Isnin, 18 Oktober 2010

Mewarisi Kerusi Pengerusi BN Selepas Pak Lah Ibarat Mewarisi Kota Acheh Selepas Tsunami

DS Najib memang memendam rasa takkala mewarisi kepimpinan UMNO daripada Pak Lah sekaligus berhadapan dengan Barisan Nasional yang sakit teruk malah berada di tahap kritikal. Kemusnahan akibat tsunami politik pada PRU12, menjadikan empayar yang sudah BN bina selama ini musnah sama sekali akibat kealpaan dan kemabukan kuasa setiap satu pemimpin-pemimpin BN. 

Masih lagi kita ingat apabila Pak Lah seorang pemimpin yang sangat lemah telah menerima begitu banyak kritikan sehinggakan rakyat menterjemahkan rasa ketidakpuasan hati mereka kepada BN sehingga BN tewas di 5 buah negeri dan hilang majoriti 2/3 di parlimen pada PRU12 tersebut.   

Selesai sahaja PRU12, Pak Lah gugup berhadapan dengan 1001 tomahan yang selama ini tidak pernah dijangkanya. Akibat terlalu mempercayai menantunya, Khairy Jamaluddin, akhirnya KJ juga menjadi punca BN dipandang hina oleh pengundi-pengundi.

Dari segala sudut, Pak Lah dianggap gagal terutama sekali meyakinkan masa depan orang bukan Melayu kepada BN dan segala isu yang ditomahkan mengenai kepimpinan Pak Lah langsung tidak ditangkisnya dengan profesional malah ketika itu, segala isu yang dibangkitkan dimenangi oleh pembangkang. 

Dari sekecil-kecil pekara, sehinggakan ada fitnah upacara tradisi UMNO menghunus keris ketika Perhimpunan Agong UMNO, dianggap simbolik kepada UMNO dan Melayu yang bakal menikam belakang orang-orang Cina dan India. Akibat daripada itu, orang bukan Melayu bertindak menidakkan undi buat BN sekaligus menyebabkan parti orang Cina dan India dalam BN  di'sekolah'kan oleh pengundi bukan Melayu. 

MCA dan Gerakan sungguh tersentak dengan sokongan orang Cina yang hilang hampir 100% dan paling malang, Pengerusi Gerakan sendiri kalah di kawasannya di P. Pinang sehinggakan DAP mampu merampas P.Pinang. MIC juga menerima tempiasnya apabila presidennya, turut kalah teruk di Sg. Siput Perak sedangkan kawasan adalah tersebut kubu kuatnya.  

Bagaikan ada satu tsunami melanda BN ketika itu dan banyak kerusi selesa BN dinafikan pengundi sehingga ada diantara calon BN menangis dan terduduk dengan keputusan rakyat tersebut. Seberat kesan tsunami di kepulauan Acheh, seberat itulah kesan tsunami politik yang melanda  BN. Kemusnahan total dari akar umbi hingga ke pucuk pimpinan bagi semua parti komponen BN tidak dapat lagi dibaiki oleh Pak Lah. 

Tun Mahadhir yang dari awal bertindak keluar UMNO selagi Pak Lah berada di kerusi presiden menambah lagi resepi kehancuran karier Pak Lah. Oleh kerana desakan kuat orang dalam dan rakyat meminta Pak Lah meletak jawatan, akhirnya Pak Lah akur dengan desakan itu dan mewarisinya kepada DS Najib Tun Razak. 


Walaupun di kepala DS Najib sudah berbagai-bagai idea diperahnya bagi membina semula empayar BN yang sudah musnah, di sudut hatinya pasti sedih apabila mewarisi kerusi yang tidak lagi empuk malah senantiasa perlu duduk di lantai membelai dan mendidik akar umbi untuk kembali menyokong tiang seri perjuangan BN. 

Paling sukar, mengembalikan kepercayaan bukan Melayu pada BN dan tugas ini DS Najib tidak boleh sewenangnya mengharap kepada parti komponen kerana bila-bila masa sahaja mereka boleh mengkhianatinya.

Apa yang dikatakan Tun Mahadhir memang benar. Katanya, masih banyak lagi yang perlu dibuat oleh DS Najib bagi memulihkan aura dan semangat perjuangan BN. Baca sini

Walaupun kesemua parti komponen berjaya disatukan serta mereka berikrar akan setia kepada BN, DS Najib perlu terus mencari formula bagaimana untuk mengekalkan sokongan orang bukan Melayu kepada BN sekaligus tidak menidakkan hak orang Melayu. 

Untuk menjaga kedua-duanya bukan mudah kerana faktor gangguan pembangkang adalah faktor yang paling signifikan bakal menganggu segala usaha DS Najib mengukuhkan empayar BN pada PRU13. 

Taming Sari doakan, DS Najib mampu membina empayar itu semula dan Taming Sari juga yakin, provokasi pembangkang mengatakan akan berlaku sekali lagi tsunami pada PRU13 adalah janggal sama sekali kerana ironinya ia tidak akan berlaku berturutan melainkan tsunami itu bakal menimpa pembangkang yang sekarang ini pula ditimpa penyakit lalai dan over-connfident.

Wallahhualam.

Penulis,





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif