Sabtu, 30 Oktober 2010

Kerana Mainkan Islam, Ansari Asyik Jatuh Laut Lagi

Sekali terjadi, bolehlah kita katakan ia adalah kemalangan yang berlaku secara kebetulan, tetapi sekiranya ia belaku kali kedua dengan situasi yang sama, ia memang sesuatu yang perlu difikirkan.

Taming Sari amat terkejut, kerana ia tidak pernah kepada sesiapa yang berkempen di dalam mana-mana pilihanraya sebelum ini sehingga mengalami pengalaman melucukan seperti ini.

Seperti yang diceritakan kisahnya di dalam Malaysiakini :
"...........Selepas menjadi mangsa jeti runtuh Rabu lalu, calon PKR bagi pilihan raya kecil parlimem Batu Sapi, Ansari Abdullah jatuh lagi ke laut hari ini selepas pelantar yang disambung ke laluan di situ pula runtuh.
Insiden itu berlaku ketika Ansari melawat Kampung Gas, Sandakan tengahari tadi. Ia merupakan perkampungan nelayan yang dibina di atas tiang di laut.
Ansari berada di belakang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menuju ke sebuah rumah apabila pelantar yang menyambung ke titi itu runtuh
Menurut pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, selain Ansari, tiga orang lagi turut terjatuh ke laut apabila pelantar itu runtuh.
Khalid juga, katanya, hampur terjatuh. Bagaimanapun beliau sempat memegang tiang sebuah rumah sebelum pelantar itu runtuh.
Mereka yang jatuh itu mengalami cedera ringan. Ansari cedera di lutut dan dada........."

Bagi Taming Sari, Ansari telah melakukan dua kesilapan besar yang menyebabkan dua kejadian jatuh laut itu betul-betul boleh diinsafinya.


Perkara pertama, dia dipilih menjadi calon PKR di Batu Sapi bukan dari suara akar umbi. Dia dikatakan sebagai calon emas Anwar Ibrahim. Ansari tidak disenangi oleh akar umbi kerana adu-dombanya kepada kepimpinan tertinggi PKR termasuk Anwar Ibrahim. 


Pekara kedua, Ansari cuba membawa imej Islam dalam melobi orang Melayu dan Islam di Batu Sapi bagi mengundinya. Mempermain dan menpergunakan Islam adalah satu kesalahan besar yang kini digunapakai oleh PAS dan sekutunya. 

Ansari adalah calon PKR yang bertanding di Pilihanraya Batu Sapi yang bakal diadakan pada 4 November ini. 

Wallahhualam.

Penulis,

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Petanda tak baik. Allah nak tunjukkan bahawa politik pecah dan perintah PKR tidak menguntungkan langsung umat Islam termasuk PKR dan PAS sendiri. Bukan sekali jatuh, dua kali dah. Mana ada kebetulan.

PKR sendiripun kedudukannya seperti melukut ditepi gantang.

Tanpa Nama berkata...

sapa kita nak jatuhkan hukum..belum tentu kita lagi baik dari dia..itu namanya dugaan ALLAH..sebab manusia akan nampak keburukan ..itulah namanya manusia..hanya ALLAH yang maha mengetahui setiap apa yang berlaku

ingat..belum tentu kita mati dalam iman..so muhasabah diri dahulu

Tamingsari berkata...

Spekulasi tidak timbul jika ia hanya berlaku sekali.

Dua kali perkara yang sama berlaku. Ini pasti bukan dugaan biasa tetapi petunjuk dari RabbulIzzati bahawa Ansari ada melakukan kesilapan yang perlu dimuhasabahinya.

Anon, saya dan kita semua perlu memuhasabah.

Allah yang maha mengetahui

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif