Sabtu, 23 Oktober 2010

Kes Aminulrasyid Hanya Melemahkan Anggota PDRM


Sejak dari awal kejadian kematian Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis sehingga ke perbicaraanya pada 21 Oktober 2010, Taming Sari senantiasa mengikuti kes ini. Dalam kes berprofil tinggi ini, Koperal Jenain Subi, 48, dari Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, di Jalan Tarian, Seksyen 11 di sini antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April lalu.

Jika disabitkan kesalahan, mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda kepada Koperal Jenain Subi.

Apa yang membimbangkan kini adalah ketelusan undang-undang kini bagaikan dicabuli sehinggakan bagi Taming Sari, jika kita menilai fakta kes sendiri kita dapat mengagak bahawa Koperal Jenain telah melaksankan tangungjawabnya sebaik mungkin bagi menjaga ketentraman awam. 

Kita imbas kembali, kronologi kes ini dan pembaca nilailah sendiri, sebagai seorang anggota polis, wajarkah tindakan koperal jenain?

1. Jam menunjukkan hampir pukul 3 pagi. Polis yang sedang meronda tersentak apabila sebuah kereta iswara dipandu laju seperti sedang melarikan diri dari sesuatu. Pemanduan melulu itu menyebabkan polis yang meronda bertindak mengejar kereta tesebut.

2. Tindakan ala penjenayah yang dilakukan arwah menimbulkan syak yang tinggi di kalangan anggota polis yang menyangkakan pemandu proton iswara itu sebenarnya adalah penjenayah.

3. Bagi mengelak "penjenayah" ini terlepas, kereta peronda polis bertindak mengejar kereta arwah dan mengunakan pembesar suara bagi menyuruh mereka berhenti. 

4. Arwah terus memandu laju dan melulu menyebabkan polis terpaksa melepas beberapa das tembakan mengenai cermin, tayar dan seluruh badan kereta. Akhirnya satu peluru tertusuk megenai belakang kepala arwah menyebabkan kereta dipandunya terus terbabas di bahu jalan serta arwah mati di tempat kejadian.

5. Selepas polis memerika kereta tersebut, dilihat kawan Aminulrasyid mengigil takut manakala arwah yang berlumuran darah di kepala mati di tempat kejadian. Polis amat yakin mereka hanya lari kerana takut ditahan polis kerana memandu tanpa lesen.

Sebagai anggota polis pastinya dia sendiri tidak menyangka yang dikejar dan ditembak tadi hanyalah seorang budak bawah umur.

Pihak polis berhak mendakwa keluarga Aminulrasyid kerana menyusahkan anggota polis atas kekeliruan ini. Secara lojiknya, polis berhak mengesyaki kereta itu milik penjenayah selepas lagak ia dipandu ala penjenayah yang mahu lari dari sekatan polis pada jam yang tidak disangka polis masih ada remaja yang berpeleseran. 

Keluarga arwah juga boleh didakwa atas kesalahan membenarkan anak memandu kereta tanpa lesen serta membiarkan anak berpeleseran di tengah malam sehingga jam 3 pagi. 

Jika kes ini memihak keluarga Arwah, Jelas mahkamah menghalalkan perbuatan keluarga arwah dan sikap arwah ini bakal menular kepada anak-anak remaja yang lain.Taming Sari juga percaya ia bakal menjadi tamparan hebat buat anggota polis lain yang tidak menyangka, hasrat mereka pada asalnya mahu menangkap penjenayah diakhiri dengan mereka yang disumbatkan ke lokap selama 30 tahun. 

Kes ini perlu diadili dengan seadilnya kerana ia hanya diperbesarkan selepas parti pembangkang memanipulasi isu ini bagi menjatuhkan kredibilti PDRM kononnya polis sengaja menembak remaja bawah umur. 

Taming Sari mohon pihak polis mendakwa balas kepada keluarga Aminulrasyid atas kesalahan mereka yang Taming Sari nyatakan di atas supaya ia boleh dijadikan ikhtibar kepada isntitusi keluarga yang lain.

Kadangkala, apabila kita sibuk nak menjaga kepentingan politik kita, yang benarpun kita letak ketepi, yang jelas pun masih kita ragui. Ini bukan ciri perjuangan sejati kerana pejuangan sejati sanggup menelan yang pahit   di kala kemanisan yang terhidang bakal mengundang bala terkemudian.

Wallahhualam.

Penulis,



5 ulasan:

izad70 berkata...

kes ini merupakan tamparan kepada pdrm dan tidak mustahil jumlah kes yang diselesaikan akan menurun dan kadar jenayah akan meningkat kerana polis akan sentiasa rasa tertekan dalam menjalankan tanggungjawab mereka.mereka akan sentisa berada dalam kekurangan ketika berdepan dengan suspek yang melarikan diri walaupun diarahkan berhanti.dalam keadaaan ini mereka pastinya akan mengambil jalan selamat dengan membiarkan suspek meloloskan diri daripada berdepan tindakan undang-undang.semoga ianya tidak berlaku..

anti bohmau berkata...

salam tuan,

setuju! sesiapa saja, baik pihak pembangkang sekalipun, jika mrk berada di tempat koperal jenain, tindakan yg sama mesti diambil kerana kita merasakan keadaan yg genting begitu boleh menyebabkan kita sendiri kehilangan nyawa.

selama ni berapa ramai anggota polis yg kehilangan nyawa di tangan penjenayah, ada pihak pembangkang peduli? yg kena langgar dgn mat2 rempit hingga mati & cacat anggota, ada pihak pembangkang peduli? jgnlah pejam mata bila kekejaman berlaku kpd anggota keselamatan kita. selama ini kita tidur aman dlm rumah kita krn ada pihak yg menjaga keselamatan kita....

pihak pembangkang nak polis jaga keselamatan mrk tetapi tidak pernah peduli kebajikan polis. selalu memburukkan polis & menuduh polis yg bukan2...

Tamingsari berkata...

Tahniah izad70 dan antibohmau, anda dari golongan yang sedar...

Terima kasih PDRM

Tanpa Nama berkata...

salam kepada para shabat bloggers

sy mempunyai beberapa orang sahabat yang memandu patrol car untuk PDRM dan beberapa institusi yang lain yang turun mula cuak dan gusar apabila kes aminurashid ini di gumbar gemburkan seperti pihak polis sengaja untuk melepaskan tembakan kearah arwah.

sy berpendapat kes ini lebih berat berpihaak ke pihak polis dan menyangka terdapat penjenayah yang cuba melarikan diri walaupun sudah diberikan amaran oleh pembesar suara.

namun saya juga berpendapat

-pihak polis tersebut seharusnya cuba untuk menghentikan kenderaan tersebut dengan kekerasan,bermakna dengan melanggar pada bucu belakang kereta supaya kereta spin dan seterusnya mengepung kenderaan tersebut.berkemungkinan telah mencuba tetapi tidak berjaya

-pihak pdrm juga seharusnya memasang sebuah cctv pada setiap kereta peronda pdrm,ini kerana setiap pursuit dan kejadian yang berlaku mempunyai bukti video dan audio yang lengkap.

-cctv yang dipasang pada setiap kereta peronda boleh digunakan sebgai alat pencegah rahsuah dan merakam setiap aktiviti yang dilakukan oleh anggota pada waktu bertugas





=pendapat daripada Penjaga Kambing

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Seperti biasa ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak yang bermasaalah akan sentiasa mencari kesalahan orang lain bagi menutup kelemahan mereka dalam mendidik anak.

Yang selalu menjadi mangsa adalah kakitangan awam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif