Rabu, 27 Oktober 2010

"Kelantan Lebih Maju Dari Sabah" : Kata Pakar Ekonomi Kelantan

Taming Sari tertarik dengan artikel yang ditulis di dalam Haprak Daily berkaitan dengan Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia. Artikel itu kononnya menyalahkan kerajaan persekutuan di dalam merencana ekonomi Sabah menyebabkan Sabah jatuh ke tangga negeri paling miskin. Mereka membandingkan Sabah dengan negeri Kelantan kononnya kerajaan PAS berjaya membawa pembangunan yang pesat sehingga Kelantan tersenarai negeri yang termiskin juga namun tidaklah seteruk Sabah.

Bagaikan tiada langsung projek kerajaan pusat di Kelantan, Haprakdaily memuji-muji pakar ekonomi Dr. Nik Aziz, kerana berjaya membangunkan bandar Kota Bharu, Pasir Puteh, Jeli dan Gua Musang setaraf dengan bandaraya Kuala Lumpur. Kemudahan asas terutamanya kemudahan air  di Kelantan khabarnya berada di kelas pertama yang dibangunkan oleh kerajaan PAS dan semua rakyat Kelantan menikmati pembangunan ini dengan penuh keselesaaan dan penuh rasa syukur serta berterima kasih kepada kerajaan PAS. Khabarnya juga rakyat Kelantan pasti tidak mahu menukar kerajaan kerana mereka amat yakin dengan perencanaan ekonomi oleh pakar-pakar hebat mereka, iaitu Dr. Nik Aziz, Dr. Husam Musa, Dr. Salahuddin Ayob, Dr. Kamaruiddin Jaafar serta pakar FDI yang membantu dari jauh iaitu Dr. Mahfuz Omar.

Disebalik kutukan mereka kepada negeri Sabah, tercakna satu wadah yang mereka tidak pernah gambarkan dalam membangunkan negeri Sabah. Sabah merupakan salah sebuah negeri terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Bandar-bandar utama di Sabah adalah Kota Kinabalu (ibu negeri), Keningau, Papar, Sipitang, Tuaran, Penampang, Semporna, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau.

Penduduk Sabah terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, di mana kumpulan etnik terbesar adalah kaum Kadazandusun (satu pertiga) dan diikuti oleh Bajau,Мurut, dan kaum-kaum minoriti lain.

Bahasa rasmi negeri Sabah ialah Bahasa Melayu, namun terdapat bahasa-bahasa lain yang ditutur; seperti Bahasa Ιnggeris , dan bahasa ibunda mereka masing-masing. Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan utama, Bahasa Melayu Sabah yang digunakan oleh masyarakat Sabah terdapat sedikit perbezaan daripada Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu Baku).

Sabah adalah satu kawasan yang berbukit bukau. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah pada ketinggian 4,095 meter.

Dengan keluasan tanah 73,610 km persegi, Sabah kaya dengan sumber-sumber semulajadi seperti hutan, galian, fauna, flora hinggalah ke hidupan laut. Lebih kurang 60 peratus daripada tanahnya diliputi dengan hutan rimba manakala kawasan tanah pertanian merangkumi 30 peratus. Sumber perhutanan dan pertanian adalah penyumbang utama kepada sumber pendapatan negeri Sabah. Bahan mentah seperti minyak, tembaga, emas dan batu kapur juga didapati dinegeri ini.

Ekonomi negeri Sabah bergantung kepada ekspot komoditi utamanya seperti minyak kelapa sawit, koko, getah, petroleum, kayu balak dan papan lapis. Sektor pengekspotan membentuk 70 peratus daripada jumlah pengeluaran. Pada masa kini, negeri Sabah merupakan pengeluar utama minyak kelapa sawit dan koko diseluruh Malaysia. Selain daripada sektor kayu-kayan dan pertanian, sektor perkilangan dan pelancongan juga berkembang pesat dan bertambah penting sebagai sumber ekonomi negeri Sabah.

Hampir 1/7 daripada kawasan Sabah adalah sesuai untuk pertanian. Dari segi penggunaan tanah, 12.9% telah digunakan7untuk pertanian; 42.9% adalah pemeliharaan hutan; 1.2% untuk perikanan; 2.6% hidupan liar; 3.6% taman-taman negara dan 36.8% untuk lain-lain.

Walaupun ia kaya dengan sumber semula jadi, kini Sabah adalah negeri yang termiskin di kalangan negeri-negeri Malaysia. Pendapatan puratanya pada sekarang adalah di kalangan negeri Malaysia yang paling rendah, sedangkan kos sara hidupnya lebih tinggi daripada Semenanjung Malaysia.

Pada 2000, kadar pengangguran Sabah ialah 5.6 peratus, yakni yang tertinggi di Malaysia dan merupakan dua kali ganda purata nasional sebanyak 3.1 peratus. Tahap kemiskinannya sebanyak 16 peratus merupakan tahap yang tertinggi di Malaysia, yakni lebih daripada tiga kali purata nasional.

Faktor muka buminya menjadi punca utama mengapa Sabah terus ketinggalan. Pengagihan kekayaan agak terbantut apabila kemudahan jalan raya tidak mampu diadakan di sesetengah tempat. Ini adalah cabaran utama kerajaan membangunkan Sabah dari iaitu dari segi pembangunan logistik dan kemudahan asas.

Masyarakatnya yang terdiri dari pelbagai etnik menyebabkan ada diantara mereka tertutamanya di kawasan pendalaman yang lebih suka dengan kehidupan kampung tanpa pembangunan pesat seperti yang kita lihat di Semenanjung. Mereka berasa cukup dengan kemudahan asas yang diberikan oleh Kerajaan dan mentaliti jumud yang masih dipegang sesetengah masyarakat Sabah menyebabkan mereka sukar untuk dibangunkan.

Usaha kerajaan sentiasa berterusan bagi membangunkan negeri Sabah. Pelbagai projek dirancang kerajaan terutamanya memampankan sektor pendidikan, membangun dan menyelia kemudahan asas serta meransang core ekonominya tertutama di dalam sektor pelancongan dan pertanian. Sabah perlukan masa untuk dibangunkan kerana ideologi pembangunan masih belum sebati di dalam jiwa masyarakatnya. Ini adalah cabaran kedua kerajaan bagi membangunkan negeri Sabah.

Pengagihan kekayaan Sabah perlu dilakukan secara konsisten oleh kerajaan dan persepakatan di antara kerajaan negeri dan pusat mampu merencana sesuatu kepada negeri Sabah.

Sifat kerajaan PAS terutama di Kelantan yang tidak tahu bersyukur dan menghargai sumbangan kerajaan pesekutuan sehinggakan negeri mereka tidak tersenarai di tangga terbawah dalam senarai negeri termiskin amat-amat mengecewakan. Keputusan ini bukan satu kemenangan kepada PAS tetapi satu pembuktian bahawa kerajaan pusat senantiasa komited membangunkan Kelantan walaupun negeri itu berada di bawah pemerintahan PAS. 

Bukan "menyusukan kera (PAS Kelantan) sehinggakan anak sendiri (Sabah) kelaparan" tetapi merencana ekonomi Sabah perlukan masa yang panjang bagi mendahulukan pembangunan lojistik dan mematangkan pemikiran rakyat Sabah dalam penerimaan kepada pembangunan. 

Inilah cabarannya, kerana selepas dua pekara itu diselesaikan, ekonomi Sabah bakal terpacu dengan jayanya malahan lebih baik dari Kelantan jika Kelantan terus mengharapkan PAS membangunkan negeri itu sehingga tahun 2020.

Wallahhualam.

Penulis,




4 ulasan:

UpengIpeng berkata...

hahahha...majunyer Kelantan sampai setaraf ngan KL...bagusnyerr pemimpins PAS meneraju ekonomi Kelantan....mungkin ceramah ni dia boleh buat kalau dia rasmikan pusat orang orang hilang penglihatan atau kat wad orang2 gila....

Tanpa Nama berkata...

bro mana ada bahasa baku lagi, sejak bro liwat kena pecat.

Tanpa Nama berkata...

kelantan mmmg maju..setaraf kl. sbb tu kt kelantan pn dh ada pelacur..cuma beza pelacur dikelantan berbanding kl ialah pelacur dikelantan pakai tudung...huhuhu...nak kata apa dh kalo dr. nik aziz pn dh kata kelantan membangun bersama islam..tu psl pelacur pun dh mula membangun bersama islam... :)

-damansara


http://mt.m2day.org/2008/content/view/4366/84/

Tanpa Nama berkata...

sabah banyak hasil bumi. tapi wang hasil bumi tu kemana? jangan berat sebelah bro aku belajar kat sabah paling teruk jalan raya. bab lain malas nak cerita. tak tahu lah kalau orang sana selesa dengan keadaan tu kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif