Rabu, 27 Oktober 2010

Negara Yang Diganyang Ini Sedia Menghantar Bantuan Ke Indonesia


Menurut kenyataan DS Zahid Hamidi di dalam Utusan Malaysia :
Malaysia sedia menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Indonesia yang terlibat dalam bencana tsunami selepas gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter yang melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Isnin lepas.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada ketika ini pasukan bantuan kemanusiaan antarabangsa dan operasi bantuan malapetaka (HADR) dan Program Makanan Sedunia (WFP) juga sememangnya sudah bersedia pada bila-bila masa dan hanya menunggu “lampau hijau” untuk menghulurkan bantuan itu.
"Kita bersiap sedia bila-bila masa sekiranya ada kebenaran dan keizinan daripada pihak Jakarta. Dia (bantuan) tidak menunggu permintaan, kita akan berikan tawaran dan kalau mereka terima, kita akan menghantar bantuan kita,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Paul W. Jones di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Apabila tiba waktu senang, mereka lupa yang kita ini adalah jiran terhampir tempat mereka bergantung di kala susah. Mereka susah, kita juga mendapat tempiasnya, kawasan mereka terbakar kita yang dapat asapnya. Kawasan mereka terkena tsunami, kita juga terkena juga. 

Hari ini sahaja tiga bencana alam melanda Indonesia iaitu letusan gunung berapi di Yogyakarta, Indonesia dan gempa bumi serta tsunami di kepulauan Mentawai di Sumatera Barat, Indonesia. 

Kerajaan sudah pun memberi signal setuju untuk menghantar misi bantuan jika Indonesia membenarkan misi ini mendarat di bumi itu. 

Harap selepas ini, jangan lupa untuk memikirkan perasaan orang Malaysia. Kumpulan Bendera yang melancarkan kempen ganyang Malaysia harus bertaubat dan berterima kasih kepada Malaysia.

Takziah Taming Sari ucapkan kepada mangsa bencana alam ini.

Wallahhualam.

Penulis,




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif