Selasa, 5 Oktober 2010

Isu Air : Orang Kedah Mungkin Akan Mencontohi Tindakan Rakyat Kelantan


Pagi tadi, Taming Sari ada bertemu dengan seorang orang Kedah, yang tidak ada langsung kena mengenanya dengan sesiapa ahli politik Kedah samaada PAS atau UMNO. 

Taming Sari sengaja bertanyakan pendapat peribadi dia mengenai 'Kenaikan Tarif Air Negeri Kedah" bermula Oktober. 

Terus berubah mukanya yang berkulit hitam manis sambil mula mengeluarkan keluhan yang menampakkan kekesalannya. Mungkin dia nilah dulu antara pengundi yang memangkah bulan kerana mungkin sangkaan mereka bulan tersebut membawa sinar rupanya hadir diwaktu gerhana. 

Spontan dia katakan yang rakyat Kedah akan cuba menyesuaikan diri dengan kenaikan ini. Namun, dia sendiri mungkin akan mengambil tindakan seperti rakyat Kelantan untuk mengali perigi dan mengunakan teknik 'borring' bagi mendapatkan air bawah tanah bagi mengelak terus bergantung dengan air kerajaan. 

Di Kelantan ini, rakyat dah muak nak mengadu dengan Syarikat Air Kelantan yang rata-rata aduan mereka seperti mencurah air di daun keladi, seperti anjing menyalak bukit dan seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Di sini, bukan tarif air yang menjadi igauan, tetapi bekalan air yang rendah dan kadang-kadang tidak sampai ke kawasan tinggi menjadi masalah mereka.

Mungkin penyelesaian jangka pendek ada, tetapi selang dua hari masalah air kembali lagi. Lebih baik melabur sedikit mencari air dibawah tanah. 

Tetapi, adakah ini sikap yang perlu kita tanamkan kepada rakyat dikala negara kita menuju ke arah status negara maju? Air adalah bekalan asas yang maha penting disediakan oleh kerajaan negeri bagi keperluan rakyatnya. Keperluan air bersangkutan terutamanya dengan pelaburan asing dan pembangunan negeri. 

Inilah salah satu manifesto kerajaan BN yang paling sukar diaplikasi oleh Pakatan Rakyat kerana kepakaran ini tidak pernah ada pada mereka yang baru berjinak-jinak menjadi pemerintah. 

Kalau rakyat Kedah dan P.Pinang boleh khianati seperti ini oleh Pakatan Rakyat, bagaimana agaknya jika puak-puak ini menjadi pemimpin di peringkat persekutuan? Taming Sari amat yakin mereka bakal gagal mengendalikan negara ini sebaik Barisan Nasional mengendalinya. 

Rakyat...... fikir dan nilailah sendiri.

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak kata apa lagi ibarat nasi dah jadi bubur. Kini kita ambilah iktibar pengaran dan hikmah yang diperolehi kerana ini adalah kehendak majoriti orang Kedah.Tapi yang paling menyedihkan pembohongan demi pembohongan dalam pemerintah Kedah tak habis-habis. Gali perigi apakah ia satu penyelesaian terbaik?

Apakah tiada risikonya ? Jika dahulu dikampung rumah agak berjauhan jadi perigi tidak terlalu terdedah kepada pencemaran. Kini kedudukan rumah-rumah terlalu berdekatan dan berbaga-bagai bahan buangan dan pencemaran. Kalau dikampung itu boleh diterima. tetapi bagaimana pula nasib rakyat bandar yang miskin? Apakah pemimpin PAS tak fikir.

Mana janji dahulu untuk membela dan membuat kebajikan. Kini kebajikan hanya pada pemimpin. Alasan diberi hanyalah kena bayar hutanggg? Apakah mereka tak tahu dalam dunia ini penuh dengan hutang termasuk dengan Tuhan. Tiada satupun dalam dunia ini free. Itulah hakikat realiti yang harus diterima.

Justeru itu diharapkan lakonan dan sendiwara Azizan Razak dan konco-konconya harus ditamatkan dan jadikan sebagai pemimpin berjiwa dan pembela rakyat dan bukannya pemimpin pemeras dan kaut wang rakyat.Ingat bahawa kita semua akan diadili oleh Tuhan nanti. Sesungguh amanah yang kamu sendiri mahukan dan rebut tetapi kini kamu khianati amatlah berat akan siksaan Allah nanti.

Ingatlah siksaan kubur itu benar, pembalasan pembohongan juga benar, seperti termaktub bahawa jika bercakap bohong itu nanti lidahnya akan dipotong juga benar. Nanti tiada loyal Karpal Singh membela kamu kerana pendakwa raya dilantik oleh Allah amatlah hebat sekali dan tiada tandingannya.

Bahkan saksi2 nanti kalangan rakyat mendengar dan seluruh anggota kamu, memang benar.....Insaflah kerana haripun dan lanjut senja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif