Khamis, 28 Oktober 2010

"JADI PENGEMIS HARI INI, JADI PENJAJAH HARI ESOK" : Manifesto DAP

Kecoh juga blog pembangkang apabila pendedahan di lakukan oleh blogger pro kerajaan berkaitan tindakan Chan Ming Kai (DAP) mempersendakan ayat AlQuran ketika berkempen di Galas. Namun, hukum tetap hukum dan orang bukan Islam dilarang sama sekali mempergunakan ayat-ayat AlQuran DENGAN TUJUAN MERAIH SOKONGAN POLITIK DAN MEMPERTAHANKAN KUASA.

Sengaja Taming Sari besarkan perkataan di atas kerana mengunakan kenyataan itulah, Mufti Perak, TS Harussani Zakaria menegur tindakan PAS membenarkan orang kafir membaca ayat AlQuran dengan niat yang tidak betul. Akibatnya mufti Perak itu pula dituduh ejen UMNO dan tidak telus dalam mengeluarkan fatwa. MasyaAllah.

Apa yang Taming Sari nampak sekarang ini. rancangan DAP untuk mengerakkan "KEMPEN RAMPASAN KUASA MELAYU PRU 13" semakin berada di atas landasan dengan memperkudakan PAS bagi menarik sokongan dan undi Melayu kepada mereka. Paling menyedihkan, PAS yang sering diingatkan oleh banyak pihak termasuk pihak ahli akademik tentang rancangan ini langsung tidak menunjukkan respon postif. PAS sebaliknya terus mempercayai DAP dan begitu yakin, tidak mungkin orang berkopiah dan berlilit serban serta bakal masuk syurga ini boleh ditipu oleh DAP. PAS menganggap kerjasamanya dengan DAP bakal menjadi titik permulaan untuk PAS memberi hidayah kepada DAP bagi menerima Islam. Sempitnya pemikiran pak-pak aji PAS ini.


Sedangkan DAP pula sebaliknya. Mereka sebenarnya sengaja berbaik dengan PAS bagi menutup agenda paling besar mereka yang anti Islam dan Melayu. Apa yang mereka perlu lakukan sebelum menjelang PRU13, mereka mahu DAP disayangi oleh PAS dan jika mereka disayangi oleh PAS, orang Melayu juga turut menyayangi DAP. Mereka mahu orang Melayu memilih DAP pada PRU 13 nanti. Oleh sebab itu mereka sanggup mengemis simpati orang Melayu Islam dengan hadir  ke program-program Islam anjuran PAS. Walhal ini adalah sekadar lakonan sahaja. Paling tidak boleh diterima oleh semua, PAS terus membiarkan DAP menafsir ayat AlQuran sesuka hati dengan tujuan dan niat politik. Bagi DAP sekiranya PAS diam, ia adalah betul.

Bagi PAS, mereka gembira, rakan mereka yang dulunya mereka gelar sebagai syaitan, kini sudah berjinak-jinak dengan Islam. Perkara inilah yang mereka gembar-gemburkan ketika berceramah. Mereka amat yakin DAP semakin menerima konsep Islam PAS dan kunci pintu syurga yang dipengang Nik Ajis sudah boleh diserahkan kepada DAP.

Bagi DAP pula, mereka juga gembira. Kafir harbi yang dulunya menjadi lambang kepada mereka semakin dihakis oleh PAS. Lakonan mereka menipu pak-pak haji PAS makin berjaya dan mereka amat yakin, jika di Galas kalau DAP bertanding mewakili Pakatan Rakyat, mereka boleh menang. Paling besar impian mereka, mereka mahukan kuasa di PRU13 bagi merampas kuasa Melayu dari BN di peringkat persekutuan.

"JADI PENGEMIS HARI INI, JADI PENJAJAH HARI ESOK". Inilah manifesto DAP bagi mengerakkan KEMPEN RAMPASAN KUASA MELAYU PRU 13". 

Hati-hatilah Melayu.

Wallahhualam.

Penulis,

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TS, mulut kita ni berbuih buih punya beri nasihat serta fakta2, tapi kalau tahap orang melayu yg cetek akal tak mahu dan mahu diri mereka dijajah apa boleh buat, cuma satu sahaja kalau orang melayu kena jajah dan milik orang melayu mcm di Penang dah tak ada maka jangan salahkan k'jaan sedia ada. Kalau Karpal dgn "Anwar mesti bertaubat" maka "Orang Melayu hidup Melarat"

Megat Alam Gempita berkata...

Penyokong PAS byk yg gelap hati kerana makan rezeki yg diberi kerajaan tetapi mulut mereka tetap caci maki kerajaan. Tu yg benak dan bengap tak boleh terima kebenaran.
Lagi satu dok asyik tengok iklan memanjang, membesar dan tahan lama dalam haprakah ujung-ujung bukak web porno tu yg jd bebal.

Tanpa Nama berkata...

Tengok sahaja penyokong bolanya baik ditempat sendiri mahupun ditempat orang. Baikke perangai mereka?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif