Jumaat, 29 Oktober 2010

Penduduk Kg Pokok Asam Jelutong Bakal Merempat Di Bawah Kerajaan Khalifah DAP

Taming Sari sedang berkursus di P.Pinang. Segaja mengambil sedikit masa berjalan-jalan di sekitar Permatang Pauh kawasan Anwar Ibrahim. Setahun lebih Taming Sari tidak ke sini, tiada bezanya dengan adanya Anwar atau tidak. Sama sahaja seperti dahulu.

Hari ini tersebar berita mengenai penduduk Kampung Pokok Asam, Jelutong, yang berdepan dengan pengusiran. Mereka meluahkan rasa marah terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang yang diteraju DAP kerana gagal menepati janji.

Seorang penduduk Mohd Khir Mohd Sai, 44, berkata sebelum ini Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi berjanji dengan mereka untuk menyelesaikan isu pampasan itu.

"Mereka berjanji sebelum Hari Raya Aidilfitri mereka akan bantu kami tetapi sehingga hari ini masih tidak ada penyelesaian berkenaan isu itu dan kami juga tidak berpeluang bercakap dengan Lim atau Ooi,” katanya kepada pemberita di sini.

Dia yang mewakili penduduk di situ mendakwa hanya 17 keluarga di kampung itu yang menerima pampasan daripada pemaju, manakala 14 lagi masih menunggu maklum balas daripada kerajaan negeri.

"Kami sekarang terkapai-kapai, tidak tahu apa yang harus dilakukan,” katanya menambah mereka harus berpindah dari kawasan itu sebelum tarikh akhir perjanjian iaitu 27 Nov ini.

Difahamkan kampung berusia 100 tahun itu akan dibangunkan sebagai kawasan kediaman apartmen oleh pemaju dari Kuala Lumpur.

Nasib 14 keluarga yang tidak mendapat pampasan itu bagaikan telur dihujung tanduk nasib mereka. Pihak kerajaan negeri di bawah Khalifah DAP bagaikan tiada perasaan ingin membantu kerana penduduk kampung tersebut adalah orang-orang Melayu. 

Taming Sari mengesa pihak kementerian terbabit atau UMNO P.Pinang supaya masuk campur kerana ia bakal menidakkan hak asasi keluarga terbabit yang berhak mendapat pampasan selepas rumah dan tanah mereka dirampas oleh khalifah DAP. Desakan lebih kuat perlu dilakukan bagi membantu mereka. 

Seperti yang DS Najib katakan, orang Melayu sudah tidak boleh bergantung kepada PAS dan PKR lagi kerana agenda mereka hanya mabukkan kuasa sahaja.

Wallahhualam.

Penulis,


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Khalifah Umar Abd Aziz katakan - no complain.

Tanpa Nama berkata...

saudara,saya adalah individu yg bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah penduduk pokok asam.semua penduduk yg terlibat sudah menandatangani persetujuan dengan pampasan yg diberikan pemaju. rumah 650kps dgn harga 75000,bayaran sewa rumah untuk tempoh sepanjang 3 tahun tempoh projek dan bayaran pindah masuk dan keluar.jika ingin maklumat lanjut email saya djkhairil@gmail.com

Tamingsari berkata...

Tahniah..... saudara.

Semoga hak melayu terus dipertahankan oleh saudara dan janganlah bersikap yes bos jika mereka cuba memperlekehkannya.

Tahniah sekali lagi dan diharap kes di Kg. Pokok Asam selesai.

T.Kasih

Tanpa Nama berkata...

kepada djkhairil,

Betulkan statement anda dulu. Bukan semua penduduk yang terlibat dapat pampasan seperti yang tuan tuliskan tu. Yang dapat pampasan hanyalah tuan rumah yang mempunyai cukai pintu, bukannya semua rumah yang terlibat dan kelamin. Buat pengetahuan semua, penduduk yang terlibat ni adalah kelamin yang tinggal di dalam tuan rumah, penyewa dan juga rumah yang tak berdaftar. Sekarang ni mereka ni masih lagi ternanti-nanti apakah yang akan terjadi setelah arahan untuk rumah dirobohkan dikeluarkan. Dimanakah mereka hendak tinggal??? Tiada perjanjian untuk rumah transit ataupun rumah ganti selepas rumah yang didiami sekarang dirobihkan ... macam mana tu ...

Penduduk pokok asam

Tamingsari berkata...

Penduduk Pokok Asam,

emailkan ke email si djkhairil seperti yang dinyatakan di atas.

Memang seperti yang Taming Sari sudah jangkakan, perkara ini masih tergantung dan belum mampu diselesaikan.

Tanpa Nama berkata...

Ya, perkara ni memang masih tergantung dan sekarang ni penduduk yang terlibat dah tak tahu nak buat macam mana. Harapkan JKKK kampung pun tak menjadi gak. Setiap senarai yang telah diberi sebagai rujukan kepada YB Jeff Ooi pun terus senyap begitu saja ...

Tanpa Nama berkata...

Salam, perkara tentang Kampung Pokok Asam telah saya e-mailkan kepada saudara khairil dan saya sendiri sedang menunggu apa tindakan yang akan diambil. Buat masa ini saya tak nampak sesiapa pun masuk kampung untuk bertanyanya nasib penduduk yang telah tercicir ini. Tak tau la nak tunggu berapa lama ... ataupun depa ni semua dah nak lepas tangan ...

Tamingsari berkata...

Anon...

Saya mohon saudara pergi ke pejabat UMNO untuk membuat aduan.

InsyaAllah, mereka boleh panjangkan perkara ini jika tiada apa-apa susulan dari khairil.

T.Kasih.

Tanpa Nama berkata...

Salam, saya dah tak tahu kepada sisapa nak mengadu ... kapada orang umno, mereka suruh saya jumpa ahli majlis dulu. Ahli majlis jelutong sekarang amat susah untuk berjumpa. Lepas balik dari Mekah, tak nampak muka langsung dan macam nak lari dari penduduk .. macam mana tu ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif