Ahad, 3 Oktober 2010

Raja Petra Pula Yang "Sound" Anwar: Ada Motif Tersirat Disebalik Tersurat


"Nampaknya, blogger Malaysia Today Raja Petra Raja Kamaruddin sudah mula hilang sabar dengan memberi kata dua kepada Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu pertemuan di sini semalam. Ketua Pembangkang itu juga telah dipaksa menzahirkan pendirian terhadap masyarakat madani selepas Raja Petra, yang menjadi tumpuan pelbagai gerakan akar umbi di Malaysia, mencabar PR berhubung komitmen mereka terhadap pembaharuan yang hendak dibawa dan dilaksanakan................. ". Baca selanjutnya di sini.

Kata Taming Sari:

Dengan tak semena-mena, Raja Petra Kamaruddin (RPK) ini marahkan Nuar Brahim. Belum abis panas Nuar marahkan Zaid, RPK pula mengamuk. 

Menurut zahirnya, RPK marah selepas dua tahun Nuar berjanji macam-macam kepadanya kononnya hendak membawa pembaharuan dan merampas kerajaan persekutuan serta menguasai Putrajaya. 

Namun sehingga kini, memerintah 4 negeripun sudah goyah dan menunjukkan ketidakcekapan serta ketidakmampuan memerintah. 

Secara umumnya, inilah pekara yang yang dimarahi RPK sehingga mengancam untuk tidak mahu menyokong kerajaan PR lagi. 

Tetapi benarkah RPK kesalkan semua ini kerana merasakan usahanya selama ini menfitnah kerajaan BN, Najib dan keluarganya serta memporak-perandakan pemerintahan Tun Abdullah Badawi hanya sia-sia?

Sama sekali Taming Sari merasakan tidak. 

Ini kerana, RPK khabarnya sudah tidak mampu lagi ditaja oleh Yahudi untuk tinggal secara buangan di London. Ini pasti, yahudi disana sudah muak dan tidak sabar dengan janji palsu bosnya Nuar Brahim. Lalu, RPK yang sering menerima kritikan pasti hilang sabar. 

Janji apa yang ditaburkan Nuar dan RPK? pastinya menjayakan protokol zionis ke-10 ke atas Malaysia. Dengan menabur fitnah kepada kerajaan, merosakkan kepercayaan rakyat kepada sistem pertahanan negara, kepada sistem kehakiman, memporak-perandakan kestabilan sosial dengan mewujudkan pergaduhan sesama kaum serta menganggu gugat kestabilan ekonomi Malaysia. 

Walaupun kita semua dapat lihat, RPK dan Anwar, telah hampir menjayakan semua ini dan telahpun meletakkan tarikhnya yang sudah setahun lebih berlalu iaitu 16 September 2009 bagi mengotakan janjinya pada Yahudi namun sehingga kini janji terus tinggal janji. 

Rancangan jahat Anwar makin sukar dilaksanakan selepas Najib memerintah dan semakin sukar apabila Najib mengumumkan gagasan 1Malaysia. 

Dengan pelbagai program transformasi serta program meyakinkan rakyat, rakyat semakin sayang kepada kerajaan kini. Selepas setahun berlalu, Anwar kini semakin rancak menerangkan kepada dunia mengenai sebab kegagalannya dengan alasan-alasan bodoh yang langsung tidak menunding ke batang hidungnya. 

Dek kerana itulah, apabila semua kerja jahatnya menjadi sia-sia, RPKlah yang menjadi mangsa. 

RPK pastinya serius menegur Anwar secara zahirnya namun dia pasti makin berdebar menunggu saat-saat PRU13 menjelma. RPK yang sudah lama menulis mengenai keburukan orang pasti nampak, keburukan PR lebih terserlah kini kerana asyik kalah dalam pertarungan isu. 

Akibat sibuk menyelak kain orang, rupanya kain sendiri sudah terbang meninggalkan aibnya terpampang. Orang ramai yang nampak, ada yang tutup mata, gelak dan menangis pun ada.

Dunia inikan hukum karma.

Wallahhualam. 

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif