Khamis, 7 Oktober 2010

PKR Terus Mainkan Rakyat Dengan Teka-Teki : Susulan Isu Rahimi Osman

Dua peguam yang didakwa memaksa Rahimi Osman membuat dua akuan bersumpah memberi amaran mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Peguam N Surendran berkata, kenyataan Rahimi itu jelas pembohongan dan fitnah terhadap dua anak guamnya Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli.

"Tanpa ragu, kami rasakan ia merupakah satu fitnah. Kami akan keluarkan surat peguam supaya beliau membuat permohonan maaf terbuka atau menghadapi tindakan undang-undang," kata Surendran.

Ditanya sama ada beliau akan memberikan seminggu kepada Rahimi menarik balik dakwaannya semalam, Surendran berkata: "Lebih cepat daripada itu."

"Saya rasa dia tak perlu seminggu. Dia tahu dia berbohong. Hanya perlu 24 jam untuk tarik balik," katanya.

Sementara itu bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR tengah hari ini, Latheefa dan Saiful secara rasmi menafikan dakwaan Rahimi bahawa lelaki itu dipaksa membuat akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Menurut mereka, Rahimi sebaliknya membuat akuan tersebut dengan kerelaan.

Latheefa dan Saiful - kedua-duanya pemimpin kanan PKR - juga mempersolakan dakwaan Rahimi semalam memandangkan ia dibuat selepas dua tahun setengah.

Sementara itu, Naib Presiden PKR R Sivarasa pula berkata, pihaknya mengesyaki ada pihak lain di belakang Rahimi.

"Ada tangan di belakang dia yang merancang episod baru ini? Itu akan kita ceritakan. Itu akan jadi bab kedua dalam beberapa hari lagi. Kami akan beritahu," kata Sivarasa masih berteka-teki.


Kata Taming Sari: Episod ini memang sudah dijangka oleh Sivarasa dan dua orang kuat PKR merangkap Peguam Anwar Ibrahim. Jadi plan B bagi menangkis kes ini dari terus melarat bakal diaktifkan sesegera mungkin.

Jadi, kronologi seterusnya perlu segera dimainkan sebelum rakyat salah membuat tanggapan buat dewa liwat si Anwar Ibrahim.

Dakwaan mengatakan ada tangan dibelakang yang mendokong Rahimi, Sivarasa Rasiah masih berteka teki kerana jawapan mereka bukan dari sederet bukti.

Menjadikan sesuatu kes itu "pending" PKR sanggup mengunakan teka teki bagi mengumpul alasan berlori bagi menjawab kepada kes yang sudah ditelanjangkan oleh Rahimi. 

Bukti laporan polis dari Rahimi yang membuka episod baru kehancuran empayar Peliwat:



Strategi Siva inilah digunakan oleh Saifudin Nasution bagi mengelak terus ditanya, bukti-bukti dakwaannya mengaitkan UMNO dalam kekecohan di Pemilihan Cabang PKR.

PKR kini semakin terdesak menutup satu persatu kesilapan mereka dan setiap hari ada sahaja pekung mereka ditelanjangkan oleh orang luar dan paling malang ia dilakukan juga oleh orang dalaman mereka sendiri.

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif