Khamis, 14 Oktober 2010

Kisah Undi PAS Masuk Syurga : Faktor Utama PAS Kekal Di Kelantan

Ini bukan kisah omongan malah ia sememangnya pernah disiarkan oleh Taming Sari di blog lama Taming Sari iaitu Empayar Malaya tahun lepas. (Blog ini sudah di'hack' oleh pembangkang sehingga di blaclist oleh google).

Ikutilah posting kisah ini semula untuk tatapan para pembaca khususnya rakyat Galas untuk menilai sendiri apakah sebenarnya perjuangan sebuah parti yang sudah rosak prinsipnya sehingga sanggup mengadaikan akidah semata-mata kemarukan pengaruh dan kuasa.

Taming Sari ada bersembang kosong dengan seorang pemandu lori dari salah sebuah jabatan kerajaan (rahsia) di Machang, Kelantan. Namanya En. Ramli.

Dari apa yang Taming Sari kenal, Ramli adalah rakyat Kelantan yang tidak pro mana-mana parti politik dan kisah yang diceritakannya bukan dari fahaman pro-nya pada mana-mana parti. 

Oleh kerana pada masa itu Taming Sari baru datang ke Kelantan, jadi banyaklah perkara yang Taming Sari soalkan dari perkara berkaitan selok belok kawasan Machang sehinggalah kepada cerita pemerintahan PAS di Kelantan selama 20 tahun itu.

Maka, tersembullah kisah ini dari mulut Ramli yang betul-betul menyedarkan Taming Sari betapa puak PAS ini benar-benar sudah sesat dan rosak akidah mereka.

Kata Ramli :
Kisah ini berlaku ketika saya pergi menziarahi mak saudara saya di Gua Musang, Kelantan. Apabila mendapat berita sahaja, saya bergegas ke Gua Musang bagi  menziarahi jenazahnya.
Apabila saya sampai sahaja di rumah arwah, terkejut saya apabila melihat lelaki berlebai dan berkopiah putih sedang sibuk memasak di bawah rumah sambil bergelak ketawa seperti adanya sebuah pesta atau kenduri. Kehadiran saya dipandang pelik oleh mereka seolah-olah saya ini orang asing.
Saya terus naik ke atas rumah dan bertemu dengan sepupu saya sambil bertanya, siapa orang-orang dibawah rumah tersebut? 
Sepupu saya memberitahu, mereka adalah jemaah PAS yang membuat sedikit kenduri untuk tetamu yang hadir menziarahi arwah emaknya (Mak saudara saya). 
MasyaAllah. Biarpun niat mereka baik, tetapi bukan begini dan kini masanya. Memang saya tahu, arwah mak saudara saya seorang yang 'totok' PAS. Jadi tidak hairanlah mengapa ramai sungguh orang PAS hadir ke rumah arwah.
Saya terus menziarahi arwah yang terbujur kaku. Rupanya arwah sudah pun selesai dimandi dan dikafankan. Saya terus membacakan Surah Yassin dan menyedekahkan Al-Fatihah kepada roh arwah. 
Secara tiba-tiba hadirlah kehadapan seorang muslimah PAS mendekati jenazah dan memasukkan benda bulat seakan wang syiling 50 sen ke dalam mulut arwah dan diletakkan di bawah lidah mayat. Benda bulat itu ada gambar bulat putih di tengah warna hijau seakan-akan logo PAS.
Selepas melakukannya dia memberitahu kepada semua jemaah dan hadirin bahawa jenazah ini tidak akan disoal oleh malaikat Mungkar dan Nangkir kerana dia dahulu semasa hidupnya mengundi PAS. Logo PAS di dalam mulutnya nanti adalah buktinya.
Terkejut saya dengan penjelasan perempuan tersebut. Namun, apa yang mampu saya lakukan apabila semua jemaah dan hadirin mengiyakan serta percaya dengan kata-kata muslimah PAS tersebut. 
Kesal sungguh saya apabila mak saudara saya diperlakukan sedemikian oleh "Totok" PAS ini sehingga dalam urusan alam barzakh sekalipun mereka boleh mempolitikkannya. 

Inilah antara butir-butir percakapan Ramli yang Taming Sari ubah ke bahasa standard kerana Ramli bertutur dalam bahasa Kelantan. 

Apa yang Taming Sari kesalkan adalah mengapa orang PAS begitu taksub sehingga mampu mempermainkan agama demi agenda politik mereka sehingga mengelirukan umat Islam serta merosakan akidah mereka.

Taming Sari beberapa kali meminta Ramli bersumpah pada nama Allah mengaku bahawa kenyataannya di atas adalah benar dan jika salah, bala-lah ke atasnya. Ramli melakukannya dengan yakin.

Inilah yang menyakinkan Taming Sari akan cerita Ramli kerana cerita seperti ini sering Taming Sari dengar dari mulut pihak ke-tiga. Selepas Ramli sebagai mangsa yang menceritakannya sendiri ke telinga Taming Sari diselang-seli pula dengan sumpah bercakap benar, tiada alasan untuk Taming Sari tolak. 

Nik Ajis sendiripun pernah menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi PAS, inikan pula pengikutnya yang taksub.

Ya Allah, ampunilah dosa seluruh umat muslimin muslimat. Peliharalah agama Islam dari orang fasik dan munafik.

Wallahhualam.

Penulis,



6 ulasan:

udanggalah berkata...

Bro..Walaupun PAS menamakan partinya PARTI ISLAM,tapi tanpa ciri-ciri yang sepatutnya maka ia bukan sebenarnya parti Islam.Cuma pada nama sahaja padahal dasar,teknik,kaedah,sifat,pendekatan,matlamat dan lain-lain serba-serbinya sangat berbeza sekali dengan Parti Islam.Kalau nama saja Islamik sedang dasar,uslub,teknik dan pendekatan perjuangannya tidak Islamik maka ianya lebih dekat sebagai parti Taghut.

Tamingsari berkata...

Begitulah Udang....

Rosak sunggup PAS ini. Berhati-hatilah.

zantop berkata...

Malang sungguh adanya manusia macam ini. Malang lagi setengah dikatakan ulamak dan cerdik pandai pengikut setiap Pok Aziz nie. Apakah syurga itu untuk kaum kerabat PAS?.Mcmnana dengan kaum muslimin yang bukan dari PASSSS.

Memang bodoh dan begitu bodoh orang yang mengikutnya....

Tanpa Nama berkata...

PIS tu bayangan dari AL-Arqam je, kalau tak percaya cuba tengok kete, motor, komputer akan ada gambar hijau gaya imam besar diorang. tu copy dari Al-Arqam.

silap-silap orang bawahan yang kuat penyokong adalah dari ahli Al-Arqam.

dah lah dulu sesat dibawah Al-Arqam ni tambah lagi satu sesat.

zethro berkata...

nik ajis buat2 pandai nak "isle"kan org asli...
cara dia akad mcm nak nikahkan org lak... cara yg btul adalah si mualaf kene genggam tgn kanan dgn jari telunjuk lurus ke atas(spt ketika kita start syahadah dlm tahiyat dlm rukun solat)...
nampak sgt "tuan guru" nih masih kene berguru lg...
tgk link ni:

http://wrlr.blogspot.com/2010/11/n-45-galas-tok-guru-islamkan-3-orang.html

pape pon tahniah kpd ketiga2 saudara baru Islam kita... moga Allah terus beri petunjuk dan hidayah kpd mereka utk meneruskan kehidupan sbg seorang muslim yg bertakwa...

Tanpa Nama berkata...

Saudar Zethro..memang betul cara yg disebutkan anda itu...tetapi cara itu boleh dipelbagaikan kerana ia tidak terdapat dalam sebarang nas dan hadith...belajar lagi deh.....

Kita bulan raya,kita lahir semula sebagaiman fitrah...janganlah nak memfitnah orang...jangan jd setan balek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif