Selasa, 26 Oktober 2010

Keterbukaan Media Mahu Dilaksanakan Rais Yatim : Wajarkah?


YB Menteri Penerangan pasti ada alasannya tersendiri bagi memutuskan arahan ini bermula ketika kempen pilihanraya Galas dan Batu Sapi dan dipanjangkan ke pilihanraya-pilihanraya selepas ini.

Arahan yang dimaksudkan adalah berhubung dengan RTM yang bakal menyiarkan kempen dan aktiviti pembangkang. Apa yang dilaporkan Utusan Malaysia menceritakan pembaharuan ini :
".....Bermula Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, kempen dan aktiviti pembangkang akan diberi liputan dan disiarkan di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Menyedari mengenai pemikiran baik daripada pembangkang, beliau berkata, pihaknya memutuskan memberi ruang tersebut tetapi berita yang dikeluarkan perlu berkaitan masyarakat majmuk dan isu-isu nasional yang mampu menjana kebaikan bersama.
"Bermula pilihan raya ini sehingga mana-mana pilihan raya selepas ini RTM akan teruskan format ini dengan memberi ruang dan jendela kepada pembangkang untuk mendapat liputan.
"Kita sudah sedar dan kita harus ambil berat. Masa sudah sampai kita ada lunas keberkesanan untuk kepentingan ramai. Sebelah sana pun pemikiran baik," katanya ketika ditemui di perkarangan Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang di sini selepas penamaan calon hari ini.
Mengenai jangka masa penyiaran berita itu, Rais berkata, ia bukan soal minit dan sekiranya berita itu penting dan memberi satu dedahan yang baik kepada rakyat, ia harus diambil saja tanpa mengira jangka masa.... "

Selepas apa yang Anwar canang kepada media asing mengenai kongkongan kerajaan kepada media kononya menjadi punca media berat sebelah. Akhirnya latahan menteri berkaitan menampakkan yang kita ini tidak tegas dan terikut-ikut dengan desakan pembangkang. Persoalannya, benarkah ada kebaikan disebalik program pembangkang? Bukankah aktiviti mereka banyak mengajak rakyat melawan kerajaan dan menganyang UMNO@BN. Tiada satu program mereka pun yang membina selain hanya hiprokrit pilihanraya semata-mata.

Andaikatalah Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan, adakah mereka akan membuka ruang kepada penyiaran aktiviti BN dan UMNO selepas ini? Taming Sari rasa, tidak ada seinicipun ruang yang akan diberikan. Seperti yang PAP Komunis Singapura lakukan kepada medianya. Tiada ruang aktiviti pembangkang di media arus perdana. Semuanya dikawal termasuk media alternatif.

Pembaca pasti ingat, berberapa kali Lim Guan Eng, menghalau media arus perdana di sidang medianya. Ini membuktikan pembangkang terutama DAP tidak menghormati media kita. 

Taming Sari nak bertanyalah kepada Rais Yatim. Adakah keputusan ini telah dipanjangkan kepada PM? Adakah dia bersetuju? Sebab Rais pernah mengeluarkan ayat-ayat yang memperlekehkan DS Najib. Mentang-mentanglah dia (Rais Yatim) orang tua. 

Biarlah pembangkang menghebahkan aktiviti mereka di media mereka dan portal-portal meroyan mereka. Tiada apa kebaikan menyiarkan program mereka. Media adalah instrumen penting bagi menjana minda masyarakat. Tumpukan sahaja kepada aktiviti BN dan kerajaan kerana banyak lagi program dan dasar kerajaan yang perlu Rais Yatim dedahkan kepada umum supaya rakyat sedar, mereka benar-benar di bela oleh BN.

Taming Sari amat malu dengan keputusan ini.  Bukan untuk mengajar Rais Yatim, dia kan sudah tua. Tetapi Taming Sari yakin akan ada kesan negatifnya di pandangan masyarakat. 

Selagi kita masih ada ruang, kita kawal, kita guna sebaiknya media arus perdana untuk menyebarkan misi kerajaan BN. Penyiaran aktiviti pembangkang hanya menyebabkan rakyat keliru dan terus dikelirukan.

Wajarkah idea Kementerian Penerangan ini diteruskan? Pembaca jawablah sendiri.

Wallahhualam.

Penulis,



3 ulasan:

Cg Pian berkata...

Dengan stratigi yang betul, tak apa RTM membuat liputan. Pegawainya mesti mempunyai Idelogi yang Utuh, semangat mesti kuat. Jangan jadi macam Sinar Harian, yang rasmi MB tapi lepas tu terbalik, siapa yang dapat liputan meluas? Putih mata kita... BN tak buat apa2 pun terhadap Sinar Harian. Nampak gayanya blogger lah kena kempen jangan beli Sinar Harian kepada orang UMNO.

Tamingsari berkata...

Terima Kasih Cg Pian.

Tetapi tak cukupkah media alternatif berkempen aktiviti pembangkang?

Adil kalau mereka juga turut kempen aktiviti BN.

ni, kalau kita asyik beralah, siapa yang akan kalah?

Tak semua perkara kita nak berkompromi.

Media adalah mata masyarakat... silap percaturan, BN boleh tumbang dengan permainan media.

Tanpa Nama berkata...

Kalau soal layan pembangkang ni, Rais tak mungkin dapat bersaing dengan Abdullah Badawi. Semua apa pembangkang kata ABdullah ikut, akhirnya, dia ikut pembangkang ke kubur politiknya pada 2008.

Tidak pernahkan mereka ini belajar sesuatu dari Abdullah?adeldr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif