Sabtu, 16 Oktober 2010

Lagi Lima Tahun Akan Tersergamlah Menara PNB (Warisan Merdeka) Tertinggi di Malaysia


Pembantangan Bajet 2011 oleh DS Najib semalam bakal mencipta satu sejarah baru dalam fasa 10 tahun terakhir menuju ke wawasn 2020.

Sebagai mercu tandanya, sebuah menara 100 tingkat yang akan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad bakal tersergam indah di Kuala Lumpur. Pembinaannya akan bermula tahun hadapan dan bakal siap pada tahun 2015.

Menurut pembentangan Perdana Menteri :
"Kita berasa sungguh bangga kerana ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas.
Satu lagi mercu tanda yang akan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Bhd ialah Warisan Merdeka, yang dijadual siap pada 2020," katanya semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.
Menara itu akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. Projek itu akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara.
Kos projek berjumlah RM5 bilion, dengan menara dijangka siap pada 2015.

Rasionalnya projek ini adalah bakal menghadirkan kesan jangka panjang bukan memerlukan masa sehingga 2030, tetapi sehingga  2020 nanti sudah cukup membawa impak sebesar impak KLCC kepada Malaysia. Malah Taming Sari ia lebih membanggakan.

Sektor pelancongan, dan FDI bakal menjadi lebih kompetatif kerana Menara Warisan Merdeka senantiasa menjadi faktor penarik buat mereka melancong dan melabur di sini.

Bagi Taming Sari, biarlah apa pun yang pembangkang nak katakan, yang penting, usaha kerajaan mencari satu turning point untuk menyuntik ekonomi adalah satu usaha yang murni. KLCC dulu pun pernah mereka bangkang. Akhirnya mereka yang bawa anak mereka ke KLCC untuk melawat dan bangga dengan mercu tanda Malaysia ini. 

Semoga menara ini bakal menjadi saksi utama melihat Malaysia menuju ke negara maju tahun 2020.

Wallahhualam.

Penulis,

 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif