Ahad, 24 Oktober 2010

Panglima Galas Dan Sri Kandi Batu Sapi Diumumkan !!

BN sebulat suara memutuskan :

Calon di Galas ialah Abdul Aziz Yusof yang juga merupakan Setiausaha Bahagian UMNO Gua Musang serta Pengurus Operasi Kesedar Gua Musang.

Calon di Batu Sapi lebih mengejutkan apabila Datin Linda Tsen Thau Lin, 54 , balu mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah diumumkan sebagai calonnya.

Kedua-dua calon ini memiliki kekuatannya tersendiri malah dikenali oleh masyarakat setempat.

Taming Sari mengucapkan selamat maju jaya dan kami blogger di alam maya akan senatiasa bersatu berjuang menyebarkan pemikiran perdana kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hidup UMNO! Hidup BN!

Wallahhualam.

Penulis,

3 ulasan:

Emmy Sulizzah Othman berkata...

hidup UMNO!! hidup BN!!

Hariz Hussein berkata...

salam Tuan..

penulisan yang sangat2 menarik
harap dpt diberi tunjuk ajar...
saya telah memasukkn blog Tuan dlm blog pilihan saya..
harapan juga agar saudara membantu saya mempromosikn blog sesat jalan bertanya

hariz hussein
blogger sesat jalan bertanya

Tanpa Nama berkata...

Falsafah Perjuangan hendaklah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan bukannya mempersoalkan Perlembagaan. Itulah kelebihan yang terdapat pada UMNO selaku kepala Barisan Nasional - falsafah perjuangannya jelas. Dalam sama tapi tak sama, dalam tak sama, hendaklah sama-sama agar kekayaan negara diagih-agihkan seadil-adilnya diantara kaum-kaum bukannya menindas.

http://www.sahabat-gunung.com/2010/10/pm-hak-melayu-terkunci-kemas-dalam.html

21 October, 2010
PM: Hak Melayu Terkunci Kemas Dalam Perlembagaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedudukan dan hak-hak Melayu dilindungi sepenuhnya serta “terkunci kemas” dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa dapat digugat lagi dan kenyataan ini wajar diterima oleh semua kaum negara ini.

.... “Orang bukan Melayu telah sanggup menerima prinsip hak keistimewaan sebagaimana termaktub di bawah peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Kemudian itulah, kewarganegaraan Malaysia pada dasarnya bukan lagi bersifat sama rata dan sama rasa tetapi telah disesuaikan dengan realiti yang ada demi matlamat dan kepentingan jangka panjang nasional,” katanya.

Beliau berkata kedudukan Melayu serta Bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain dari segi politik, telah termaktub sebagai kontrak sosial nasional, tertinta dalam Perlembagaan Persekutuan, dan semua pihak kini sewajibnya menghormati persepakatan mulia bagi kelangsungan dan survival negara.
....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif