Selasa, 12 Oktober 2010

Edisi Kemalangan Ngeri Tarikh 10/10/10 : Faktor "Mistik" Belum Diambilkira


Gambar : Ilustrasi "hantu" hanya hiasan.

Pada tarikh 10.10.10, kita dikejutkan dengan satu kemalangan ngeri setrajis babak kemalangan di dalam filem "Final Destination" melibatkan sebuah bas ekpress dan bas jabatan serta beberapa kenderaan persendirian yang meragut nyawa 12 orang dan hampir 40 orang parah. 

Adegan diceritakan begitu dahsyat sehingga bas lokomotif yang berat itu boleh terbang selepas melanggar pembahagi jalan kemudian melanggar beberapa buah kereta dan van sebelum melanggar bas JKM apabila masuk ke lalaun bertentangan seterusnya tumbang menghempap dua buah kereta lain. 

Perhatian serius diambil sejurus kes ini berlaku dan segala aspek teknikal berkaitan pemandu, bas dan syarikat bas diperiksa. Laporannya cukup mengejutkan apabila bas yang baru berusia 3 tahun itu lengkap mengikut servisnya manakala laporan mengenai pemandu juga bersih dari sebarang saman. Syarikat tersebut juga bebas dari masalah-masalah dalaman serta memiliki prestasi yang baik. 

Namun, Menteri Pengangkutan memberi jawapan teknikal bas menjadi puncanya iaitu masalah kepada brek dan stereng. 

Orang ramai dan saksi terutama penumpang bas yang terselamat memberitahu bas sememangnya dipandu laju dan jawapan ini paling tepat kerana bayangkan dengan kelajuan berapa bas boleh melambung ke laluan bertentangan selepas melanggar pembahagi jalan?

Taming Sari sengaja mahu menambah satu lagi kemungkinan kepada berlakunya pekara ini adalah mungkin adanya "gangguan mistik" yang menjelma ketika bas sedang meluncur laju serta menyebabkan pemandu itu panik dan gagal mengawal kenderaannya sehingga kejadian ngeri ini berlaku.

Taming Sari ada bersembang dengan kawan-kawan Taming Sari yang memandu lori serta sering melalui jalan itu memberitahu, bahawa kawasan itu agak gelap dan mudah terjadinya kemalangan. Mereka juga menegaskan bahawa di kawasan itu memang "keras" dan kerap terjadi kemalangan. Hampir setiap tahun, pasti ada kematian di kawasan itu akibat dari kemalangan jalan raya.

Dua komen dalam posting Blog Taming Sari menyokong kepada penyataan ini. Baca sini.

Walaubagaimanapun siasatan rapi dari pihak berwajib perlu disegerakan bagi mendapatkan jawapan sebenar kepada punca berlakunya kemalangan ngeri ini. Jika tiada jawapannya, berkemungkinan andaian adanya gangguan mistik boleh digunapakai

Wallahhualam.

Penulis


  

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif