Isnin, 18 Oktober 2010

Guru "Rasis" Sudah Ada Hukuman : Namawee Bila Lagi?


Menurut kenyataan DS Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia :

".....Kerajaan kini dalam proses akhir untuk mengambil tindakan terhadap dua guru, masing-masing di Johor dan Kedah yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman Ogos lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, siasatan menyeluruh sedang dilakukan dengan menimbang semua keterangan daripada saksi terlibat agar keputusan yang diambil kelak merupakan satu keputusan yang adil kepada semua pihak.

"Semua pihak harus faham ini adalah kali pertama seorang pegawai kerajaan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman. Jadi makan masa sedikit (untuk siasat dan ambil tindakan)," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang ingin tahu mengapa kerajaan lambat mengambil tindakan terhadap guru-guru terlibat...."







Taming Sari nampak, kerajaan terlalu terdesak sehingga terikut rentak pembangkang hanya kerana takut kehilangan sokongan bukan Melayu kepada BN hanya kerana dua pengetua sekolah di Kedah dan Johor mengeluarkan kenyataan "rasis".

Terfikirkah kerajaan kepada perasaan orang Melayu sendiri mengenai kenyataan rasis Namawee yang merasakan dirinya kebal undang-undang sehingga dengan sengaja mengeluarkan "video rasis" yang menghina kerajaan, orang Melayu dan agama Islam.

Ini bukan kali pertama Namawee melakukan perkara ini sedangkan dua orang guru tersebut dihukum pada kesalahan pertama mereka dengan alasan mereka adalah pegawai kerajaan. Namawee pula dimaafkan ketika melakukan kesalahan pertama sedangkan video pertamanya bertajuk "Negarakuku" ditonton seluruh dunia melalui youtube.

Ironinya, Kerajaan perlu segera mengumumkan hukuman kepada Namawee dan janganlah jadikan siasatan polis sebagai alasan melambatkan hukuman ke atasnya kerana kelak ia bakal memberi kesan kepada sokongan Melayu pula pada kerajaan.

Taming Sari mengingatkan sahaja.

Wallahhualam.

Penulis,

2 ulasan:

1Malaysia berkata...

Patut buang negeri aje cikgu rasis haramjadah.....namewee tak jadi kurang ajar kalau cikgu rasis mulut tak celupar......hidup 1Malaysia

Tanpa Nama berkata...

"Patut buang negeri aje cikgu rasis haramjadah.....namewee tak jadi kurang ajar kalau cikgu rasis mulut tak celupar......hidup 1Malaysia"

yang nie KOMEN PUKIMAK ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif