Rabu, 6 Oktober 2010

Husam Kata SPR Sengaja Sabotaj PAS

Menurut Buletin Utama TV3, 6 Oktober 2010 ,

Husam Musa melahirkan rasa kesal dengan keputusan SPR meletakkan tarikh penamaan calon PRK DUN Galas pada 26 Oktober ini dan tarikh pembuangan undi pada 4 November 2010. 

Ini berikutan, Persidangan DUN Kelantan dikatakan berlangsung pada 1 November - 10 November 2010. Pertindanan tarikh itu dikatakan akan menyebabkan konsentrasi PAS untuk berkempen di PRK Galas bakal terjejas. 

Kata Taming Sari: Alasan dangkal yang langsung tidak masuk akal. PRK yang bakal dilaksanakan langsung tidak menganggu masa-masa persidangan. 

Ini adalah alasan PAS semata-mata dan mereka sekarang ini sengaja mengumpul seberapa banyak helah untuk dipaparkan di dalam harakah "sebab-sebab kekalahan PAS di PRK Galas". 

Tidak kira bila tarikhnya, kalau betul PAS ada "telur" lawanlah secara bijaksana dan buktikanlah kepada rakyat Galas, PAS memang pemerintah kerajaan negeri paling tepat dan berwibawa. 

Tak perlu mencipta 1001 alasan.

Wallahhualam. 

Penulis,

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alaa.... Tunda jer sidang DUN tu.... bukannya ada apa2 agenda besar yang nak dibahas... Negeri dah 'lembek' nak mampus dah.....

Tanpa Nama berkata...

tu jawapan standard persediaan sebelum kalah teruk.

zek

Tamingsari berkata...

AhaK!!! tau takpe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif