Jumaat, 1 Oktober 2010

Pulangkan Gaji 'Haram" YB UMNO dan Staf Utusan : Penjilat "Bontot" Guan Eng Makin Parah

Tak tergamak Taming Sari menulis pekataan ini namun rasanya inilah perkataan paling tepat ditujukan kepada pengikut Pakatan Rakyat yang masih tegar menyokong Lim Guan Eng. "Penjilat bontot"

Selepas apa yang LGE dah lakukan kepada bangsa Melayu dan Islam, mereka masih belum sedar dan terus menipu rakyat dengan alasan yang tidak munasabah.

Gesaan paling bodoh yang mereka ajukan kepada YB UMNO dan staf Utusan Malaysia ialah meminta mereka menyerahkan semula gaji mereka yang didakwa juga sebagai wang haram.

Ini berikutan wang elaun YB UMNO dikatakan berkemungkinan juga hasil dari pertaruhan wang haram manakala gaji staf Utusan dibayar dari hasil memaparkan iklan nombor ekor diakhbar mereka.Ini ditegaskan dan digesa oleh setiausaha AMK PKR Pulau Pinang, Syed Mikael Rizal Aidid (gambar). Kalau tak silap Taming Sari, dia ini Melayu Islam. Rujuk Malaysiakini.

Taming Sari amat pelik kepada puak PR ini kerana tidak bolehkah apa-apa yang dikaitkan dengan mereka disebut haram dan jika berlaku mereka membalas pula mengatakan dipihak BN pula haram.

Soal haram mengharam ini timbul selepas LGE menghulurkan sumbangan derma dari wang taruhan judi lumba kuda dan ia memang secara jelasnya adalah haram. Bertapa dangkalnya mereka ini. Orang kafir harbi seperti LGE ini telah menindas dan tidak menghormati sensitiviti orang Islam Pulau Pinang tetapi mendapat sokongan pula oleh orang Islam sendiri.

Jelas tuntutan AMK PKR tidak langsung menampakan keprofesionalan mereka kerana tuduhan mereka kepada YB UMNO jauh meleset dan tuduhan kepada Utusan juga adalah paling bodoh kerana Utusan bukan bermain nombor ekor tetapi mendapat hasil dari kos pengiklanan dari syarikat nombor ekor.

Mengapalah, sehingga separah ini pemikiran orang Melayu Islam sehingga sudah tidak nampak mana yang benar dan mana yang batil.

Wallahhualam.

Penulis,






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif