Ahad, 10 Oktober 2010

MCA Kekal Setia Pada BN : Bukti Masih Ada Kafir Zimmi Yang Patut Di Dampingi

Bukan Taming Sari sengaja mahu memuji MCA, parti kaum Cina terbesar selepas UMNO di dalam Barisan Nasional. Melihat mereka mengunakan bahasa kebangsaan ketika perasmian sayap masing-masing di Perhimpunan Agong MCA ke-53nya di Kuala Lumpur, Taming Sari yakin masih ada lagi Kafir Zimmi yang boleh di dampingi.

Walaupun MCA pernah mengalami "penyakit" kepimpinan, namun berkat pemilihan baru-baru ini, virus menyerang MCA sudah disembuhkan serta semua perwakilan dan ahli MCA berjanji akan setia dan patuh dibawah presiden baru mereka Chua Soi Lek.

Apa yang dilaporkan bernama ini adalah penyataan Perdana Menteri yang betul-betul ikhlas diluahkan oleh seorang negarawan dan pejuang Melayu sejati yang mahu negara ini terus aman dan damai serta keharmonian kaum terus terpelihara:
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata rakyat Malaysia keturunan Cina bukan pendatang sebaliknya merupakan warga setia negara ini.
Kata-kata hinaan dan sentimen negatif seperti itu perlu dikikis, kata Perdana Menteri ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan MCA ke-57 di Wisma MCA di sini. 
“Saya setuju dengan anda bahawa kaum Cina Malaysia tidak boleh digambarkan sebagai kaum pendatang.
“Itu mungkin bagi beberapa generasi sebelum ini tetapi hari ini, anda adalah warga Malaysia yang setia,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan.
Beliau berkata dengan melihat ke depan, semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan perlu bekerjasama bagi menyumbang ke arah membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara progresif.
Beliau berkata semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh orang-orang tua dahulu perlu diteruskan agar Malaysia akan terus bertambah kukuh dan dapat bersaing di arena global.
“Impian saya agar Malaysia menjadi negara maju abad 21 yang benar-benar berkelas tinggi. Bukan negara sederhana kelas kedua tetapi menjadi antara negara maju yang terbaik di dunia,” katanya.
Najib berkata kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.
“Itu sebab saya nak sangat kemenangan pada pilihan raya umum ke-13. Kita tidak boleh mentransformasi (negara ini) kecuali kita mendapat mandat baru (daripada rakyat) dalam pilihan raya umum ke-13. 
“Ini merupakan sebahagian daripada usaha mentransformasikan Malaysia,” kata Najib.
Sumber : Bernama

Inilah yang Taming Sari mahukan dan inilah juga prinsip yang semua rakyat Malaysia mahukan. 

Hanya bersama Barisan Nasional sahaja, apa yang kita ada sekarang akan terus kekal malah dengan adanya kepimpinan yang berkualiti dalam BN, akan terus menjadikan parti itu releven dan paling berkesan dalam memerintah persekutuan.

Paling malang apabila masih ada lagi rakyat Malaysia terpengaruh dengan ideologi pembangkang dengan alasan-alasan yang tidak munasabah untuk menyertai mereka.

Selepas apa yang Allah S.W.T tunjukan kepada kita kekhilafan mereka, sepatutnya kita sudah sedar dan kembali menyokong perjuangan sebenar.

Wallahhualam.

Penulis,


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif