Rabu, 13 Oktober 2010

Sebuah Blog Pembangkang Yang Membabi Buta, Tulisan Si Katak Bawah Tempurung


Gambar : Inspirasi logo ini bukan fokus Taming Sari 
tetapi tiga huruf itulah lambang blog pembangkang itu

Kenapalah "dunggu" sangat salah sebuah blog pembangkang yang menabur fitnah seperti ini:
"Negara takda wang.... kasi naik harga minyak senyap2... Rosmah on Najib 95 (RON 95) dari RM1.80 sekarang dah jadi RM1.85 sen.... RM0.05 sen dia sakau senyap2 tanpa pengumuman kepada rakyat, sebab dia takut Rakyat menyalak..."
Sumber : Blog Menyalak

Taming Sari amat terkilan dengan kenyataan bodoh seperti ini. Inilah akibatnya apabila asyik membaca haprak daily sedangkan media arus perdana kecoh dengan penerangan mengenai isu ini di mana kerajaan mengumumkan penyelarasan subsidi kepada minyak dan gula bermula 16 Julai 2010.

Penyelarasan ini telah menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM750 juta pada tahun 2010.

Pengurangan subsidi menyaksikan kenaikan harga minyak RON95 dari RM1.80 ke RM1.85 manakala harga RON97 diapungkan.

Harga gas LPG naik sebanyak RM0.10 dan harga gula naik dari RM1.65 ke RM1.90.

Sememangnya kerajaan mengumumkan penyelarasan ini kepada rakyat Malaysia sehari sebelum kenaikan tersebut. Hanya mereka yang tidak peka dan suka membaca benda-benda yang sesat sahaja tidak tahu.

Ikuti laporan bernama yang dimasukkan ke dalam Laman Web KPDNKK mengenai pengumuman ini. Baca Sini dan kenyataan FOMCA mengenai isu ini. Baca sini.

Kepada blog pembangkang yang dimaksudkan, sedarlah akan ketinggalan anda kepada maklumat isu-isu semasa dan perlu banyak membaca dengan teliti tentang dasar-dasar kerajaan sebelum membangkangnya.

Bagi Taming Sari, orang yang suka membangkang membuta tuli ini persis seekor babi yang membabi buta.

Wallahhualam.

Penulis,



3 ulasan:

CUCU TOK WAN berkata...

nak buat camner, yob... diorang memang macam tuh... baca blog pun, blog sesama sendiri... portal berita hanya yang menyungkit dan membodek jer... kalau ada cerita tentang keburukan pemimpin, cepat-cepat diorang alih ke lain...

itu pasallah otak diorang ni sangat mahal... bukan mahal sebab idea-idea bernas, tapi mahal sebab TAK PERNAH LANGSUNG digunakan!!!!

Tamingsari berkata...

Tulah pasal....

Lepas teman bagi bkuti kat dia.... baru dia nak mengaku...

Apa punya banggang le blogger tu.

Tak sekolah ke ape...

Blog nampak gempak... tp hampeh...

Yob tolong kasi ajar jugak le...

haha.

udanggalah berkata...

Alahai....Memang ramai penyokong pembangkang yang membabi buta tuli begitu.Tak ada yang kerajaan buat betul.Kalau di Kedah dan Penang harga air naik apa cerita...
Dia orang ingat senang nak perintah negara..baru dapat perintah negeri dah kalut semacam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif