Khamis, 7 Oktober 2010

Plan B Zaid Ibrahim Bakal Mencorak Babak Baru Dalam Drama PKR


1. Desas desus mengenai kemungkinan ada ‘ kejutan ‘ sensasi menjelang pemilihan jawatan utama PKR November ini – yang kebelakangan ini diwarnai oleh mesyuarat-mesyuarat cabang yang agak lintang pukang - sudah menjalar. Ikut ceritanya sudah wujud Pelan B melihat pada percaturan pemilihan paling hangat yakni jawatan Timbalan Presiden.

2. Azmin Ali sudah laju ke depan dengan pencalonan terbanyak.Beliau diikuti oleh Datuk Zaid Ibrahim dan Mustapha Kamil Ayub. Jangan lupa pada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.Selasa bekas Setiausaha Agung PKR ini sudah memberi indikasi jelas kemungkinan turut serta perebutan jawatan nombor dua ini.

3. Soalnya sekarang apa jadi jika Khalid masuk? Ini kerana Zaid pernah kata beliau tidak akan bertanding Timbalan jika Khalid masuk. Dalam diam-diam perhatian kini bertumpu kepada ‘ budak hitam ‘ yang dianggap sudah bikin kecoh senario pemilihan PKR dengan tindak tanduk yang dikatakan telah menguris hati Anwar & Co.

4. Sumber-sumber PKR memberitahu Agendadaily jangan terkejut jika Zaid yang memperolehi 38 undi untuk jawatan nombor dua melancarkan apa yang dikatakan sebagai “Pelan B’. Zaid yang turut memperolehi tiga pencalonan untuk jawatan Presiden PKR dikatakan sedang timbang-timbang untuk langgar jawatan nombor satu untuk berdepan ‘ face to face’ dengan penasihat merangkap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

5. Ikut ceritanya Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula akan diminta berundur dan memberi laluan kepada Anwar berentap jawatan nombor satu itu. “ Game sudah berubah, Anwar sendiri akan bertanding dan memastikan hanya calon-calon yang bersama pasukannya sahaja menang,” kata sumber itu.

6. Anwar sebelum ini berulangkali kata tidak mahu bertanding apa-apa jawatan kerana mau kekal sebagai Sivaji The Boss PKR @ Ketua Umum yanguntouchable. Dan lebih menarik lagi, bila disebut-sebut, Wan Azizah sendiri berada di belakang Khalid dalam percaturan ini. “Wan Azizah tidak rugi apapun, Anwar suruh dia lepas jawatan presiden, sebagai isteri dia taat, tapi dia sokong Khalid untuk jawatan timbalan presiden. “Akhirnya kita akan lihat Anwar terpaksa lawan Zaid yang sudah pasti Anwar menang dan Khalid lawan Azmin yang atas kertasnya kalau kita letak C.V dua-dua calon, maka ada peluang Khalid akan menang.

7. “Wan Azizah yang untung, bila Anwar menang, Khalid menang, padanya asal bukan Azmin menang, sudahlah,” katanya. Dalam bab Zaid pula, kata sumber tersebut, walaupun Zaid mendapat pencalonan kedua tertinggi selepas Azmin bagi jawatan timbalan presiden, tapi beliau terpaksa berkorban jika Khalid Ibrahim ‘minat’ jawatan itu. “Lagipun kalau Zaid pergi timbalan presiden, beliau akan kalah...alang-alang kalah biar kalah bertanding presiden,” katanya.

8. Manakala, Zaid sendiri dalam posting terbaru di blognya menulis, “Saya telah pun mendapat pencalonan dari cabang-cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk jawatan presiden dan timbalan presiden. Saya akan membuat pengumuman untuk menerima tawaran ini tidak lama lagi.” Kalau kita baca, dan teliti tulisan tersebut, kita tahu bahawa yang Zaid sudah menunjukkan minat untuk bertanding jawatan presiden walaupun dengan tiga pencalonan yang beliau terima.

9. Cuma kata sumber tersebut, Zaid tidak akan bertanding lawan Wan Azizah. “Sehingga kini, hormat Zaid pada Wan Azizah dan Nurul Izzah lebih tinggi dari hormat dia pada Anwar, semua pertimbangan yang Zaid ambil termasuk untuk lawan presiden, dengan sasaran yang jelas iaitu Anwar Ibrahim sendiri bukannya Wan Azizah,” kata beliau.

10. Anwar sehingga kini memperolehi 17 pencalonan untuk jawatan presiden termasuk satu dari cabang Kuala Selangor yang dipimpin oleh Khalid sendiri. PKR akan melaksanakan pemilihan untuk memilih jawatan utama parti itu November ini. Sistem baru pemilihan parti itu menetapkan hanya dua pencalonan yang diperlukan untuk bertanding mana-mana jawatan dengan 400,000 ribu ahli boleh memilih pemimpin mereka secara langung.


Kata Taming Sari : Ada kemungkinan juga. Jika benar, percaturan ini dirancang, maka episod PKR akan terus menarik dan silap-silap, Anwar dan Azmin akan berputih mata. 

Kita sama-sama tengok nanti.

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif