Rabu, 13 Oktober 2010

Nizar Yang Angkuh : Yakin Mampu Tawan Perak Semula


Melalui blog pembangkang, Taming Sari dapatkan kenyataan Nizar ini :
Pakatan Rakyat akan merampas semula Perak dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang walaupun ada usaha untuk memindahkan para pengundi ke tempat-tempat tertentu, kata Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Tambahnya lagi :
Ujar beliau, "kalau pilihan raya itu diadakan sekarang atau serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak, Pakatan rakyat akan menang. BN main kotor?
Nizar berkata, "cuma kita takut Barisan Nasional (BN) main kotor. BN telah memindahkan para pengundi ke kawasan sasaran mereka. Sebagai contoh, para pengundi PAS dari kawasan saya (Pasir Panjang) telah dipindahkan ke Dun Sitiawan.
"Tetapi oleh kerana DAP menang dengan majoriti lebih 8,000 undi di kawasan itu maka ia tidak boleh memberi kemenangan kepada BN," katanya ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen hari ini.
Nizar juga berkata, politik dalaman PKR tidak memberi kesan kepada sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat termasuk kepada calon PKR.

Inilah antara kenyataan Nizar Jamaluddin seorang yang berfahaman PAS-DAP, bekas kuda tunggangan DAP di Perak ketika Pakatan rakyat menjajah Perak selepas kemenangan ehsan oleh Sultan Perak pada PRU-12 lalu.

Dengan yakinnya, Nizar merasakan bahawa rakyat Perak sudah bersedia merubah kerajaan kembali.

Nizar selalu lupa, dia yang berstatus penderhaka raja pasti tidak akan terlepas dari ingatan hitam rakyat Perak apabila pernah memohon sembah derhaka kepada Sultan Perak apabila Sultan Perak pekenan pengambilalihan BN di Perak apabila mereka (Nizar-DAP) hilang majoriti kerusi dalam DUN akibat 3 orang ADUN mereka keluar parti. 

Konspirasi, Raja Nazrin-Najib- Zahid Hamidi, berjaya mencari satu helah menumbangkan kerajaan Nizar-DAP yang sedang rakus membaham hak-hak Melayu di Perak. 

Orang Melayu Perak khususnya kena beringat dan sedar betapa kita sudah memperjudikan masa depan kita kepada pengkhianat bangsa semasa Nizar-DAP memerintah dan jika anda masih mahukan mereka terus memerintah pada penggal seterusnya, mungkin sudah tidak ada peluang untuk menyelamatkan bangsa kita lagi.

Ingatlah. Belajarlah dari sejarah.

Wallahhualam.

Penulis,

9 ulasan:

Megat Alam Gempita berkata...

Selagi Teman idup jangan harap si sundal Nizar puak harbi laknatullah berkuasa semula di Perak, silap-silap miker meroyan sendiri. Teman tak sio

Longchepoh berkata...

Kerja pindah pengundi dah lama aku tau. Kerja ni cukup sinonim dengan jentera DAP dan PAS. Nak gelak sampai keras perut kalau depa kata kata ni kerja BN pulak. Sebenaqnya kalau BN baru belajaq buat pun bukannya dari sapa...dari puak-puak hampa jugak. Tu la kalau jenis suka mengata orang...

Tanpa Nama berkata...

NAK RAMPAS PERAK????? Pigidahhhhh....orang Melayu ramai yang dah sedor bile mike jadi MB dulu hak Melayu relai satu persatu...Nauzubillah mintak dijauhkan Allah.... sebab Allah maha mengetahui. Satu lagi yang orang Melayu Islam di Perak patut sedor ialah: kalau kita tak amanah tunggulah masa tersunkor. Yang aku kata TAK AMANAH ialah: Nizar telah mengenepikan salah satu dari 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU - memelihara hak Melayu dan Islam. Sapa-sapa nak tau carilah 7 Wasiat ni dan study....

Tanpa Nama berkata...

Nizar ni dah kena tibai depan belakang dgn ngeh & nga = ternganga.

Silapnya Nizar cuma satu, dia patut keluar dr PAS masuk DAP, kerana dlm sejarah 2009 ni, gaya nizar aka DAP kalahkan pemimpin PAS sampaikan ada pemimpin PAs nak juak dgn tingkah laku c Nizar.

Kita semua mungkin bersetuju bahawa BN pegang Perak merupakan satu hikmah, kalau tidak Perak akan menjadi mangsa selepas Penang. Ya DAP mmg bijak, mengatur strategi dengan memberi ruang kepada pengundi cina untuk "berlabur" hartanah serta keistimewaan tertentu seperti di Penang. Rumah mewah atas 200k habis di conquer oleh mereka cuma tinggal sisa sisa org melayu dibarat daya penang. Kaki pecacai PKR/PAS kurang memberi publisiti, menasihati pemimpin DAP, menyiasat dan selalu menyorok dlm tempurung kalau isu panas atau suam suam. Jadi sebenarnya PKR dan PAS kat Penang ni dah masuk rumah pajak gadai, sebab tu susah nak tgk mulut-mulut pemimpin ini bersuara, kecuali bila mereka dibayar "bunga" (interest) baru mereka ini muncul dan kemudian kembali ke dalam rumah pajak gadai.

Jadi jgn kita org melayu di Perak, jadi mcm yg terjadi di Penang hari ini. Sesama kita bersatu kalau sikit sikit terkasar maafkan la..rumahtangga mana yg 100% sempurna? Keluarga mana tak bergesel?.

PERAK TODAY berkata...

Salam Tuan, bacalah kemungkaran mengenai DAP Perak di PERAK TODAY

Tanpa Nama berkata...

Baca disini bro PERAK TODAY

udanggalah berkata...

Cabaran buat DR.Zamry...tapi aku yakin kepimpinan Dr.Zamry diterima oleh rakyat Perak.Boleh belah lah Nizar.semua orang tahu dia boneka DAP...semasa memegang jawatan MB..

Tanpa Nama berkata...

Allah Hu Akbar..
Teruknya korangnya semua kalau dah x suka..tak kira pemimpim or siapa2 pun x payahlah nak hina nak carutkan macam2..ingat ALLAH amat benci pada manusia yang bersifat angkuh dan sombong dalam berbicara, sebaliknya ambik iktibar dari perkara tersebut. Tilik diri sendiri...kita nak betulkan orang tapi kita sendiri pincang..caci , cela mainan hidup..semua manusia berbuat salah diatas muka bumi ini...hanya ALLAH yang maha mengetahui di atas segala sesuatu.

tengoklah sekarang maksiat..bunuh...mcm2 berlaku..perkara ni yang perlu diambik perhatian bukannya menyalahkan dan menuding jari sesama sendir..
Kerajaan sekarang pun perlu juga berfikir nak atasi benda2 tu jangan sibuk berpolitik je..hiburan berleluasa tanpa had..Wallah Hu Alam

Tanpa Nama berkata...

Macam2 hal lah politik malaysia ni.........aq dah menyampah dah dengan politik malaysia ni ...........mulai hari ni aq x nak tau langsung pasal politik malaysia ni......baik kerajaan mahupun pembangkang dua2 sama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif