Sabtu, 16 Oktober 2010

Edisi Yang Mahfuz Kena Baca : Implikasi Bajet 2011, FDI Bakal Diransang Oleh Dasar Fiskal dan Kewangan


Gabungan dasar fiskal dan dasar kewangan terus dipacu bagi mengembalikan kerancakan ekonomi pada 10 tahun bertama menjelang 2020.

Pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri menampakkan hasrat kerajaan menyuntik anjakan pendapatan rakyat ke angka yang lebih optimis sekaligus menaikkan taraf hidup rakyat.

Contoh item bajet yang menyentuh dasar fiskal sekaligus mengerakan jentera ekonomi negara adalah penghapusan cukai eksais bagi barangan  asas untuk produk pelancongan dan rakyat tempatan. Kesannya harga barangan tersebut lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelum ini. Penghapusan cukai eksais untuk telefon bimbit juga bakal menjadikan barangan tersebut lebih berdaya saing.

Keadaan ini secara langsung bakal menyaksikan pertambahan dalam perbelanjaan penguna, seterusnya merancakkan sektor komersial dan perlancongan. Keuntungannya bakal dinikmati secara terus oleh pengiat perniagaan dan penguna manakala kerajaan bakal mendapat pulangan lumayan di dalam sektor perlancongan dan wang Ringgit bakal terus kukuh kerana pemintaan terhadap Ringgit bakal meningkat.

Item bajet yang menyentuh dasar kewangan adalah wujudnya skim rumah pertama bagi golongan muda berpendapatan isi rumah kurang RM3K sebulan. Skim ini membolehkan golongan tersebut memiliki rumah dengan pinjaman 100% dan 10% deposit ditanggung oleh cagamas iaitu geran cagaran kerajaan. 

Dengan kewujudan skim ini, kerajaan bertindak berani dan menjangkakan, urusniaga pembelian rumah dan pembangunan hartanah perumahan bakal rancak dan meningkat dengan mendadak. Tindakan ini Taming Sari rasa amat tepat apabila negara bakal menghadapi pertambahan populasi sebanyak 50% menjelang dekad ke-2 tahun milinium ini.

Taming Sari melihat begitu banyak item bajet bakal memberi pulangan menguntungkan buat rakyat. Pengorbanan kerajaan menarik cukai-cukai tertentu dan mewujudkan skim-skim cagaran kerajaan adalah satu perjudian masa depan kerajaan bagi melihat negara lebih berdaya maju menjelang wawasan 2020.  

Seperti dakwaan Mahfuz, MP Pas Pokok Sena mengenai tiadanya dasar yang bakal menarik pelaburan asing (FDI) bagi Taming Sari, ia adalah tuduhan bodoh dan tidak berasas.

Ada beberapa item dalam bajet yang bakal mendatangkan suntikan FDI kepada negara terutama perbelanjaan yang besar kerajaan dalam bidang pendidikan dan perubatan dengan membawa masuk peryertaan insittusi pendidikan antarabangsa ke negara ini sekaligus mewujudkan banyak impak postif kepada ekonomi. 

FDI juga bakal masuk dengan penyelarasan dasar fiskal dan kewangan kerajaan serta pembangunan infrastruktur yang jitu dan berimpak tinggi yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan. Fokus kerajaan kepada pembangunan teknologi hijau dan bioteknologi bakal meransang FDI untuk bertapak dalam negara kita. Pasaran modal yang diperkukuhkan dengan sutikan bebilion kerajaan bakal memberi pulangan lumayan kepada ekonomi dan kewangan negara. 

Dengan restu kerajaan membenarkan KWSP melabur 20% keluar negara bakal memberi pulangan lumayan kepada pemegang akaun KWSP dengan syarat KWSP melabur ke tempat yang betul. Saksikan nanti KWSP mengumukan dividen tahunan yang melebihi 10%.

Taming Sari menjangkakan, FDI bakal berduyun-duyun menandatangi MOU dengan pelbagai syarikat swasta negara kerana yakin kerajaan komited mengerakkan koridor dan wilayah ekonomi. Manakala peranan syarikat pengerak seperti Khazanah Nasional, PNB, 1MDB dan Petronas serta sokongan sektor kewangan bakal merancakkan lagi ekonomi Malaysia. 

Wallahhualam.

Penulis,
  

2 ulasan:

Sampul Kecil berkata...

Bro Tamingsari

Si Mahfuz BEan Omar takkan paham punye kalau bace pon.. die otak udang..

usin berkata...

aku dah kata dah, bila pembangkang bg komen mesti nampak bodoh. dorang ni bodoh sbb sblm buat komen dorang malas buat homework, cari fakta. dorang ni hanya rajin berckp tp mlas membaca. malu tul aku bila tengok org yg kononnya pejuang Islam bila ckp kurang pakai otak. MALU!MALU!MALU!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif