Sabtu, 16 Oktober 2010

Kalau Nak "Bonus" Besar, Kerja Dengan Swasta


Kakitangan kerajaan yang tidak berpuas hati dengan ketiadaan pemberian bonus oleh kerajaan seharusnya berhenti dan bekerja dengan sektor swasta.

Alasan mempersoalkan tindakan kerajaan tidak memberi bonus pada pembentangan bajet kali ini serta membandingkan swasta mampu menyediakan bonus berbulan-bulan gaji adalah satu tindakan melampau dan mindanya tidak eknomikal.

Kerajaan yang mempunyai liabiliti (tanggungan) yang besar, perlu bersedia dengan rizab kewangan yang kukuh dan tidak boleh sewenangnya dibelanja serta dihabiskan hanya kerana mahukan kepopularitian. 

DS Najib mengulas :
".....kerajaan tidak boleh memberi bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam berikutan ia akan memberi implikasi kewangan besar iaitu sebanyak RM3.1 bilion.
Najib berkata, beliau sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab tak boleh membelanjakan wang melebihi pendapatan negara......"

Kerajaan pernah menaikan gaji kakitangan awam beberapa tahun dahulu di zaman Pak Lah membabitkan perbelanjaan mengurus yang tinggi difokuskan kepada kakitangan awam.

Penafian kerajaan untuk tidak membayar bonus bukan bermaksud kerajaan mengabaikan tanggungjawab mereka kepada kakitangan awam.

Tiga perkara berkaitan kakitangan awam diumumkan semasa bonus iaitu wang poket RM500, cuti bersalin dilanjutkan, serta pemansuhan penilaian PTK.

Bagi Taming Sari, kepada kakitangan awam yang tidak berpuas hati, lepaskan jawatan anda dan pergilah bekerja dengan swasta jika bonus yang tinggil-lah diimpikan di dalam kerjaya anda.

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

tungkaran hati berkata...

kepada orang-orang yang TIDAK TAHU BERSYUKUR saya sarankan mereka meletakan jawatan dan pergilah kesektor swasta...apa guna memegang jawatan yang diamanahkan jika tiada keiklasan...jangan berfikir kita saja yang kerkhidmat untuk negara...lihatlah para petani atau nelayan atau buruh kasar adakah mereka mendapat BONUS? apakah mereka tiada peranan dalam negara?
Kepada Presiden CUEPACS mohonlah jawatan sebagai Menteri Bonus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif