Sabtu, 9 Oktober 2010

Edisi Baca Confirm "Marah": UMNO Sahkah Pergi Mekah?


Ikutilah keratan artikel di sebuah blog Ustaz PAS yang celaka ini: 

............................bagi orang Malaysia khususnya pendokong UMNO, perjuangan, berpolitik, bernegara tak termasuk dalam Islam. Politik suku, agama suku. Inilah dasar sekularisme. Memerintah ikut Nafsu. Kehakiman mengikut Komanweal. Hidup bermatlamatkan materialisme. Perjuangan berdasarkan nasionalisme. Ekonominya kapitalis. Islam di Mekah sahaja. Di Masjid, dibulan Ramadhan, Hariraya, masa nak kahwin, masa nak mati, masa bawak ke kubur, masa bertahlil. Masa itu pakailah Islam. Lain pada tu ISA (Ikut Suka Akulah).

“Hah! Sangkut politik kat pagar sebelum masuk masjid” begitulah biasanya ustaz upahan UMNO mengajar. Jangan bawak politik dalam masjid. Habis kalau nak ke Mekah ni, sangkut politik kat KLIA jangan bawak masuk ke Mekah. Jangan berpolitik di Mekah. Musim Haji pun berpolitik juga. Begitulah antara cakap-cakap mereka. Berjayalah kehendak Snouge Hogronje, seorang orientalis Belanda, bekas paderi yang menyusup masuk ke Mekah, mengaku Islam dan bekerja dengan Syt Hindia Belanda dengan menyarankan supaya menyekat dan menghalang politik haji dan jihad sabilillah. Supaya bakal haji hanya melakukan gerak-kerja haji tanpa pulang membawa perjuangan Rasulullah Saw dan tidak menggangu-gugat pemerintahan Belanda di Indonesia.

Dahulu setiap bakal haji diberi buku kecil panduan melakukan ibadah haji dengan fatwa mufti Arab Saudi, Abdul Aziz bin baz yang menyebut batas-batas kufur yang menjadikan haji tidak sah. Dr Muhammad Na`em Yassin mengeluarkan kitab Iman : Rukun, Hakikat & Pembatalannya. Bahkan Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kitab Mastika Hadis yang menyenaraikan perkara-perkara yang membatalkan iman yang merosakkan semua amal ibadah dan amalannya ditolak. Tetapi mereka ini mengaji ke tak? Kitab yang mereka keluarkan sendiri tu baca ke tidak?

Sudahlah tak baca kitab, kitab yang dikeluarkan oleh ulama yang menjeaskan isu seperti ini telah diharamkan seperti karangan Syeikh Abdul Qadir, guru di masjidil haram. Pada tahun 1956, Sheikh Abdul Qadir mendahului ulama-ulama lain apabila memperkatakan tentang masalah ideologi ciptaan manusia seperti kapitalisme, sosialisme dan komunisme serta percanggahannya dengan aqidah dan pemikiran Islam. Persoalan ni diperkatakan dalam buku terjemahannya, “Pendirian Agama Islam” (1956). Dalam cetakan kedua buku ini pada 1957, beberapa ulama telah memuji tindakan Sheikh Abdul Qadir dalam menyelamatkan aqidah umat Islam ini.

Dengan pemikiran politik beliau yang begitu terkehadapan berbanding para ulama yang lain, Sheikh Abdul Qadir bukan sahaja berjaya menghasilkan karya-karya politik, pemikiran Islam dan fiqh semasa, tetapi turut terlibat secara langsung dalam gerakan politik Islam. Sheikh Abdul Qadir telah mempengaruhi murid-muridnya di Makkah supaya menolak pemikiran nasionalsme, menolak undang-undang penjajah, menolak kepemimpinan bukan Islam, mewajibkan perjuangan menegakkan negara Islam serta mewajibkan umat Islam menyertai PAS.

Beliau sendiri menyertai PAS Cawangan Makkah pada tahun tersebut ketika Yang Dipertuan Agung PAS, Dr Haji Abbas Alias memimpin pasukan kesihatan jemaah haji Tanah Melayu pada 1954. Sheikh Abdul Qadir turut dipilih sebagai Ketua PAS Makkah sehingga kematian beliau pada 18 Rabiulakhir 1385 (1965).
Antara murid beliau yang terkenal ialah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Sungai Durian, Kelantandan Tuan Guru Haji Umar Daud Meranti. Salah seorang anak beliau, Syeikh Muhammad al-Mandili merupakan guru agama di Masjidil Haram sekarang ini.

Hari ini, khalifah UMNO menggalas pula Islam Moderate setelah kegagalan Islam Hadhari. Bersekongkol pula dengan agenda Islam Liberal, Islam Progresif, Islam Plural, Islam Pragmatis dan sebagainya. Terlalu banyak membuak-buak ideologi manusia ini sedang dalam beribadah mengguna pakai amalan Islam yang dirasa selesa dan memilih-milih ajaran tersebut mengikut hawa nafsu mereka.

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Barangsiapa yang mencari selain daripada isla sebagai pegangan hidup nescaya tidak diterima daripadanya dan dihari akhirat kelak tergolong dari kalangan orang yang rugi”

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
“Wahai orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara menyeluruh da janganlah mengikuti jejak langkah syaitan sesungguhnya ia bagi kamu musuh yang nyata”

Rasulullah Saw juga bersabda : الكفار ملة واحدة
Semua kekafiran itu tergolong dalam agama yang satu

Semoga bakal haji bermuhasabah dan diharapkan agar meninggalkan perjuangan UMNO yang didasarkan atas assobiyyah itu dan semoga pulang nanti akan bersama-sama dengan perjuangan Pas bagi menegakkan Islam yang diwariskan oleh Rasulullah Saw untuk ditegakkan diatas mukabumi Malaysia ini, InsyaAllah.

Sumber: Saiful Bahri

Kata Taming Sari:  Dengar tajukpun sudah rasa nak marah, bagaimanapula rasanya apabila membaca artikelnya.

Tidak ada apa yang boleh diperkatakan selepas membaca posting terbaru dari seorang Ustaz dari PAS yang langsung tidak sayangkan amal kebajikannya terus disedekahkan kepada orang-orang UMNO yang dicerca dan dihinanya. Rasa kecewa, marah dan kesal pasti terpampang di dada pembaca apabila seorang yang memiliki pendidikan agama yang tinggi boleh mengeluarkan artikel sesampah ini.

Betapa ceteknya pemikiran si Ustaz sehingga membawa ideologi politik PAS celakanya ke Mekah dan membeda-bedakan antara Jemaah PAS dan UMNO. 

Kuasa menerima dan memberi pahala serta mengikhtiraf haji seseorang itu, bukannya Ustaz Saiful Bahri tetapi Rabbul Izzati yang maha mengetahui. Malah, apa yang diperkatakan si Ustaz itu jauh meleset malah Taming Sari tengok orang PAS juga lepas pulang dari Mekah lebih teruk dan hina perangainya tidak padan dengan status haji di pangkal namanya. Haji-haji dan hajah-hajah dari PAS inilah paling busuk hati dan paling banyak pengkhianatannya. 

Kepada pembaca komenlah sendiri kerana Taming Sari sudah menegurnya ketika dia mengutuk dan menghina Isteri Tun Mahadhir, Tun Hasmah beberapa hari yang lalu di dalam posting di blognya.

Inilah realiti pemimpin PAS yang celaka sengaja menimbulkan rasa benci masyarakat kepada PAS. Kalau masyarakat nak benci PAS Taming Sari sokong, cuma takut masyarakat terutama bukan Islam salah faham dan menganggap ini ajaran Islam sebenar. Menghalalkan cacian dan syak wasangka terlampau kepada sesama Islam.

Semoga dia ini akan menerima hidayah dari Allah. 

Wallahhualam.

Penulis,

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sungguh memualkan.. begini cara nak ajak org ke masjid? lebai PiS kalau bantah konsert mmg dahsyat, mcm nak pegi berperang, tp mengajar org mencerca org lain, kafirkan orang lain, memecahbelahkan umat mmg nombor wahid

NUAR BERAHI BEKAS BANDUAN berkata...

Hmmm nak buat macamana ustaz2 pas pis pus semua cari makan kat ceramah,jadi mereka bercakap berdasar pengalaman mereka,apa yang mereka kata tu sebenarnya mencerminkan diri mereka. kalau tak mengutuk orang bukan ustaz pas la namanya.Kepala otak dia orang dah di isi dengan tahi babi,perut merka disi dengan air mandian mayat.Sebab itu semua hati perut busuk

Tanpa Nama berkata...

biasa lah pas ni.. nik aziz suruh mengumpat n mengata.. anak buah pe lagi terus je la misi. nak masuk neraka.. soryyyy... nik aziz ckp jumpa dia tuk tarbiah masuk syurga..

duluPas berkata...

Kerana sikap takbur, hipokrit dan cakap tak serupa bikin pemimpin2 PAS beginilah yang menggerakkan hati saya untuk tidak lagi menyokong PAS.

Mereka sahaja yang maksum, betul semua, umat Islam yang lain dihina dan dikeji hanya semata2 kerana kefahaman politik yang berbeza.

Tanpa Nama berkata...

Kata Ustaz..

'Hari ini, khalifah UMNO menggalas pula Islam Moderate setelah kegagalan Islam Hadhari. Bersekongkol pula dengan agenda Islam Liberal, Islam Progresif, Islam Plural, Islam Pragmatis dan sebagainya. '

Ustaz kutukla UMNO mcmmane pun, tp yg nyata UMNO jugala yg berusaha melarang penggunaan nama Allah oleh puak kafir, sedangkan PAS yg bangga dengan PARTI ISLAM nya terus bersekongkol dgn DAP yg sah-sah menentang Islam (tak caye pegi tanye Karpal).

Biarla UMNO dicerca Islam Liberal, Islam Plural, Islam Hadhari, yg nyata mereka tak pernah menjual Islam sbg agenda KUASA dan POLITIK. Tak perlu pakai Kopiah, serban bertingkat kalo nak menunjukkan anda tu seorg ISLAM yg bagus..

Tp lg memalukan kalo anda berpakaian mengikut sunnah Nabi tp mencerca sahabat dan kawan islamnya sendiri tp BERSEKONGKOL dgn kafir yg menolak islam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif