Khamis, 28 Oktober 2010

Kisah Ini Memang Tepat Mengena Batang Hidung Pakatan Rakyat

Pada satu ketika dahulu, Luqman Hakim bersama anaknya mahu pergi ke satu destinasi.  Dengan berkenderaankan seekor keldai,  merekapun segera  memulakan perjalanan.

Si anak menungang keldai itu dan si ayah berjalan mengheret keldai. Sedang asyik berjalan, bertemulah mereka dengan sekelompok manusia. Terdengarlah oleh mereka cakap-cakap kelompok manusia itu bahawa si anak yang duduk di atas keldai itu tidak berhati perut kerana sanggup membiarkan ayahnya berjalan kaki sedangkan ayahnya sudah uzur.

Mendengar sahaja teguran sekelompok manusia itu, si anak turun dari keldai dan meminta ayahnya pula naik ke atas keldai. Mereka meneruskan perjalanan sehingga bertemu dengan satu lagi kelompok manusia. Kali ini kelompok manusia itu berkata, si ayah ini betul-betul bukan ayah yang mithali. Sampai hatinya berlagak seperti tuan membiarkan anaknya berjalan dan dia bersenang lenang di atas keldai.

Mendengar sahaja teguran kelompok itu, si ayah meminta anaknya untuk turut naik di atas keldai. Maka mereka berduapun meneruskan perjalanan dengan sama-sama menungang keldai sehinggalah bertemu dengan sekelompok manusia lain. Kali ini, sekelompok manusia itu mengherdik mereka anak beranak kerana bersifat kejam kepada binatang. Keldai yang kecil badannya, kurus kakinya terpaksa menampung dua orang si ayah dan si anak.

Mendengar sahaja teguran itu, kedua-dua ayah dan anak turun lalu berjalan kaki bersama-sama bagi mengheret keldai. Sehinggalah mereka bertemu lagi sekelompok manusia. Lalu manusia-manusia ini berkata pula bahawa si ayah dan si anak bersifat bodoh kerana sudah ada keldai mengapa berjalan kaki.

Inilah sifat manusia yang suka menuduh tanpa usul periksa. Manusia ini sifatnya suka mengata dan tidak sayangkan lidahnya. Bagi mereka apa sahaja yang orang lain lakukan ada sahaja salahnya.

Ada dua pengajaran di sini.

Kalau anda berperanan sebagai anak dan ayah, anda sepatutnya tidak melatah dengan teguran orang lain. Cermin pun sebenarnya salah menebalik imej kita kerana, tangan kanan kita menjadi tangan kiri di dalam cermin. Cermin berfungsi bagi melihat ke wajah dan tubuh kita jika ada cacat dan cela. Cerminpun tidak sempurna apakah lagi sekelompok manusia tadi. Tidak salah untuk kita tetapkan pendirian jika kita tahu kita di pihak yang benar.

Kalau anda berperanan sebagai sekelompok manusia, janganlah suka mengkritik kepada pekara yang anda tidak tahu hujung pangkalnya. Jangan suka bersikap adu domba dan mencipta spekulasi sedangkan kesahihannya tidak lagi anda ketahui. Kesannya buruk kerana perjalanan sesuatu perkara itu terbantut dan kebarangkaliannya untuk gagal tinggi.

Renung-renungkanlah kaitannya dengan sikap pembangkang dan kerajaan kita pada hari ini.

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah lidah-lidah bewak PASir...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif