Jumaat, 15 Oktober 2010

Malangnya Malaysia Memiliki Warganegara Seperti Anwar-Azmin


Anwar dan Azmin adalah dua individu yang sengaja mengunakan apa sahaja isu untuk memburukkan pentadbiran negara tanpa mereka fikir ada diantara cara dan kaedah mereka itu bakal menimbulkan ketegangan melampau sekaligus mencetuskan ancaman kepada keselamatan negara.

Seperti yang dilaporan oleh Bharian.com:
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kesal sikap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup memburukkan negara sendiri semasa diwawancara sebuah stesen televisyen di Indonesia semalam.
"Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan kalau dia jadi Perdana Menteri, dia boleh selesaikan masalah antara Malaysia dan Indonesia dalam masa dua minggu, kalau saya tidak silaplah...tetapi saya sebenarnya tidak perlu dua minggu untuk selesaikan, kalau saya sanggup gadaikan maruah dan kedaulatan negara," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Laporan menyebut bahawa semasa diwawancara stesen televisyen TVOne di republik itu semalam, Anwar berkata bahawa pertikaian Malaysia-Indonesia boleh diselesaikan dalam beberapa minggu sahaja sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri.
Anifah berkata beberapa rakannya di luar negara turut melahirkan rasa terkilan dan tertanya-tanya mengapa seorang warga negara Malaysia yang menggelarkan diri sebagai pemimpin sanggup memburukkan nama negara sendiri di luar hingga diketahui seluruh dunia.
"Saya agak sedih kerana setiap warga negara Malaysia sepatutnya tidak memburukkan negara tercinta. Tetapi disebabkan ada orang tertentu yang burukkan Malaysia, ada orang percaya dengan apa yang diutarakan," katanya.
Mengulas kenyataan kononnya Anwar lebih memahami sistem pemerintah Indonesia kerana mendukung demokrasi berbanding pemerintah di Malaysia, Anifah berkata: "Kalau kita tidak praktikkan demokrasi tidak mungkin beliau (Anwar) jadi Ahli Parlimen dan tidak mungkin kita tewas di lima negeri pada pilihan raya 2008."

Bukankah jelas, Anwar dan Azmin segaja menimbulkan ketegangan dikala "Bendera" sedang melancarkan kempen "Ganyang Malaysia".

Anwar-Azmin seharusnya didakwa dibawah akta hasutan kerana menimbulkan ancaman kepada negara melalui fitnahnya kepada Malaysia, malah tindakan mereka bakal mendatangkan imej yang buruk kepada Malaysia di kacamata rakyat Indonesia.

Walaupun, Kerajaan Indonesia memilih untuk tidak memihak kepada Anwar tetapi rakyatnya sudah pasti menyimpan dendam dan terpengaruh dengan apa yang dihujahkan Anwar.

Malangnya Malaysia memiliki Anwar-Azmin kerana mereka ini ibarat si kitol yang sanggup mengunakan apa sahaja cara asalkan cita-cita peribadi mereka terlaksana.

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hantar masuk ISA je 2 ekor manusia ni..memang x layak yd warganegara MALAYSIA.apatah lg nk jd PM..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif