Ahad, 24 Oktober 2010

Menara PNB Warisan Merdeka Satu Pelaburan Berimpak Besar


Hebah di dalam portal pembangkang mengkritik usaha PM untuk memulakan pembinaan sebuah Menara Warisan Merdeka yang berharga RM5 Billion yang bakal dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad dengan modal pembangunannya dibiayai sepenuhnya oleh PNB.

PNB adalah sebuah syarikat pengurusan modal terbesar di Malaysia dan merupakan syarikat teras kepada Amanah Saham Nasional Berhad yang memegang dana awam terbesar.

PNB, yang ditubuhkan pada 17 Mac,1978 sebagai alat penting Dasar Ekonomi Baru Kerajaan untuk menggalakkan pemilikan saham dalam sektor korporat di kalangan Bumiputera, dan membina peluang kepada profesional Bumiputera yang sesuai menyertai pewujudan dan pengurusan harta.

Sebelum tertubuhnya PNB, usaha untuk menambah pemilikan Bumiputera dalam sektor korporat tidak mencukupi kerana saham yang diperuntukkan kepada individu jarang sekali kekal dipegang oleh individu. Penyelidikan menunjukkan bahawa apabila pemegang unit Bumiputera menjual saham mereka, keuntungan yang dijanakan digunakan dan tidak dilabur semula.

Melalui PNB, banyak saham korporat utama Malaysia yang diperolehi dari dana yang disediakan oleh Yayasan Pelaburan Bumiputra dipindahkan ke tabung amanah dan dijual kepada Bumiputera dalam bentuk unit yang lebih kecil.

Dengan menggunakan model pelaburan inovatif ini, PNB memastikan bahawa saham-saham ini dikekalkan mengakibatkan penanaman tabiat menyimpan secara menyeluruh, dan pengembangan keusahawanan dan kemahiran pelaburan Bumiputera.

Dengan pengurusan dana yang berjumlah kira-kira RM150 bilion, Kumpulan PNB kini merupakan institusi pelaburan utama negara dengan pelbagai portfolio kepentingan yang meliputi saham amanah, amanah harta institusi, pengurusan harta dan pengurusan aset.

Dengan status terkini PNB, mereka begitu berani mencadangkan kepada DS Najib selaku Menteri Kewangan Negara sebuah projek pelaburan HIP (High Impact Project) yang bakal mendatangkan kesan amat positif kepada petumbuhan ekonomi negara menjelang tahun keramat 2020. 

Menara PNB Warisan Merdeka ini bakal berdiri teguh sebanyak 100 tingkat menjadikan ia menara yang tertinggi di Malaysia. Ia bakal menaikkan bertapak-tapak lagi kebolehan warga tempatan berurusniga, berekonomi dan berurusan di awan biru berteraskan bahan binaan bertaraf dunia.

Jelas sekali pembaca sekalian, pembinaan menara ini tidak akan mengunakan peruntukan kerajaan kerana PNB sendiri mengunakan modal pelaburan dari hasil pengisuan dana-dana di bawah ASNB dan beberapa pelaburan masuk dari anak-anak syarikatnya yang lain. 

PNB dikenali kerana bijak melabur di dalam pelbagai bentuk perniagaan mengikut peredaran semasa dan kehendak ekonomi matang. Dari pelbagai sektor termasuk komoditi dan industri, pendidikan serta pasaran modal, PNB mempunyai pengangan aset yang kukuh untuk menampung ke semua liabiliti dan overheadnya.

Menara PNB ini bakal merubah lanskap pertumbuhan ekonomi dengan mengalakkan FDI untuk masuk kerana ia bakal menjadi tunjang dan bukti bahawa Malaysia sudah bersedia menghadapi sebuah sistem ekonomi terbuka. Pelabur asing yang masuk ke dalam negara ini bakal melihat betapa menara ini sebagai saksi bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang selamat dari ancaman dalaman dan luaran. Ia juga sebagai saksi keutuhan ekonomi dan kestabilan politik telah dicapai Malaysia.


Pembaca dan rakyat sekalian, jangan-lah ragu dengan projek ini kerana kita bukan pertama kali melabur dengan projek HIP seperti ini. Pengalaman kita semasa era Tun Mahadhir sendiri, Petronas diamanahkan membina KLCC atau Menara Berkembar Petronas yang menjadi kebanggaan kita. Bukan kerana KLCC, ekonomi Malaysia merudum, pada tahun 1997 seperti yang didakwa pembangkang, walhal KLCC-lah yang menyelamatkan ekonomi Malaysia untuk pulih dengan cepatnya berbanding negara-negara ASEAN lain melalui "trademark mission" yang dimainkan kerajaan menarik kemasukan FDI serta mengerakkan sektor pelancongan secara bersepadu. 

Menara PNB bakal meninggalkan kesan yang lebih besar dan lebih besar dari apa yang sudah berlaku kepada KLCC. Rakyat tidak perlu bayar kepada usaha ini. Kita hanya perlu menyokong usaha ini dan terus mempertahankan apa yang ada supaya kesan langsung seperti yang Taming Sari gambarkan di atas dapat kita rasai pada 5 tahun akan datang.

Wallahhualam.

Penulis,

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Belum dengar lagi pemilik-pemilik hartanah bangunan diKL mengeluh rugi - untung lagi ada.Tengok KLCC punyalah ramai manusia datang shopping dan business.

Kita perlu tengok keperluan kuala lumpur bukan dari keadaan sekarang tapi jasanya dan keperluan kemudian. Contohnya KLIA, KLCC, tren KLIA express, Putrajaya dan banyak lagi yang didakwa kononya projek membazir.

Apapun akan sentiasa ada orang yang sekali ketuk sekali bergerak. Lebih teruk, diketukpun tak bergerak tapi ada hati nak ajar itik berenang. Diri sendiri tidak ada wawasan dan perancangan - asyik membantah tak tentu pasal.

Sekarang airport mana-mana negeri telah diperbesarkan seperti Trengganu, Kota Kinablau dan lain-lain. Dulu KLIA dikatakan membazir kenapa - pemimpin perlu pikir jauh.

Apakah KL Sentral membazir? Warisan Merdeka dibuat di Wilayah Persekutuan dan tidak menggunakan duit kerajaan tapi PNB.

Tidak Melayu Hilang diDunia - bangsa tersirat

Tanpa Nama berkata...

Kampung tetap kampung,luar bandar tetap luar bandar, wilayah persekutuan tetap wilayah persekutuan.

Apa-apa yang diperlukan dalam wilayah persekutuan tidak semestinya diperlukan oleh orang-orang luar bandar atau orang-orang kampung. Bagi KLIA, ada ramai yang masih belum mampu naik kapalterbang. Pun begitu,ianya tidak bermakna KLIA tak seharusnya dibuat - sudahpun lama siap.

Bagaimanapun, untuk atau buat Warisan Merdeka, 100 tingkat keatas atau 100 tingkat ke dalam muka bumi adalah perhitungan business suatu entiti perniagaan yang mengganggarkan keuntungan dalam mempersediakan infrastruktur keperluan wilayah Persekutuan. Saya akur bahawa tidak ramai mampu menyewa premisnya apatahlagi membeli walaupun seunit atau sebilik sahaja. Namun,ianya bertujuan memberikan perkhidmatan high end kepada industri dan perniagaan high end. Banyak lagi rumah-rumah kedai yang boleh disewakan oleh mana-mana syarikat perniagaan dan orang perseorangan. Maka Warisan Merdeka adalah asset bukannya liabiliti kepada PNB - itu yang saya nampak.

Maka, saya akur, ada sedikit masaaalah pemikiran dalam atau tidak membantah. Terpulang kepada ahli-ahli lembaga PNB dalam business decision mereka.

Kalau tidak dibelanjakan,mana mungkin manafaatnya sampai kepada ibu-bapa kita diluar?

Bagi mereka yang terbabit dengan industri high end, ini adalah peluang mereka memperkemaskan kebolehan (modal insan) dan perniagaan mereka. Biarlah PNB dengan penghitungan business decision untung ruginyanya.

Apalah guna MidValley,Times Square untuk saya? Namun, sekali saya bila pergi MidValley, parkingpun tak dapat! Apahalnya?

Sebagai penjawat awam (dalam kes saya) atau wakil rakyat, ada atau tidak Warisan Merdeka, awal atau hujung bulan, duit tetap masuk akaun. Kalau bonus diberikan kerajaan,mengikut Dato Seri Najib, jumlahnya RM 3 Bilion untuk kakitangan kerajaan. Bila tak dapat bonus, ramai yang merintih sedangkan gaji sudahpun ada diakaun.

Bagaimana pula mereka-mereka yang cari makan hasil perniagaan terutamanya industry high end – tidakkah mereka mengeluh dan merintih bila Warisan Merdeka atau Jambatan Bengkok tidak dibuat? Inilah peluang mereka memberikan perkhidmatan mereka dan habuannya.

Ada yang membekalkan simen, batu, kaca etc dan kontraktor (Perkerja-perkerja diperingkat bawah hingga atas) dapat habuan masing-masing mengikut kelayakan dan kemahiran masing-masing. Pemandu-pemandu lori, van dan sebagainya pun dapat kerja. Secara tak langsung atau langsung, yang membuka kedai-kedai baju makanan dan seumpamanya dapat juga habuan mereka.

Setidaknya, mereka dapat habuan hasil usaha mereka bukan atas dasar tanpa usaha supaya rakyat senantiasa berkerja dari mengharapkan wang ehsan.

Punbegitu, perlaksanaannya hendaklah juga baik.
Seperti Bakun, pembangunannya walaupun bagus, pembangunan itu tidak membangunkan masyarakat wilayah itu (wilayah Baluy) dan orang-orang luar pula kaya. Perumpamaanya, penyewa masuk kedalam rumah TuanRumah, ambil rumah TuanRumah dan sewakan rumah itu kepada TuanRumah. Apa yang TuanRumah dapat? Apa hak penyewa sehinggakan TuanRumah itu pula yang menjadi terpinggir?

Siapa penyangaknya lah yang perlu difokuskan bukannya bantahan terhadap pembangunan empangan Bakun itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif