Selasa, 12 Oktober 2010

Relevenkah Persidangan Wanita-wanita Pertama?

Dipetik dari Utusan Malaysia :
Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama hari ini bermula dengan ucaptama oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Seramai 15 Wanita Pertama menghadiri Sidang Kemuncak dengan tema “Anak Hari ini, Pemimpin Hari Esok” yang diadakan buat julung kali, turut dihadiri enam perwakilan Wanita Pertama dan 20 menteri.
Ucapan pembukaan pada kira-kira pukul 10 pagi dijadualkan berlangsung di Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, dekat sini, diikuti dengan perbincangan panel yang akan dikendalikan oleh Mishal Husain, dari British Broadcasting Corporation’s (BBC).
Perbincangan panel membabitkan lima Wanita Pertama yang terdiri daripada Ernestina Naadu Mills dari Ghana, Lorna Golding dari Jamaica, Nyama Koroma dari Sierra Leone, Mercedes Lugo De Maidana dari Paraguay dan Thandiwe Banda dari Zambia. Sidang Kemuncak Wanita Pertama 2010 yang merupakan inisiatif isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, memberi fokus kepada cara bagaimana keluarga, komuniti, dan kerajaan, boleh bekerjasama untuk mengilap potensi dalam setiap kanak-kanak.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Sidang Kemuncak itu di Seri Perdana malam tadi.
Antara program yang dijadualkan untuk Wanita Pertama hari ini adalah majlis mengadap dan jamuan petang dengan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah di Istana Negara dan pertunjukkan kebudayaan di Istana Budaya.


Dengan tema "Anak Hari Ini Pemimpin Hari Esok" persidangan yang julung kali diadakan ini adalah idea isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor. 

Walaupun ia adalah idea yang baik namun, bagi Taming Sari pemilihan tema agak tidak setaraf dengan kehadiran wanita-wanita pertama dari negara-negara yang hadir. Sekiranya persidangan ini diisi dengan tema yang lebih bombastik berkaitan peranan wanita di arena global sudah pasti seluruh dunia akan ternanti-nanti "blue print"nya.

Tambahan pula dikhabarkan bahawa wanita pertama yang hadir, majoritinya dari benua Afrika yang rata-rata keadaan sosial dan ekonomi mereka jauh berbeza dengan pendekatan di Malaysia. Cara pendekatan mereka yang materialistik dan sekular pasti akan menimbulkan konflik kepada penemuannya seterusnya sukar mencari satu titik persamaan yang boleh diadaptasi oleh semua wanita pertama untuk membentuk generasi pemimpin.

Tajuk yang agak santai dan subjektif yang dibawa pada persidangan kali, sebenarnya boleh dibincang diperingkat domenstik kerana hanya kita sahaja akan tahu kerenah dan kaedah penjagaan serta meng"ilmu"kan anak-anak kita. Pendekatan konvesional dan Islam boleh disatukan bagi menghasilkan satu resolusi berguna yang mungkin boleh dibawa ke peringkat kabinet oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat untuk dibincangkan serta dilaksanakan bersama.

Taming Sari tidak pasti adakah perlaksanaan persidangan ini sekadar mahu melepaskan batuk di tangga? Jika benar ini berlaku ini adalah satu bentuk pengkhianatan yang boleh dipermainkan oleh pembangkang bagi memburukkan kepimpinan DS Najib. Di kala inipun sudah banyak blog pembangkang memperdebatkannya serta bakal meninggalkan kesan yang tidak baik sedangkan persidangan itu baru sahaja membuka tirainya.

Taming Sari takut, ke"aggresif"an DS Rosmah mengadakan projek-projek yang tidak ada prinsip yang utuh bakal menyebabkan rakyat memandang serong padanya serta mengundang petaka sebagaimana petaka yang dilepaskan rakyat kepada BN pada PRU12 akibat kerenah Khairy Jamaluddin dan Pak Lah.

Bagi Taming Sari, di kala ini, rakyat hendakkan hasil yang betul-betul bermanafaat kepada mereka.

Mungkin para pembaca ada pendapat tersendiri mengenai isu ini. Luahkanlah di ruangan komen dibawah. 

Wallahhualam.

Penulis,





1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rosmah x perlu menonjol...
apa yang dia nak sebenarnya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif