Sabtu, 16 Oktober 2010

Piala Malaysia : Kelantan "Gomo" Selangor 3-0


Menurut Utusan Malaysia :
Kelantan melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menang selesa 3-0 ke atas Selangor pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad ke-1V, di sini malam ini.
Kemenangan itu menjadikan The Red Warrior pasukan pertama ke separuh akhir dan menanti pemenang antara Kedah dan Terengganu yang akan berlangsung esok.
Pada suku akhir pertama di Stadium Shah Alam, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam perlawanan yang dicemari dengan gelagat penonton kedua-dua pasukan.

Semangat "Gomo Kelantan Gomo" begitu membara sehinggakan Selangor selaku pasukan yang terkenal dengan ketangkasan pemainnya serta bijak mengatur peluang bagaikan hilang bisa diamuk oleh Kelantan.

Kemenangan yang sangat tidak dijangka bagi kem Kelantan, begitu bermakna selepas seorang penyokong Kelantan "syahid" ketika perlawanan di Selangor baru-baru ini. Kesedihan kematian beliau pasti sedikit terubat dengan kemenangan ini.

Selangor dikhabarkan sebuah pasukan yang mampu menyerap tekanan dari penyokong tidak dapat mengawal kegugupan mereka apabila berhadapan dengan penyokong Kelantan yang dikhabarkan begitu berkobar-kobar memenuhi Stadium.  

Tahniah Kelantan! Semoga semangat seperti ini kekal.

Wallahhualam,

Penulis,



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalu dh ego sangat itulah akibatnya...penyokong selangor kecut telor...maaf TS negeriku di hina dimata mereka dan media

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif