Rabu, 6 Oktober 2010

Sekolah Harapan : Galakan Hubungan Luar Nikah?

Sekolah harapan pertama negara yang dibina di Jasin Melaka memang boleh dimanipulasi oleh parti pembangkang.

Apa tidaknya, di sana bakal menempatkan ibu-ibu muda yang tiada bersuami melahirkan anak-anak luar nikah. 

Sekolah harapan ini adalah salah satu inesiatif kerajaan untuk mengurangkan kes pembuangan bayi luar nikah dan bukan semata-mata menjadi alasan utama untuk mengalakan kes pembuangan bayi dan lahirnya anak luar nikah bertambah. 

Kerajaan selain perlu menyediakan kemudahan Sekolah Harapan ini, mereka perlu mewujudkan satu akta untuk memastikan pezina-pezina ini dihukum setimpal dengan kesalahan mereka sehingga melahirkan anak luar nikah. 

Kesan jangkapanjang kepada fenomena ini amat jelas iaitu pertambahan anak luar nikah akan menambahkan populasi manusia yang celaru keturunan serta menimbulkan imej yang sangat tidak baik kepada negara. 

Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia harus serius memandang kes ini secara lebih optimistik bagi mengelak label yang kurang baik diberikan kepada rakyatnya. 

Kewujudan Sekolah harapan ini amat baik bagi penyelesaian jangka pendek dan draf pencegahan seterusnya harus segera diwujudkan. 


Tahniah kepada KM Melaka atas cetusan idea Sekolah Harapan ini. 

Wallahhualam. 

Penulis,


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setat2 pas sibuk berpolitik, bukan nak berdakwah pada org2 muda supaya bencikan penzinaan. ceramah politik masyukkkkk.....bayaran riban2.

Tanpa Nama berkata...

Uiks nak salah kan Pas pulak ..sape yang ade kuasa memerentah...patut kerajan la menbuat dasar atau plan mencegah zina ni nak salakan Pas..ha ha ha..woi..kan kita ni mahluk Allah...kita hamba Allah senang je , jawapan kepada segala gejala maksiat ni Allah dah suruh ikut undang2 yang diWAJIB oleh Allah iaitu hukum Hudud maka kita laksanakan lah tak payah pakai undang@ orang putih ni karutje, zina bayar denda..pulak tu KM bangang bagi keistimewaan lagi pulak bila dah terlanjur masuk sekolahk Harapan ..ish lagi syok le mereka berzina kerana ada kerejaan prihatin ha ha ha...

Pas nak laksanakan hudud riuh kata ini hudud Pas..mangkuk betui umno bila dan bersepah orang buang anak nak salakan Pas he he he..

Gua sarang kan Kerejaan Malaysia laksanakan Undang2 Allah abih cerita kerana ini wajib...semacamana kita sembahyang ,zakat puasa ...sebab hudud adal wajib bagi setiap orang yng mengucap dua kalimah sahadah..paham ke...

jangang ditipu dakyah yahudi konun hudud adalah ciptaan pas..Pas telah berusaha tapi gagal kerana belum berjaya kePutra Jaya ..kerana tiada kuasa ..

contoh persoalan hudud boleh tak kita ikut suka sembahyang zohor dua rakaat yang diwajib oleh Allah ..dah tentu orang umno kata haram! gile ke..!! ah a macam tu juga undang2 hudud Alaah kata wajib kamu ikut undang2 hudud ,tapi umno kata Malaysia ada masyarakat majmuk apa kata Mca,apa kata mic jadi kita tak boleh buat...ha ha ha,,lu all pikir le sendiri ..bila zina bayar denda ..dapat saje manusia bayar keran 2 ribu ade apa benda zaman ni..tak mengisafkan...

so cukup kita dijajah selama 500 tahun dan selepas merdeka 52 tahun kita masih dijajah oleh orang putih melalui undang2 mereka ha ha ha..

Hidup islam ....Allah huakbar !! better dari Hidup melayu..hu hu

salam maaf kalu tersilap kata dan nulih kerana gua hamba allah yang lemah...

Tanpa Nama berkata...

Salam betul lah...cuba kita buat solat zohor 2 rakaat ..mesti riuh puak umno dan Mufti mengatakan kita dah kafir kerana solat zohor dua rakaat..... tapi bila kita tak nak laksanakan hukum Allah ( hudud) diam je Mufti dan orang umno sedangkan hudud tu sama wajib dengan solat zohor kalu empat rakaat kita kena buat empat rakaat tak boleh ikut suka ...macam tu juga hukum hudud..waduh!! insaf saya dan mulai ari ni saya tak nak kutuk Pas lagi kerana mereka bawa perkara yang benar kenapa kita tentang tetapi umno ada kuasa kenapa kita tak nak laksanakan hukum allah...bila zina berleluasa umno bising...buat sekolah harapan ni tak menyelesaikan masalah...mungkin mengalakan orang berzina....EE syoknye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif