Ahad, 17 Oktober 2010

Memorandum Taubat Buat Ketua De' Factor PKR : Inikah Cara Anwar Memimpin?


Ibarat ludah ke langit jatuh ke hidung sendiri. Inilah perumpamaan paling tepat ditujukan kepada Ketua De'Factor PKR, Saudara Anwar Ibrahim.

Sudahlah mendapat tentangan pelbagai pihak termasuk dari pro- arus perdana dan parti-parti pembangkang, kini Anwar mendapat ancaman terbaru dari AMK sendiri yang menghantar memorandum taubat kepadannya semalam di Ibu Pejabat PKR, Kuala Lumpur.


Antara tamparan hebat yang Anwar terima sepanjang minggu ini seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia :

60 ahli dari tiga Cabang PKR semalam menghantar ‘Memorandum Taubat’ kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera bertaubat demi menjaga martabat perjuangan parti.

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan menolak mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR.

Datuk Zaid Ibrahim sahkan akan bertanding Timbalan Presiden PKR kerana kasihankan parti yang nampak tidak begitu kuat dan dilanda pelbagai masalah.

Ketua Cabang PKR Kuala Langat, Abdul Razak Halidi mendakwa Saifudin Nasution berbohong semasa menuduh UMNO punca kekecohan pada pemilihan cabang itu.

Antara kandungan memorandum yang dihantar oleh AMK ialah:

Katanya, ia bagi mendesak Anwar bertaubat segera demi menjaga martabat perjuangan parti berkenaan.

“Kes-kes mahkamah melibatkan Anwar dilihat merosakkan perjuangan parti.

“Oleh itu, jika Anwar enggan bertaubat selepas pelbagai pendedahan mengenainya dibongkar, lebih separuh daripada ahli parti mendesak beliau meletakkan jawatan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Jelas Nor Hilmi, semua ahli parti memerlukan pemimpin yang dapat memberi sepenuh perhatian terhadap perjuangan parti dan bukan sebaliknya, iaitu hanya tertumpu kepada isu-isu peribadi.

“Kami tidak mahu pemimpin menggunakan dan berselindung di sebalik parti untuk mengelakkan diri daripada tindakan undang-undang,” katanya.

‘Memorandum taubat’ itu diberikan kepada wakil Petugas Pemilihan PKR 2010, Raou Imran untuk diserahkan kepada Anwar.

Jelas Hilmi, memorandum itu turut mendesak Anwar agar dapat memberi sepenuh tumpuan dan perhatian terhadap memperkasakan parti bagi meneruskan kesinambungan PKR untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Paling ketara, ia adalah berkaitan dengan ketidakpercayaan AMK kepada Anwar yang sering memberi helah untuk dikaitkan dengan tuduhan liwat. Selepas dilihat pelbagai bukti dan pendedahan-pendedahan sebelum ini, AMK percaya Anwar berdusta.

Apa yang penting, inilah cara Anwar memimpin anak buahnya dengan budaya pembangkang dan bermamorandum seterusnya terkena ke batang hidungnya semula.


Sepandai-pandai Anwar melompat akhirnya jatuh ke lubang najis juga. Kali terakhir Anwar diminta bertaubat adalah disuarakan oleh Karpal Singh yang kini sibuk di dalam urusan mempertahankan kesalahan liwat Anwar. Suruh orang bertaubat, tapi dia pula pertahankan kesalahan Anwar.

Wallahhualam.

Penulis,


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif