Jumaat, 8 Oktober 2010

Kickdefella Samakan Khairy Jamaluddin Sebagai "Biawak Hidup"


Salah seorang blogger PAS, kickdefella yang kini sudah melompat di atas pagar, telah melabelkan Khairy Jamaluddin, (KJ) Ketua Pemuda UMNO sebagai "Biawak Hidup". 



KJ dikatakn sebagai punca kekalahan BN pada PRU12 terutama di Kelantan selepas dia dan konconya melancarkan Kempen "Pade Doh 18" yang dilancarkan secara lahab dan membuta tuli sehingga anak muda Kelantan menterbalikkan undi dari BN ke PAS akibat cemuihnya mereka dengan gelagat dan egoistik si Kj ini. 

KJ Sekali lagi diberi kepercayaan untuk memukul canang ketika PRK Galas dan disebabkan itu, Kickdefella merasakan nasib BN akan sedikit buruk jika terus mengalas si "Biawak Hidup" ini. Baca di sini. 


Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Aziz terkenal dengan blogger yang bertanggungjawab melemahkan pemerintahan Pak Lah semasa era pemerintahannya namun kini lantang mendedahkan kepincangan kerajaan Kelantan yang diterajui Nik Aziz. 

Taming Sari amat setuju dengan kata-kata Kickdefella mengenai Khairy yang dilihat semakin lemah dan tidak selincah dahulu semasa berada di bawah pemerintahan Pak Mertuanya Pak Lah. Ketika itu dia memegang jawatan Naib Ketua Pemuda.

Semasa Pak Lah memegang tampuk kuasa, Khairy bagaikan naik tocang dan setiap isu yang keluar melibatkan BN, UMNO, Melayu dan lain-lain, kata-kata KJ lah akan terpampang didada-dada akhbar. Di kala itu, dimana Ketua Pemuda UMNO? Mana Timbalan Presiden? dan paling teruk, di mana presiden?

Kini, selepas Najib memerintah, KJ sudah menyimpan kukunya. Dia langsung tidak ke depan malah dia lebih suka menyepi sehinggakan orang tertanya-tanya di mana perginya Pemuda UMNO? Sebagai sayap penting kepada UMNO, pemuda kini dilihat semakin lemah mungkin kerana ketuanya sudah hilang proksi. 

Kita sama-sama saksikanlah sejauh mana si KJ ini sudah berubah dan mampu membawa agenda BN dan UMNO ke Galas. 

Namun, nasihat Taming Sari satu sahaja, berpadalah ketika melaungkan manifesto kerana orang Galas bukan seperti di Manek Urai. 

Sekiranya KJ pula diminta memukul canangnya lagi, siapapun tidak akan menduga mungkin kerana itu, BN akan tumbang di Galas kerana Taming Sari yakin, dulu kini dan selamanya, pemuda tidak kira dari UMNO atau bukan masih marah dan menyimpan dendam kepada KJ terutama semasa kekalahan BN di lima negeri dan disambut dengan kemenangan KJ di Pemilihan UMNO.

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah,kah,kah 2x5=10. Hanya biawak hidup yang perasan ada biawak hidup dalam kandang lawan. Cumanya satu biawak telah ditendang keluar dari senarai pengampu Pis-Pus dan yang satu lagi masih kekal dalam kandangnya? Jadinya biawak mana yang perlu diwaspadai kerana berkemungkinan terbukti pernah menjadi kuda trojan ? Kah,kah,kah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif