Khamis, 14 Oktober 2010

Inspira Ganti Waja : Permata Hati Baru Proton


Apa yang dinantikan oleh peminat kereta nasional telah terjawab. Segala khabar mengatakan Waja bakal digantikan dengan model baru ala "mitsubishi lancer" sudah pun diperkenalkan dan dibuka untuk tempahan.

Proton memperkenalkan "Inspira" sebagai pertama hati barunya.

Menurut sebuah akbar:
Proton Holdings Bhd memperkenalkan Sedan baharu empat pintu bersaiz sederhana "Inspira", dengan harga permulaan pada RM79,888 dan ia bukan model pengganti bagi Waja.

"Waja sedang dihentikan. Ini bukan pengganti," kata Pengarah Urusannya Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir di pelancaran awal edisi terbaharu produk Proton itu di Subang.

Beliau berkata model baharu itu adalah hasil daripada perkongsian jangka panjang Proton dengan Mitsubishi Motors Corporation (MMC).

Kerjasama dengan MMC untuk menghasilkan Inspira membolehkan Proton menjimatkan banyak masa dan dana, katanya.

"Daripada padangan syarikat ia lebih murah," katanya sambil menambah kos untuk membangunkan sebuah kereta yang benar-benar baharu ialah kira-kira RM700 juta.

"Ia kerjasama sama-sama menang bagi Proton dan MMC," katanya.

Tempahan bermula hari ini dengan minimum RM1,000. Mereka yang menempah kereta dari hari ini sehingga 15 Nov akan mendapat perkhidmatan servis dua tahun percuma atau 50,000km pertama.

Pakej servis itu termasuk caj buruh percuma dan alat-alat servis bernilai RM1,658 bagi kereta tersebut yang akan dilancarkan pada 10 November.

Proton menawarkan penghantaran berubah berterusan (CVT) dengan sistem kawalan elektronik kenderaan pintar dan inovasi (INVECS-III) dalam varian Inspira.

Antara ciri-ciri praktikal yang boleh diharapkan pelanggan daripada model baharu ini termasuklah kruis auto, lampu automatik dan pengesan hujan, sistem penyaman udara automatik penuh dengan sistem kawalan cuaca bagi penumpang dihadapan dan belakang, dan beg udara keseluruhan bagi keselamatan penumpang.

Proton menyasar menjual 1,600 unit Inspira sebulan.

"Pasaran bagi kereta Segmen-C ialah kira-kira 5,000-6,000 unit sebulan. Oleh itu kami menyasar 1,600 sebulan kerana ia bernilai bagi wang," kata Syed Zainal.

Beliau berkata syarikat itu juga menyasar mengeksport Inspira, "tetapi kami akan terlebih dahulu memastikan kestabilan pengeluaran."Inspira tampil dengan empat warna -- Putih, Hitam, Perak dan Merah. 
Sumber : Malaysiakini

Tahniah Proton atas kelahiran model baru ini sekaligus menaikkan lagi nama proton dipersada antarabangsa.

Wallahhualam.

Penulis,

6 ulasan:

YB Raz berkata...

kereta mitsubishi lancer diubah pastu letak nama inspira. macam ni punya kerjapun ada ke.

jimat 700 juta untuk reka kereta sendiri tapi proton bayar berapa pada mmc untuk gunakan mitsubishi lancer?

Tamingsari berkata...

Namapun kerjasama dengan Mitsubishi...

Biarlah, mungkin proton perlu lebih belajar dgn MMC bagi merekabentuk model mereka sendiri.

Aku tengok Inspira nie ok apa...

Tahniah proton.

udanggalah berkata...

Kalau tak minat tak payah beli..tak yah banyak songel.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah proton...Bila lagi projek turbo yang terhenti nak di jalankan semula???

Tanpa Nama berkata...

YB Raz,

Hang cipta model baru bagi nama 'BOGEL' tengok ornag nak beli tak

Tamingsari berkata...

Ye... Tak perlu banyak songel...

Cintai dan sokonglah industri automotif kebanggaan negara ini.

Memang nampak macam lancer, tapi pasti tak sama.

Tak caya, tengokle nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif