Sabtu, 16 Oktober 2010

Khalid Ibrahim dan Nurul Izzah "Tarik Diri" Bertanding Timb. Presiden PKR


Seperti sudah dijangka, dua makhluk ini pasti akan menarik diri. Sepanjang beberapa hari Taming Sari meninjau perkara ini, Taming Sari dapat menduga, sengaja mereka berdua ini mensensaikan isu supaya ada kes lain yang lebih penting dilupaka rakyat.

Hakikatnya mereka tetap akan akur dengan pilihan Anwar, untuk memilih Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR.

Jawatan itu hanya akan ditandingi oleh Azmin, Mustafa dan Zaid Ibrahim. Percaturan Anwar mahu menjatuhkan Zaid makin terserlah apabila Zaid yang pada asalnya tidak akan bertanding jika Nurul Izzah bertanding Timbalan pasti akan meneruskan hajatnya. Mustafa pula dijadikan Kambing Hitam.

Seperti yang dilaporkan Portal Pakatan:
".......menurut sumber parti, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan puteri reformasi PKR yang juga ahli parlimen Nurul Izzah Anwar dijangka menolak pencalonan masing-masing.
Dipercayai anak ketua umum PKR dan presiden parti itu akan bertanding merebut satu daripada empat jawatan naib presiden yang dipertandingkan....."

Kalau dah namapun PKR, mana pernah lekang dari penipuan dan politik kotor.

Taming Sari nasihatkah Zaid, keluar je dari PKR... mudah. Tuan akan dimalukan oleh Azmin dan Anwar semasa pemilihan nanti.

Wallahhualam.

Penulis,


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif