Sabtu, 9 Oktober 2010

Obama Mahu DS Najib Ketuai Suara ASEAN


Menurut laporan dari Buletin Utama 9/10/2010, 

Duta Besar Malaysia ke Amerika, YB. Dato Seri Dr. Jamaluddin Jarjis melaporkan bahawa Obama, Presiden Amerika telah meninggalkan pesan padanya untuk ASEAN mengunakan kepimpinan DS Najib mengetuai suara pemimpin ASEAN dalam membawa agenda pembangunan ASEAN dari segala aspek. Pesan itu disampaikan Obama ketika salah satu sambutan Aidilfitri di Washington, Amerika Syarikat.  

Pengikhtirafan ini amat bernilai kerana tidak pernah mana-mana pemimpin ASEAN diberi pengiktirafan oleh kuasa besar Amerika sedemikian rupa. Pengikhtirafan ini mungkin bermula selepas Perdana Menteri menyampaikan ucapannya berkenaan "Islamiphobia" dihadapan Obama di salah satu persidangan antarabangsa baru-baru ini.

Dato Sri Dr. JJ menyampaikan amanat Obama itu kepada wartawan ketika majlis sambutan Aidilfitrinya di Rompin Pahang hari ini.

Kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga mempunyai Perdana Menteri berwibawa dan memiliki corak kepimpinan yang jitu bukan sahaja mampu membawa suara Malaysia, namun mampu membawa suara ASEAN. 

"Melayu merdeka mampu mengalas cabaran dunia malah gengaman mereka lebih kukuh dan mampu mengocang dunia. Dikala dulu tidak ada sesiapa pun mengenali Malaysia, namun kini Malaysia adalah idola negara membangun dan negara Islam contoh abad ini. Siapa yang mencorakkannya? bukankah Melayu merdeka merencana segalanya."

Wallahhualam.

Penulis,





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif