Selasa, 19 Oktober 2010

Kerja-Kerja Agensi Pusat Di Kelantan Terganggu Dengan Ke"cemburu"an PAS Kelantan

Hari ini sahabat Taming Sari yang berkerja di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Machang, Kelantan merungut apabila hasrat FAMA Machang untuk membuka sebuah gerai jualan jagung bakar di bandar Machang tergendala akibat dari birokrasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Machang yang bernaung dibawah Kerajaan PAS Kelantan.

Difahamkan, sahabat Taming Sari bersama orang kanannya telah bertemu dengan Setiausaha Majlis Daerah Machang sehari sebelum, untuk mendapatkan kebenaran rasmi bagi mengunakan tapak tersebut. Di kawasan Taman Kemahkotaan, bandar Machang.

Projek jagung bakar ini diadakan oleh FAMA bagi menyelesaikan masalah lambakan jagung dari projek tanaman jagung Pertubuhan Peladang Kawasan Machang yang dianggarkan pengeluarannya menjangkau 200 ribu tongkol. 


Akibat dari kualiti jagung yang tidak menepati standart pasaraya, pihak FAMA mengambil inisiatif menjual secara segar di Pasar-pasar tani FAMA. 

Oleh kerana pengeluaran sudah hampir ke kemuncak dan dijangka hampir 5000 tongkol sehari, pihak FAMA bercadang untuk membuka gerai membakar jagung dan mengaji penduduk tempatan untuk mengusahakan gerai itu. 


Gambar : Inilah tapak yang di'cas oleh MDM sebanyak RM850. Berbaloikah?

Difahamkan, pihak MDM mengenakan cas bayaran tapak di bawah khemah 10x10 sebanyak RM850 sedangkan FAMA menyediakan khemah sendiri, dan berjanji bagi menjaga kebersihan di kawasan perniagaan tanpa sebarang kesulitan kepada pihak MDM. Jadi kos tersebut semata dikenakan bagi tapak sekangkang kera itu.

Jika benar pihak kerajaan negeri PAS sendiri sudah kontang duit, janganlah sampai mengambil kesempatan dari kesusahan orang lain sehingga mencekik darah sedemikian sedangkan FAMA mengambil tindakan tersebut bagi membantu petani-petani di kawasan Machang. 

Taming Sari teringat tuduhan Nik Ajis kepada pusat mengatakan pusat mengabaikan Kelantan. Apa yang Taming Sari nampak, PAS yang menyusahkan banyak agensi kerajaan untuk melakukan kerja pembangunan untuk rakyat Kelantan.

Kejadian ini perlu dijadikan ikhtibar dan rakyat Kelantan perlu sedar, mereka sebenarnya sudah tertipu dengan mainan politik kotor PAS yang berselindung di sebalik kopiah putih mereka.

Wallahhualam.

Penulis,


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif