Isnin, 25 Oktober 2010

Filem Tempatan Mendidik Atau Mengancam? Modal Tinggi, Moral Rendah

MAAF dipohon andai isu yang ingin diutarakan ini bisa mengundang ketidakpuasan hati sesetengah pihak. Namun, jika makin lama dibiarkan, makin tersebarlah virus-virus 'kerosakan' terhadap minda muda remaja kini, khususnya umat Islam di Malaysia. Seperti anai-anai yang memakan batang kayu menyebabkan ia reput, mati dan musnah akhirnya.

Murah. Ya, saya katakan dalam kebanyakan filem arahan Ahmad Idham murah. Kenapa? Bajet yang dikeluarkan untuk menyempurnakan sebuah filem pastinya menjangkau puluhan atau ratusan ribu ringgit. Benar, mahal nilai pembikinannya. Namun pada saya, murah akhlaknya, adabnya serta kesopanannya.


Gambar : Aksi Nora Danish yang terlampau. Kalau remaja tengok pasti terangkat.

Filem terbaru yang saya tonton adalah Jangan Pandang Belakang Congkak 2. Menarik! Syabas kepada Ahmad Idham. Namun, ada sesuatu yang membelenggu fikiran dan jiwa saya iaitu cara Ahmad Idham mengeksploitasi wanita nyata melampau. Saya seorang wanita pun naik segan dan malu apabila menonton babak yang dilakonkan oleh Nora Danish ketika di sungai sambil diintip oleh Cat Farish dan Lan Pet Pet.




Video : Trailler filem "JPBC II, pada minit ke 0:50 aksi tersebut dilakukan Nora

Tambahan pula, rasa amat tidak senonoh apabila babak itu membuatkan para lelaki 'terliur' (dalam tulisan seorang wartawan akhbar) diiringi siulan dan sorakan penonton, lelaki khususnya. Tidak hanya menyalahkan pihak penerbit mahupun pengarah dalam hal ini, pelakon wanita yang terlibat juga mungkin rela dan kurang malunya serta sanggup melakonkan apa sahaja asalkan watak hidup dan lakonan menjadi, sehingga nilai dan maruah sendiri diketepikan.

Selain itu, sebuah lagi filem juga arahan Ahmad Idham terdapat aksi-aksi wanita pelampau yang memalukan. Saya ada menonton sedutan filem tersebut dan berasa ia perlu dipandang serius oleh rakyat Malaysia. Memang filem itu terdapat moral yang ingin disampaikan iaitu perubahan daripada berperangai buruk kepada wanita muslimah. Namun, aksi-aksi sebelum perubahan itu yang tidak berkenan di hati saya dan juga mungkin orang lain.


Antaranya, adegan perempuan seksi berpakaian tak senonoh yang sedang berpesta dengan lelaki, bergesel- gesel badan, menampakkan bentuk dan susuk tubuh sendiri, ditambah dialog, Orang bertudung kerana nak tutup love bite dan juga nasi lemak 50 sen amat memalukan. Ini baru sedutan yang baru ditonton. Apabila ditayangkan, entah apa lagi permasalahan yang timbul.


Video : Trailler Filem Cuti-Cuti Cinta yang memaparkan skrip "nasi lemak 50 Sen" pada minit 1:05

Saya berasa amat kecewa dengan perkembangan filem Melayu sekarang. Mungkin banyak pengajaran dan moral yang ingin disampaikan kepada penonton.

Namun saya berharap agar pengarah mahupun penerbit dan semua pihak menjaga adab dan batas-batas sepatutnya. Jangan berlakon dengan aksi yang melampau.

Saya amat bersetuju dengan seorang penulis muda yang menyuarakan pendapat beliau tentang filem berunsur keagamaan yang kurang diberi perhatian oleh produksi filem di Malaysia. Filem merupakan salah satu medium utama untuk menyampaikan mesej-mesej berguna dan baik untuk masyarakat.

Mungkin ada pihak yang menganggap hal ini remeh. Namun saya percaya, ramai orang di luar sana menyokong tulisan saya ini. Janganlah terlalu ingin menarik penonton dengan mengeksploitasi atau menggunakan aura wanita mahupun dengan aksi-aksi yang boleh merangsang remaja kita melakukan perkara-perkara sumbang yang telah sedia ada banyaknya (masalah sosial, zina, buang anak dan lain-lain).

Sama-samalah perbaiki mutu kerja masing-masing di masa hadapan, supaya ada hasil dan keberkatan dalam kerja kita. Maaf andai terkasar bahasa kerana apa yang ingin disampaikan adalah berunsur teguran dan pandangan ke arah yang lebih baik. Saya kirimkan sedikit hadis untuk pembaca budiman sekalian.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi bersabda yang bermaksud: Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu.

Luahan hati : Pelajar dari Bahau Negeri Sembilan dalam ruangan forum Utusan Malaysia.

Pembaca komenlah sendiri. Taming Sari setuju sahaja dengan apa yang dikatakan oleh pelajar itu. Dunia artis dan glamor juga bagi Taming Sari adalah ancaman kepada pembentukan bangsa kelas pertama.

Terlalu sedikit yang membawa kebaikan. Selebihnya pembaca pun sedar dan tahu.

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif