Rabu, 13 Oktober 2010

Ibrahim Ali Tetap Digelar "Datuk" Walaupun Gelaran Itu Dilucutkan Sultan Kelantan


Tanpa sebab yang jelas, Datuk Ibrahim Ali, MP Pasir Mas Kelantan merangkap Presiden Perkasa menerima dengan redho keputusan Kebawah Duli Tuanku Sultan Muhammad ke 5.

Menurut Utusan Malaysia :
Selepas melucutkan gelaran `Temenggong' daripada adinda baginda, Tengku Muhammad Fakhry Petra, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini menarik balik pula anugerah bintang daripada empat individu.
Baginda menarik balik semua darjah kebesaran termasuk Darjah Jiwa Mahkota Kelantan (DJMK) yang membawa gelaran Datuk Paduka daripada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (SPSK) yang dianugerahkan kepada bekas Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud berkuat kuasa hari ini.
Penarikan balik bintang dan darjah kebesaran tersebut diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias pada satu sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Datuk Ibrahim Ali yang mendapat berita itu tetap menyembah taat setia kepada Sultan Muhammad Ke-5 dan tidak akan sesekali patah semangat di dalam perjuangannya.

Walaubagaimanpun difahamkan Datuk Ibrahim Ali masih boleh mengekalkan gelaran "Datuk" tersebut kerana dia masih memiliki pingat kebesaran dari Melaka dan Selangor yang juga membawa gelaran "Datuk".

Ibrahim Ali dengan nada mengusik meminta orang ramai memanggilnya Saudara Ibrahim jika tidak mahu memanggilnya Datuk Ibrahim.

Inilah bukti kesetiaan seorang Melayu sejati bernama Ibrahim Ali yang redho dengan hak Sultan menarik pingat kebesarannya.

Kalaulah Nizar-DAP diperlakukan seperti ini, sudah pasti, dia akan sembah derhaka lagi.

Wallahhualam.

Penulis,




1 ulasan:

udanggalah berkata...

Syabas Dato' Ibrahim Ali..kerana terus berpegang kepada prinsip rukun negara-'KESETIAN KEPADA RAJA DAN NEGARA'......Barulah boleh digelar Wira PERKASA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif