Isnin, 25 Oktober 2010

Pendedahan YB Zahrain di Parlimen Hari Ini : Apa Kata Tian Chua?


Baru-baru ini, Tian Chua ada membangkitkan isu berkaitan kenaikan Kos Perjalanan PM dan TPM ke luar negara dan dijawab secara jujurnya oleh Menteri di Jabaran Perdana Menteri, DS Nazri Abdul Aziz. Baca sini ulasan Taming Sari mengenai pekara ini. 

Biarpun jawapan itu memuaskan hati semua pihak, Tian Chua terus menerus mengkritik kononnya wujud kebocoran pengunaan wang negara oleh kepimpinan tertinggi negara itu. Paling kejam menuduh DS Rosmah Mansor turut mengunakan duit tersebut berjoli sakan.  

Namun hari ini DS Zahrain, MP Bayan Baru menemplak Tian Chua serta menegaskan ayat-ayat ini seperti yang dilaporkan di dalam Buletin Utama TV3 :
"PM dan TPM ke luar negara buka untuk berfoya-foya tetapi untuk urusan rasmi bagi menghadiri persidangan dan perbincangan mengenai peaburan baru. Mereka juga bukan pergi untuk mendapatkan simpati asing, bukan untuk memburukkan negara sendiri.
Seperti yang dilakukan Ketua Pembangkang (Anwar) dia turut membawa tukang bancuh kopi dan tukang kebun. Apa gunanya mereka di bawa? Apa sudah tidak ada tukang bancuh kopi ke di negara luar? Bukankah ini satu pembaziran? 
Ahli Parlimen Lembah Pantai pula, Nurul Izzah, sanggup memburukkan TLDM di hadapan warga asing ketika di luar negara."

DS Zahrain adalah bekas aktivis utama PKR yang menjadi tulang belakang PKR satu masa dahulu. Namun beliau keluar PKR apabila kesal melihat PKR hanya berdiam diri apabila melihat Melayu P.Pinang dihina dan  diperanjingkan oleh Lim Guan Eng. Seorang komunis paling tercela.

Pendedahan  Zahrain di parlimen hari ini cukup mengembirakan Taming Sari. Tamparan hebat ini betul-betul melekat ke pipi Anwar, Izzah dan Azmin.  Ia sudah cukup membuktikan mereka ini adalah pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara.

Nasib baik-lah Zahrain tak cakap Anwar turut membawa lelaki jambu untuk bersamanya di luar negara. Kalau tak Zahrain pasti dipanggil ke mahkamah bagi menjadi saksi pendakwaan ke atas kes liwat Anwar. 

Alahai. Kalau sampai dah jadi macam ini pun rakyat masih mempercayai Anwar, Taming Sari rasa, mereka ini betul-betul sudah fasik dan buta hati.

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

rinandamku berkata...

Tahniah kepada saudara Zahrain kerana berani mendedahkan banyak 'kejalangan dan kedajjalan ' Anwar ..

saya pasti ketika ini manusia yang paling dibenci oleh Anwar dalam dunia ialah YB Zahrain !

kenapa hanya mengharapkan Yb Zahrain seorang utk melakukan serangan berbisa , mana pergi YB UMNO yang lain ??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif