Jumaat, 1 Oktober 2010

Nasib Negeri Anak Tiri : DS Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan kepada semua rakyat supaya mengambil iktibar bahawa kehilangan kuasa Barisan Nasional (BN) di beberapa negeri telah memberi kesan buruk terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat.

Perdana Menteri berkata, sebagai contoh, langkah kerajaan Selangor menolak mentah-mentah projek pembangunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sebidang tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat tidak melakukan kesilapan yang sama pada pilihan raya umum akan datang.

"Andai kita hilang kuasa, projek yang murni boleh ditolak mentah-mentah. UiTM tidak dapat dibina. Bukan itu sahaja, balai raya untuk faedah rakyat juga tidak dapat dibina dan pelbagai lagi masalah.

"Ini peringatan kepada kita. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Kita ada peluang untuk betulkan keadaan ini," katanya ketika berucap pada Malam Sejuta Harapan Keenam Sempena Ulang Tahun Yayasan Basmi Kemiskinan di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini malam ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom.

Dalam ucapannya itu, Najib berkongsi impiannya untuk melihat tanah milik YBK di Serendah dibangunkan supaya ia mampu memberi faedah kepada golongan miskin secara berterusan.

Bagaimanapun beliau berkata, impiannya itu hanya tinggal impian sekiranya BN tidak diberikan peluang untuk memerintah Selangor pada masa akan datang.

"Saya memasang impian untuk melihat tanah milik YBK ini dibangunkan. Walaupun UiTM tidak jadi dibina itu tidak bermakna tanah ini tidak boleh dimajukan.

"Saya percaya kita mampu melakukan perubahan demi masa depan rakyat asalkan BN diberi kuasa memerintah semula," ujarnya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan terus memberi perhatian kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik di dalam setiap program dan perancangan yang dirangka.

"Antaranya Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), Model Baru Ekonomi (MBE) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Kesemua program ini memasukkan keprihatinan kerajaan kepada orang miskin dan kurang bernasib baik," katanya lagi.

Sumber: Utusan Malaysia 

Kata Taming Sari:

Seperti Anak Tiri, inilah istilah yang dapat Taming Sari samakan kepada negeri-negeri dibawah pemerintahan PR dimana sukarnya kerajaan Persekutuan mahu menjalankan aktiviti pembangunan hanya kerana perbezaan ideologi politik. 

Memang inilah yang  kita risaukan apabila ada sesetengah pihak dan kelompok masyarakat yang mengunakan istilah mencuba menukar kerajaan semata-mata tidak berpuas hati dengan sesuatu pekara kecil.

Apa yang DS Najib katakan di atas, baru contoh-contoh kecil sedangkan ada banyak lagi contoh yang dapat kita dedahkan perbezaan bagaimana kerajaan BN memerintah dengan kerajaan PR memerintah. Secara lojiknya, pengalaman BN selama 53 tahun memerintah Malaysia bukan satu pekara olok-olok dan inilah kunci kepada kejayaan pemerintahan BN selama ini. 

Sejak hampir 2 tahun PR memerintah, Selangor, P.Pinang dan Kedah, pasti rakyatnya sudah sedar dan mahu PRU13 nanti menjadi medan menukar semula kerajaan kepada BN.

Seperti kata DS Najib juga, keadaan ini harus dijadikan ikhtibar oleh negeri-negeri lain dan janganlah dipertaruhkan masa depan rakyat hanya dengan alasan ingin mencuba.

Wallahhualam.

Penulis,




1 ulasan:

Pemerhati berkata...

Najib haruslah menjaga perasaan kaum Melayu dan tidak memberi muka kpd MCA kalau nak menang dgn undi penuh dpd kaum Melayu.
Najib tak usahlah berharap kpd undi kaum Cina yg rata2 akan mengundi PR di PRU13 nanti!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif